#ADBY55

134 27 14
                                    

"Mama buat apa?" Hwall yang tiba-tiba muncul di ruang dapur itu menegur Rosallie yang sedang memotong sesuatu di atas meja.

Rosallie mengangkat muka, memandang ke arah suara yang baru muncul. Dia senyum kepada Hwall yang sedang datang menghampirinya. Selepas selesai makan malam tadi dia terus melekat di dapur, menyudahkan kerja yang belum selesai. 

"Kek?" Mata Hwall tertumpu pada kek coklat yang sedang dipotong oleh Rosallie.

"Haah... petang tadi mama buat sebab tiba-tiba daddy call teringin nak makan the devil food," kata Rosallie.

Wajah Hwall meleret senyuman. Kesukaannya ada di depan mata. Dia pantas menarik kerusi dari bawah meja lantas duduk di sebelah Rosallie.

Rosallie nampak gembira. Dia suka apabila berjaya mengesan sesuatu yang disukai oleh Hwall. Selama ini dia sedar yang anak muda itu sering memilih dalam bab makan.

Semuanya tidak kena dengan selera Hwall. Biarpun anak itu menafikan tetapi Rosallie tahu yang Hwall cuma tidak mahu mengecilkan hatinya.

"Hwall suka. Dulu mummy  selalu buat untuk Hwall."

Wajah Rosallie berbunga ceria memandang Hwall di sebelahnya.

"Tapi sekarang..." Wajah ceria Hwall berubah menjadi tawar. Dia merenung bahu meja, seolah-olah terkenangkan sesuatu.

Air muka Rosallie ikut berubah. Tangan yang sedang menyusun kek di atas piriing berhenti bekerja. Tumpuannya dialih pada Hwall. 

"Dah tak pernah lagi. Mungkin dia pun dah lupa macam mana nak buat the devil food untuk Hwall."

Melihat wajah keruh Hwall, menyebabkan rasa simpati di hati Rosallie. Tangan lembutnya segera mengelus-elus ubun-ubun Hwall. Cuba memujuk hati Hwall yang sedang galau.

"Tak apa, Hwall. Kalau Hwall nak, mama boleh buatkan untuk Hwall. Anytime... anywhere... mama akan buat untuk Hwall," katanya memandang Hwall dengan wajah senyumnya. Dia mencubit sedikit potongan kek di piring lantas disuakan ke mulut Hwall.

Kerut di dahi Hwall terbentuk sedikit. Namun senyumnya tetap terukir. Masih cuba mengambil hati wanita bergelar ibu itu. Dia memandang saja kek yang cuba disuakan Rosallie ke mulutnya itu.

"Errr... terima kasih, tapi Hwall boleh makan sendiri." hwall menolakk lembuut tangan Rosallie yang cuba hendak menyuapkan kek tersebut ke mulutnya. "Orang tak biasalah. Mama janganlah layan Hwall macam ni. Orang bukan budak kecil." Masih terserlah sikap the devilnya yang tidak pandai beralas dalam bertutur. Tanpa sedar Hwall telah mengecewakan Rosallie.

Hwall mengambil sepotong the devil food di dalam piring lantas dibawanya ke mulut. Kemudian dia bangun dan mengangkat piring yang berisi kek tersebut. Bergegas hendak kembali ke ruang tamu. "Orang pergi depan dulu."

Rosallie diam saja memandang pemergian 'anaknya'. Dia bukan Kevin, tapi kenapa aku masih mahu menganggapnya seperti Kevin? Kenapa rasa terlalu dekat dengan Hwall? Seolah-olah dia orang yang pernah aku rindui selama ini. Takkanlah dia... anak aku?.

⏳⏳⏳

"Hwall selesa tinggal kat sini?" David mengerling Hwall yang sedang duduk memeluk lutut di sebelahnya sambil merenung langit malam yang agak kelam malam ini. Hanya ada beberap butir bintang yang menemani bulan yang hampir dilitupi awan.

Hwall diam tidak menjawab soalan  David. Mulutnya bergerak-gerak, sedang mengunyah kek. Selepas makanan di mulut habis ditelan, barulah dia menoleh pada David untuk menjawab soalan tersebut.

"Orang okay, aje," katanya selajur menumpukan fokusnya kembali pada langit malam. Tiada apa yang menarik pada langit kala ini, tetapi Hwall tetap setia menerokanya. Dia seolah-olah sedang menjejaki sesuatu di langit luas itu. "Tapi kalau 'dia' ada orang mesti okey. Agaknya macam mana 'dia' kalau 'dia' masih hidup?" soalnya tanpa niat mahu mendapatkan jawapan daripada David di sebelah.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now