#ADBY42

163 29 10
                                    

Pintu dibuka tatkala mendapat isyarat daripada madam Jeonita. Seorang lelaki berpenampilan kemas dalam jaket kulit berwarna hitam melangkah masuk ke dalam pejabat wanita berkuasa itu. Dia mematikan langkahnya tepat di hadapan meja madam Jeonita. Wanita bergaya elegan itu berhenti meneiliti dokumen kerjanya. Mengangkat wajah memandang lelaki yang merupakan salah seorang daripada orang suruhannya itu.

"Selamat petang, madam." Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya memberi hormat kepada madam Jeonita. "Ini laporan yang madam mahukan." Lelaki itu menghulur satu sampul besar bersaiz A4 kepada madam Jeonita.

Madam Jeonita mengambilnya lalu segera membuka isi kandungannya. "Apa yang kau dapat siasat setakat ni?" soal madam Jeonita.

"Seperti yang madam mahukan... tentang latar belakang dan serta serba sedikit tentang keluarganya." Si penyiasat melaporkan siasatannya.

Madam Jeonita menghulur tangan kepada Ryo, pembantu peribadi yang setia di sisinya. Pemuda itu sangat mengerti maksud madam Jeonita menghulurkan tangan, begitu lantas dengan segera dia menyerahkan kaca mata madam Jeonita. Mama Devil mula meneliti helaian-helaian kertas maklumat yang baru diserahkan oleh penyiasat peribadinya.

"Moon Seungwan Pevensive @ Wendy... or name stage dia Aimer Chu." Wanita itu tersenyum penuh makna tersirat tatkala membaca sedikit maklumat ringkas tentang gadis yang mendampingi anaknya semalam.

"Saya dapati dia memang ada motif tertentu mendampingi tuan muda Hyunjoon, madam."

Madam Jeonita meempar kertas-kertas di tangannya ke atas meja. Matanya mengecil dan dia mengering sinis kertas-kertas tersebut. Senyuman sinis terus menghiasi wajahnya. Penuh makna dan mencurigakan sesiapa yang melihatnya ketika itu.

"Teruskan siasatan." Madam Jeonita bangkit dari duduknya. Kaca mata ditanggalkan lalu diserahkan semula kepada kepada Peter. Dia berjalan meninggalkan ruang meja kerjanya. "Jangan lepaskan waau satu butir maklumat pun... sebab sesiapa yang cuba merampas atau memusnahkan hidup Hyunjoon, takkan terlepas daripada balasan madam Jeonita," sambungnya.

Si penyiasat mengangguk sekali. "Baik, madam. Saya akan teruskan siasatan."

"Madam..." salah seorang pengawalnya tiba-tiba muncul mendapatkan madam Jeonita. Kehadirannya telah menarik perhatian kedua-dua pembantu peribadi dan penyiasat persendirian madam Jeonita. Namun begitu wanita tersebut hanya diam membuang pandangannya ke luar dinding kaca yang menghadap laman sebelah kiri rumahnya.

"Tuan muda dah pulang," kata sang pengawal.

Anak mata wanita itu bergerak ke belakang tetapi kepala dan tubuhnya masih membelakangi semua orang suruhannya.

"Bawa dia jumpa saya sekarang," arahnya.

"Baik,madam." Segera si pengawal itu menurut arahan. Dia mengatur langkah untuk meninggalkan ruang tersebut untuk menjalankan tugas yang diarahkan madam Jeonita.

"Tunggu!" Panggilan itu mematikan langkah si pengawal. Dia kembali berpaling menghadap madam Jeonita. "If dia ingkar, just force him... and if dia still berdegil, heret je dia ke sini." Si ibu itu memang masak dengan sifat degil anaknya. Hwall pasti akan melawan dengan arahan tersebut.

Si pengawa mengering kepada pembantu peribadi madam Jeonita dan penyiasat persendirian yang berdiri bak tunggul kayu sebeum menjawab arahan tersebut.

"Baik, madam. Saya bawa tuan muda naik untuk jumpa madam sekarang juga." Pengawal tersebut bergegas pergi setelah menerima arahan daripada madam.

Selepas pengawal trsebut beredar, kedua-dua pemantu peribadi dan penyiasat itu turut diarahkan untuk keuar.

🍂🍂🍂

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now