#ADBY58

131 29 4
                                    

Sebaik menyarung kasut sukan, kedua-dua remaja itu berangkat untuk pergi berjoging di sekitar taman berhampiran. Sedang mereka melangkah beredar dari perkarangan rumah, mata tertancap pada Ocean Lamborghini, milik Wendy.

"Eh, tadi kata kakak Wendy dah keluar. Habis, apasal kereta dia still ada kat garaj?" soal Hwall kepada Fae sambil berjalan melepasi pintu pagar.

Fae hanya mampu mengerutkan dahi. Tiada jawapan. Dia hanya menjongketkan bahu di sebelah Hwall.

"Dia keluar naik apa?" Hwall mula memanaskan badan dengan senaman ringan.

"Mana aku tau kakak kau tu." Fae turut melakukan perkara yang yang sama dengan Hwall.

"Kakak aku ke kakak kau. Hmph! Tak nak aku ada kakak macam mak cik penjual ikan kat pasar tu," balas Hwall sambil menjuihkan bibir.

"Ceh, konon! padahal dalam hati suka gila." Fae tarik muka ketat. Mempamer air muka meluatnya. Hiii... nak je sepak muka si taiko ni. Depan aku bukan main kata tak suka dengan kakak Wendy.  Padahal belakang aku bukan main seronok bermanja-manja dengan perempuan tu. Mentang-mentanglah si Wendy tu model cun. 

Hwall mengerling Fae dengan ekor mata. Bibirnya mengulum senyuman tatkala melihat riak cemburu di wajah Fae.

"Aku lagi suka pada si hodoh macam kau," katanya separuh berbisik. Kemudian kakinya memulakan larian kecil menyusuri lorong tepi jalan raya.

"Apa dia? Kau cakap?" Fae yang terdengar suara Hwall yang berkata-kata, pantas menjejaki langkah Hwall yang telah mendahuluinya.

"Jom kita buat pertandingan. Siapa menang dapat hadiah dan siapa yang kalah akan didenda macam selalu." Hwall sengaja mengaluh perhatian Fae ke topik lain. Tidak mahu dirinya terjerat dalam soalan tersebut.

"Pertandingan? Ala... nak main apa lagi ni, Hwall? Fae mengeluh apabila mendengarkan cadangan Hwall.

The devil tersengih-sengih apabila melihat muncung hambanya yang mula panjang macam hidung pinnochio yang kena sumpah akibat menipu. Gadis itu terpaksa akur terhadap semua arahannya. Dia adalah tuan yang paling bijak dalam tugas memerintah dan mendera orang.

"Cepatlah nak buat pertandingan apa?" bentak Fae apabila melihat senyuman bertanduk di kepala Hwall. "Menyusahkan orang betul." Dia merungut perlahan di belakang Hwall.

Hwall tidak lebih sekadar mengerling  Fae dengan penuh makna. Senyuman nakal terus bergayut menghiasi bibir.

Dia berhenti berjoging. Berlari setempat sambil memusing tubuh berhadapan dengan Fae yang turut melakukan aktiviti yang sama dengannya.

"Marathon," ucap Hwall sepatah.

"Hah? Apa, marathon?" ulang Fae. Langkah setempatnya terhenti. Dia bercekak pinggang memandang Hwall yang kini membuat larian mengelilinginya.

"Kita marathon satu tasik ni," kata Hwall. Dia melompat dan mematikan lariannya serentak dengan itu. Berdiri memandang tasik buatan yang luasnya lebih kurang seluas dua padang bola sepak.

Fae turut memandang ke arah tasik. Hurm, okey... taklah teruk sangat. Tasik ni pun bukannya besar sangat. "Lepas tu?"

"Start dari sini and tamat pun kat sini juga."

"Okay, no problem!" Errr... tapi rasanya aku tak boleh rasa bersenang hati terlalu cepat. Takkan si tuan muda jahat ni tak ada muslihat langsung. Otak the devil ni bukan betul sangat. Ada saja idea jahat yang dia nak kenakan kat aku selama ni.

"Kita bet, siapa kalah kena kiss siapa yang menang." Wajah the devil mula mempamerkan keiblisannya.

"Bodohnya idea kau! Aku tak nak, tak nak... dan tak nak!" bantah Fae dengan sekeras-kerasnya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now