#ADBY57

157 30 11
                                    

Wendy berlegar-legar di seluruh kawasan biliknya. Sekejap ke jendela. Sekejap ke katil. Sekejap ke meja solek. Sekejap merenung poster gergasi dirinya yang terpampang memenuhi dinding di bahagian pangkal kati.

Dia mula menggaru kepala. Buntu memikirkan tentang masalah barunya. Tentang Hwall. 

"Macam mana aku nak siasat latar belakang Hwall? Nak mula dari mana? Macam mana aku nak siasat perkara yang rumit ni? Argh!!! Aku mana ada masa yang cukup untuk buat kerja siasat menyiasat ni. Lagipun aku bukan detektif. Kalau kerja detektif tu senang macam buat catwalk kat atas pentas, senanglah cerita (sebab dah biasa buat). Tak adalah aku serabut macam ni. Masalahnya sekarang, aku nak tanya lebih sikit pasal family dia pun budak Hwall tu tak mahu cerita. Inikan pula nak pergi korek rahsia yang dia sendiri tak tau. Alamatnya aku yang bakal kantoi dengan the devil tu. Haru!"

Wendy berjalan menuju ke katilnya. Tubuhnya direbahkan di atas katil empuk. Dia baring menelentang di situ sambil terus mencari jalan bagaimana hendak menyiasat perkara ini.

"Errr, kalau buat-buat tak pernah dengar apa yang mama cakap malam tadi, boleh tak?" Dia menggigit hujung jari kelingking. Benar-benar buntu mahu membuktikan hal yang mustahil ini.

"Kalau nak sangkal dakwaan mama, sila pergi buktikan dulu dakwaan daddy!" Tiba-tiba suara Rosallie kembali terngiang-ngiang di cuping telinganya.

Wendy bingkas bangkit dari pembaringan. Rasa tersentak mendengar suara halus tetapi tegas mama. Dia telan liur sambil mengusap-usap kedua-dua belah telinganya. 

"Aku dah tau apa nak buat sekarang." Senyuman bermakna muncul di bibir itu sekejap kemudian. "Yang sibuuk sangat fikir macam mana nak siasat tu  buat apa. Apa yang aku perlu buat sepatutnya, ialah pergi buktikan sama ada Hwall tu adik aku atau tak. Tu je."

Kaki yang tergantung di bahu katil segera berpijak ke lantai. Dia bangun lantas menuju ke meja soleknya untuk mendapatkan sesuatu. 

"Cara paling berkesan untuk buktikan hal ini ialah dengan dapatkan sampel darah Hwall dan hantar ke makmal untuk buat ujian DNA."

Wendy menggeledah laci meja mencari sebarang benda tajam, tak kira sama ada gunting, pisau, mahupun jarum... janji boleh lukakan Hwall untuk dapatkan darahnya.

"Walaupun cara ni agak berisiko tapi aku mesti cuba juga."

Wajah si makcik penjual ikan kat pasar tu tersenyum lebar setelah mendapatkan sebatang jarum dan botol kecil. Dia bergegas menuju ke tempat peraduan Hwall di bilik sebelah.

🔹🔹🔹

KOK... KOKOK... KOOKKK!!!

"Opocot mak kau minah ronggeng" Wendy mengurut dada apabila tiba-tiba dia dikejutkan oleh ayam dari rumah jiran sebelah. Tak pasal-pasal melatah la pula. 

Dasar ayam tak pergi sekolah! Yang sibuk nak berkokok setiap hari tu apasal. Macamlah orang tak boleh bangun kalau dia tak kejut setiap hari. Huh! Yang jiran sebelah rumah ni pun satu hal, sibuk sangat nak bela ayam kat tengah bandar raya ni apa kes? Memang nak cari pasal betul!

Hati Wendy mengamuk tak tentu pasal terhadap ayam yang tidak bersalah itu. Gara-gara ayam tersebut, misinya hampir gagal tadi. Dahlah tengah menceroboh masuk bilik orang. Gaya dah macam orang nak pergi pecah rumah. Nak buat kerja jahat pergi mencuri darah the devil. Tengah layan khusyuk nak pastikan Hwall tengah lena, tiba-tiba ayam jantan yang penuh disiplin tu pula bikin spoiled. Mangkuk tingkat sungguh!

Hwall yang baring kembali diperhatikan. Langsung tidak bergerak-gerak biarpun ayam tadi berkokok bagai nak tercabuut anak tekak. Huh! Tidur ke dah mampus budak ni?

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now