#ADBY31

175 31 4
                                    


Suatu masa dulu...

Kevin mendongak ke langit sebaik keluar dari rumah Fae. Menadah tangan kiri. Tangan kanan masih menggenggam pergelangan tangan gadis itu. Dia senyum memandang langit biru. Angin bertiup kuat memukul batang tubuhnya.

"Kita nak pergi mana?" tanya Fae mahu tahu.

"Jom!" Dia mula bergerak menarik Fae. "Saya tak sure ia ada atau tak hari ni. Tapi saya harap dia akan muncul sebab saya nak tunjukkan 'itu' kepada awak," kata Kevin bersemangat.

"Cop! Tunggu kejap." Fae menahan langkah pantas Kevin yang menariknya.

"Kenapa?"

"Cuaca hari ni macam tak elok je. Tunggu kejap." Fae kembali masuk ke dalam rumah mahu mengambil sesuatu.

Kevin menunggu di luar. Kedengaran suara Fae yang bercakap-cakap dengan mamanya di dalam rumah, tapi tidak jelas di pendengaran Kevin kerana mereka berdua bercakap dalam bahasa yang bercampur-campur. Jepun, Spain, dan Inggeris. Mungkin Fae mahu meminta kebenaran dulu sebelum keluar bersamanya.

"Ittekimasu!!! Jeritnya kepada si ibu mengucapkan selamat tinggal sebelum keluar meninggalkan rumah.

Sebentar kemudian Fae muncul di hadapan Kevin sambil membawa sekaki payung.

"Jom!" Senyumnya kepada Kevin sebelum beriringan dengan lelaki itu untuk ke destinasi tujuan mereka.

💘💘💘

Kevin membawa Fae ke sebuah tebing tinggi yang menghadap laut. Waktu ini hujan turun rintik-rintik. Fae sibuk memayungkan Kevin namun lelaki itu asyik ke sana sini mencari sesuatu yang Fae tidak pasti. Bila ditanya, Kevin cuma senyum. Katanya nanti bila ia muncul baru dia akan beritahu.

"Kevin, cakap jelah apa yang awak nak tunuk kat saya." Fae sudah mula mengeluh. Penat dia memegang payung yang asyik ditiupkan angin kuat di kawasan tinggi menghadap ke laut itu. Kevin pula asyik mengelak apabila cuba dipayungkan. "Hiii... orang payungkan tak nak. Nanti kena hujan, lepas tu sakit lagi, macam mana. Degil lah dia ni!" Fae merungut sendiri.

"Mana ada kena hujan. Kan pakai cap ni," jawab Kevin. Baru saja menyematkan cap di kepala.

Fae menggeleng kepala. Tak tahu nak cakap apa lagi. Orang risaukan dia, tapi dia tak risaukan kesihatan diri sendiri.

"AHHH... DAH MUNCUL PUN!" jerit Kevin tiba-tiba sambil menuding ke satu arah ke tengah laut.

"Nampak tak?"

Payung yang masih di tangan diturunkan ke bawah. Mata Fae mecerun ke tengah laut. Apa yang Kevin maksudkan masih tidak dapat di kesan. Kevin tarik Fae rapat padanya. Menuding lagi ke arah sekumpulan mamalia yang sedang melompat-lompat di permukan laut.

"WOWWW, DOLPHIN!" Fae menjerit teruja. AHHH... "HEYYY, DOLPHIN!" Payung di tangan terus dicampak. Fae melompat-lompat sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan ikan lumba-lumba tersebut.

Hanya bunyi decitan mamalia itu yang sayup-sayup kedengaran. Seolah-olah ia menjawab panggilan Fae. Beberapa kali ikan lumba-lumba itu melompat di permukaan air. Setelah hampir 5 minit mereka semua kembli ke dasar laut. Fae dan Kevin tidak lagi dapt melihat mereka semua.

Senyuman Fae masih tidak lekang di bibir. Begitu juga dengan Kevin. Mereka berdua masih terus memandang laut nan biru. Rintik-rintik hujan yang masih lagi turun tidak dihiraukan mereka. Dibiarkan saja tubuh ditimpa titisan kecil itu.

"Kevin daisuki!" Tubuh lelaki itu diterpa dan dirangkul dari sisi. Hampir tumbang Kevin apabila diperlakukan begitu secara tiba-tiba. "Saya suka awak. Suka... suka semua apa yang awak buat untuk saya."

Kevin tertawa gembira. Tubuh gadis itu terangkat dalam rangkulannya. Melayang-layang badan Fae apabila tubuh Kevin berpusing-pusing di sekitar situ.

"Saya tak pernah nampak dolphin real live depan mata macam ni. Macam mana awak tau mereka akan muncul hari ni?" Soal Fae setelah rangkulan kedua-dua mereka terlerai.

"Ya ke? Dekat zoo tak pernah tengok?" duga Kevin.

"Yang tu lain lah. Yang tu memang dibela. Tapi tadi tu hidup bebas kat laut."

Kevin tertawa. Lucu melihat Fae yang membuat gaya ikan lumba-lumba tengah berenang.

"Kevin, macam mana awak tau ada dolphin?" Fae mengulang semula soalannya tadi.

"Sebab saya terer." Kevin mendabik dada. Sengaja berlagak di hadapan Fae.

"Ala, cakaplah betul-betul." Fae menampar manja peha lelaki itu.

"Okey... sebab saya tau bila biasanya mereka akan muncul."

"Really?" Matanya membulat, berkaca-kaca memandang Kevin. Fae teruja.

Kevin mengangguk. Dia tersenyum panjang melihat reaksi Fae. Memang biasanya kumpulan ikan lumba-luma akan muncul melompat di permukaan air setiap kali waktu hujan renyai-renyai. Kevin pernah terdengarkan cerita tersebut dan menyaksikan sendiri sebelum ini. Mitos mengatakan bahawa kemunculan ikan lumba-lumba pada waktu hujan rintik adalah kerana mahu menyempurnakan hasrat seorang puteri dari kayangan yang mahu mereka memberikan senyuman kepada setiap insan yang bercinta. Namun begitu tentang fakta mengapa ikan lumba-lumba muncul pada waktu hujan rintik masih tidak ditemui.

Cuaca kembali cerah. Rintik hujan sudah berhenti. Mentari kembali bersinar lembut memeluk bumi.

"Elean... ada satu lagi saya nak tunjuk pada awak."

"Apa , apa?" Si gadis terus teruja dengan kejutan Kevin yang seterusnya. "Surprise apa lagi yang awak nak tunjuk pada saya?"

"Hurm!!! pejam mata dulu."

"Haik... nak kena pejam mata pula?"

Kevin angguk kepala.

Fae senyum. Menurut saja permintaan lelaki itu. Mata dipejam.

"Sekarang, kira sampai sepuluh."

"MNak kena kira pula... apa yang awak nak tunjuk lagi sebenarnya ni, Kevin?

"Elean..."

"Okey, okey... saya ikut cakap awak." Fae memahami nada Kevin yang tidak suka dia banyak merungut. "Satu, dua, tiga, empat... sembilan, sepuluh... saya buka mata sekarang ya."

"Okey," jawab Kevin sepatah sambil mengukir senyuman ceria.

Perlahan-lahan Fae membuka kelopak matanya.

Kevin di hadapan mata. Selain Kevin, tiada apa-apa lagi. Tapi selepas itu perlahan-lahan Kevin membawa dirinya ke tepi. Di belakang Kevin. Fae nampak sesuatu yang indah di langit biru. Tebaran tujuh lapis warna yang dikenali sebagai sang pelangi. Fae diam tergamam . Terus memandang keindahan kejadian alam yang begitu menakjubkan itu.

Tiba-tiba air matanya mengalir tanpa disedari. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa sungguh terharu. Begitu terharu dengan apa yang Kevin buat untuknya hari ini. Dan tangisan itu tentu sekali tangisan kebahagiaannya.

"Elean, kenapa awak menangis? Awak tak suka ke dengan apa yang saya tunjuk?" Wajah Kevin tercarik kegusaran. Rasa bersalah kerana membuatkan gadis itu menangis.

Fae menggeleng. "Kevin, ni adalah tangisan kebahagiaan. Terima kasih untuk memori paling indah kita berdua hari ni."

Wajah pelangi yang indah itu terus dipandang Fae. Tadi ikan lumba-lumba. Sekarang pelangi pula. Lepas ni apa pula, Kevin? Walaupun cuma untuk beberapa minit, tetapi ini pastinya sesuatu yang bakal meninggalkan kesan terhadapku.

Kevin tersenyum lega mendengar jawapan daripada Fae. Dia turut bersama Fae menatap pelangi yang indah tersebut. Tetapi jauh di sudut hatinya tidak seindah pelangi di hadapannya. Fae, aku harap akan hadir seseorang yang lebih baik dari aku yang boleh buat kau tersenyum selalu sebagaimana cerianya warna pelangi ni andai suatu hari nanti aku tiada lagi di sisi kau.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now