#ADBY74

152 29 4
                                    


"Tuan Heo, Adakah awak begitu menyintai isteri awak?"

Soalan itu tidak terus dijawab. Tuan Heo sekadar melemparkan senyuman nipis sambil mengacau tehnya dengan camca kecil. Aroma teh menerjah-nerjah ke rongga hidungnya. Sungguh harum sekali.

David tetap setia menunggu Tuan Heo bersuara. "Saya menyayanginya... tapi tidak pernah menyintainya."

"Hmph..." David tersenyum sinis.

Tuan Heo yang tidak faham akan maksud di sebalik senyumn tersebut hanya mengerutkan dahi. 

"Jadi tentu awak ada penjelasan kenapa awak sanggup lakukan semua ini demi madam Jeonita?" Selajur David menyuarakan persoalan.

"Bagaimana pula dengan awak... kalau benar awak sayangkan keluarga awak, kenapa awak sanggup buang anak kandung sendiri kepada orang lain?"

Tuan Heo memulangkan paku buah keras.

David rasa terpukul dengan soalan Tuan Heo. yang secara tidak langsung telah menepis soalan tajamnya tadi.

Tujuh belas tahun lalu...

Tuan Heo menerima berita kematian anaknya yang baru dilahirkan daripada doktor yang menyambut kelahiran. Sesungguhnya ia adalah berita yang paling mendukacitakannya dan ia pasti satu berita yang paling tidak dapat diterima oleh isterinya.

Selama lebih sembilan bulan wanita itu menjaga kandungan yang paling disayanginya. Dan selama sembilan bulan juga dia menanti kehadiran permata hati yang amat bermakna dalam hidupnya.

Tuan Heo tidak tega mahu mengkhabarkan berita buruk ini kepada isterinya. Dia dapat membayangkan bagaimanakah reaksi Jeonita apabila kehilangan bayi yang selama ini dijaga dengan penuh kasih ketika dalam kandungan.

Tegakah aku membiarkan cinta pertamanya pergi dengan cara begini? Selama ini aku tidsk pernah menjadi suami yang menyintainya dengan setulus hati. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta, batin terseksa menggalas amanat ini. Sesungguhnya bukan dia yang aku cintai. Aku menyintai orang lain. Wajarkah aku membiarkan perasaannya terseksa akibat kehilangan cinta pertamanya ini? Tuan Heo berdiri di luar bilik yang menempatkan bayi-bayi yang baru dilahirkan. Dari cermin kaca tersebut dia melihat satu per satu insan yang baru tiba ke dunia baru selepas keluar dari dunia rahim ibu.

Hatinya dijerut kesayuan tatkala melihat anak-anak comel yang nyenyak tidur di katil masing-masing. Sepatutnya salah seorang daripada bayi-bayi tersebut adalah anaknya bersama Jeonita, namun takdir yang Maha Kuasa itu tidak dapat diubah. Hakikat kematian anaknya itu terpaksa diterima biarpun tanpa rela.

Tiba-tiba salah seorang daripada bayi di situ menangis. Daripada rengekan kecil suara tangisannya semakin membesar. Barangkali tiada siapa yang mahu melayan kehendaknya maka bayi itttu menangis dengan semahu-mahunya.

Tuan Heo berasa tidak sampai sampai hati. Berkali-kali dia mahu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut namun hati dan fikirannya saling bertingkah. Hati melonjak-lonjak mahu mendukung bayi itu tapi sebaliknya minda menegah dengan sekeras hati.

Akhirnya seorang jururawat muncul dan mengendong bayi yang menangis tadi. Ditepuk-tepuk tubuh bayi tersebut dengan lembut dengan niat hendak memujuk. Setelah tangisan si kecil reda sedikit dia membawa bayi tersebut pergi.

Heo tidak tahu ke mana tapi hatinya agak tenang setelah tangisan bayi tersebut telah reda. 

"Itu anak saya..."

Heo menoleh apabila tiba-tiba dia dikejutkan oleh satu suara yang berkata-kata di sisinya. Entah sejak bila lelaki itu brada di sebelahnya dia tidak perasan.

Cuma yang jelas wajah lelaki itu langsung tidak ceria biarpun baru menyambut kelahiran anaknya.

"Satu kelahiran yang amat dinantikan oleh seluruh ahli keluarga," tambahnya lagi dan kali ini dia menoleh sekejap kepada Heo sambil mengukir secebis senyuman cukup syarat.

"Tahniah," ucap Tuan Heo. Terasa berasa mulutnya kerana memaksa diri untuk mengucapkan perkataan tersebut kepada lelaki asing yang tidak dikenalinya. Rasa cemburu sedikit sebanyak sedang menguasai dirinya apabila melihat lelaki tersebut. Dia beruntung kerana dapat melihat dan mendengar suara tangisan anaknya, bisik hati Heo.

"Terima kasih untuk ucapan itu... tapi saya tak dapat nak merasai kegembiraan ini. Kelahiran mereka berdua mungkin menambahkan beban saya selepas ini."

Tuan Heo sedikit terperanjat mendengar kata-kata lelaki tersebut. Apa yang menyebabkannya berkata sedemikian walhal sepatutnya dia bergembira dengan kelahiran anak-anaknya... anak-anak? Maksudnya anaknya adalah sepasang kembar?

"Awak tak patut cakap macam tu. Jika kehadiran anak dianggap sebagai beban, sepatutnya awak fikirkan dahulu sebelum membuat keputusan untuk melahirkannya." Tuan Heo cuba mengatakan sesuatu yang wajar untuk menyedarkan lelaki yang nampak tidak bersemangat itu. 

"Saya menyayangi mereka. Saya mengasihi keluarga saya... tapi saya tak mahu mereka terancam disebabkan saya.

Tuan Heo dapat meneka bahawa lelaki di hadapannya itu sedang menghadapi suatu masalah besar.

"Nampaknya seperti awak sedang menghadapi masalah."

Lelaki yang belum memperkenalkan diri itu memalingkan wajah dan merenung Heo seakan mahu menilai sesuatu tentang dirinya.

"Yang mana satu anak awak?" tanyanya sebaik menoleh semula menghadap kamar bayi tadi.

"Errr..." Soalan tersebut menyebabkan Heo terasa seperti tersebat. Soalan tersebut mengembalikan semula emosi dukanya. Dia memandang semua bayi-bayi di ruang kamar tersebut dengan perasaan sedih.

Tanpa sedar tingkah lakunya itu diperhatikan oleh lelaki di sebelahnya. Pemuda tadi tersenyum. Seolah-olah dapat meneka apa yang sedang dihadapi oleh lelaki berkedudukan itu.

🥀🥀🥀

Perjanjian telah dimeterai. Masing-masing telah menandatangani surat perjanjian yang telah dipersetujui. Sebaik selepas itu tuan Heo menulis sekeping cek bernilai yang telah disediakan khas untuk David.

"Saya serahkan anak saya kepada awak demi kebaikan semua pihak."

"Ya, saya akan menjaganya seperti anak sendiri. Ingat perjanjian kita... Awak tiada hak lagi ke atasnya setelah menandatangani perjanjian tadi. Dia milik saya dan awak tak boleh menyesal dan cuba mengambil semula anak ini."

"Saya tidak menjualnya! Jangan awak berkata seolah-olah saya telah menjual anak saya sendiri demi kepentingan pribadi!" tegas suara David meningkah. Tiba-tiba dia begitu sensitif dengan kata-kata tuan Heo yang sebenarnya tiada apa-apa makna tersirat.

"Bertenang, Encik David." Tuan Heo hanya tersenyum sinis melihat perlakuan David yang masih rela dalam terpaksa untuk menyerahkan slah seorang anak kembarnya kepadanya. "Selesaikan hutang awak dengan lintah darat tu adalah lebih penting sekarang. Awak sayangkan anak-anak dan isteri awak, bukan." David tertunduk kesal. "Perkenalan kita adalah suatu takdir. Awak memerlukan bantuan saya dan dalam masa yang sama saya butuhkan pertolongan awak.

David mendongak. Memandang tuan Heo sekali sebelum melepaskan keluhan berat. Kesal itu tidak berguna. Menganggap tuan Heo sebagai penyelamat adalah lebih wajar situasinya kini.

"Saya akan laburkan sejumlah wang untuk awak bangunkan semula perniagaan awak. Selepas itu binalah hidup baru. Tentang anak ni, saya harap awak lupakan kewujudannya. Anggap dia telah mati... dia akan hidup sebagi tuan muda keluarga Heo yang kaya dan berkuasa, bukan lagi Moon Kyungseo, saudara kembar kepada Moon Hyungseo."

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now