#ADBY13

241 41 2
                                    


Sebaik tiba di banglo mewah tiga tingkat itu, Hwall terus masuk ke dalam melalui pintu tengah. Tujuannya tidak mahu terserempak dengan ibunya. Wanita itu masih berada di dalam rumah memandangkan dia ternampak Joel, pembantu merangkap pengawal peribadi ibunya di ruang tamu tadi.

"Hwall..." Panggilan wanita itu mematikan langkah Hwall yang sudah di anak tangga pertama.

Hwall sekadar memusing kepala menghadap ibunya yang sedang berdiri di meja makan.

"Awal Hwall balik. Macam mana dengan kelas?" soal si ibu yang disulami kecurigaan.

"Biasa-biasa je," jawab Hwall acuh tak acuh. Kakinya kembali dilangkah mendaki tangga. Tidak tergerak langsung hatinya mahu menyapa wanita tersebut dengan lebih mesra.

"Hwall, tunggu!"

Malang bagi si ibu apabila anak sendiri tidak ingin menghiraukan panggilannya itu. Madam Jeonita mengeluh hampa. Setiap hari hubungan dengan anak tunggalnya itu semakin jauh. Tiada langsung tanda-tanda yang mereka akan berdamai.

Hwall mengurung diri di dalam bilik. Selagi wanita tu tak keluar, selagi tu dia akan terus berkurung di dalam bilik. Dia tidak mahu bertentang mata apatah lagi bercakap dengan ibunya. Baginya hubungan mereka berdua sudah lama terputus. Dan selagi ibunya masih dengan sikap mementingkan diri, Hwall berjanji tidak akan menegurnya.

Namun setelah lebih 2 tahun, nampaknya wanita itu masih tidak sedar sikapnya selama ni. Hwall sangat hampa. Dia bukan setakat kehilangan ayah yang ada dalam tiada, wujud tetapi seperti tiada. Dia juga sudah kehilangan ibu tercinta selama bertahun-tahun. Dia tidak tahu kenapa dia perlu hidup dalam keluarga seperti ini.

Adakala persoalan tersebut singgah di jiwanya. Rasa sedih mencengkam jiwa. Apakah penamat dalam drama kehidupannya ini? Adakah kematian seperti mendiang Jerry dulu boleh menamatkan segala-galanya? Adakah itu baru bisa membuatkan ibu bapanya sedar akan kepentingan seorang anak sepertinya?

Buku-buku yang bertingkat di atas meja diperhatikannya. Teringat semula keputusan yang dilihatnya di papan kenyataan pagi tadi. Ia sesuatu yang sangat mengecewakan. Mungkin ada sesuatu yang silap dan perlu diperbetulkan.

Sekilas Hwall terpandang pada buku-buku nota yang disediakan oleh Fae untuknya di atas meja belajar. Dia bangkit dari katil dan pergi mendapatkan buku-buku nota tersebut. Diselak satu per satu... tetapi Hwall tidak pasti dengan apa yang diselaknya. Lantas dia mengambil satu keputusan. Dalam pakaian seragam yang masih melekat di tubuh, Hwall bergegas keluar sambil membelek semua nota-notanya.

"Hwall, mami nak ke kota hari ni. Mungkin beberapa hari juga mami kat sana nanti. Hwall tinggal dengan Miss Lyn, ya. Kalau ada apa-apa masalah, Hwall boleh call mami," kata madam Jeonita dari ruang hadapan.

Apa-apa jelah mami... Hwall buat-buat tidak dengar. Dia peduli apa kalau ibunya itu tiada, hidupnya tetap sama. Tak de beza. Rumah besar ni tetap kosong biarpon penghuninya ada.

"Lagi satu... ambil ni."

Hwall mengerling kepada madam Jeonita. Not-not kertas dihulurkan kepadanya. Hwall memandangnya tanpa perasaan.

"Ambil, ini untuk Hwall." Madam Jeonita menarik tapak tangan Hwall untuk menerima pemberiannya itu.

Hwall merenung dingin wajah sang ibu yang belum dimamah usia biarpun sudah melepasi angka 40 itu. Not-not kertas yang bernilai itu berada dalam genggamannya kini. Dengan tanpa perasaan, dia menguyak wang-wang kertas tersebut di hadapan ibunya sebelum mencampakkannya ke lantai. Baginya wang tersebut sudah tiada makna pada dirinya. Dia sudah muak menggunakannya.

Tindakan anak  muda itu benar-benar telah menggores hatinya. Madam Jeonita memendam perasaan kecewa terhadap anaknya nan seorang itu. Dia sedar, bukan mudah untuk Hwall menerimanya kembali seperti dulu.

"Hwall masih boleh hidup tanpa duit mami tu."

Hwall melangkah meninggalkan rumah tanpa menunggu bicara ibunya lagi.

Madam Jeonita hanya menahan sabar dengan sikap anak tunggalnya waktu ini. Dia percaya, suatu hari nanti dia bisa menundukkan semula sikap degil Hwall itu.

🍀🍀🍀

Keesokkan paginya...

"MINNIE...!" panggil Hwall sebaik melangkah masuk ke dalam kelas. Matanya melilau menjejaki Minnie.

Para pelajar sibuk dengan aktiviti sendiri ketika ini. Tiada guru yang masuk lagi untuk subjek selepas waktu rehat. Kemunculan Hwall yang disedari oleh beberapa orang pelajar tidak diendahkan. Bagi mereka memang sudah biasa melihat Hwall begitu. Dah macam biskut chipsmore. Pagi muncul, tiber tengah hari sampai habis waktu sekolah hilang ataupon pagi batang hidung pon tak nampak, tiber tengah hari helok membongkang atas meja. Baik tak yah datang kelas. Kadang time cikgu mengajar selamba badak Hwall je keluar dari kelas. Semua peraturan dia langgar. Macam kolej ni dia yang punya.

Kelibat Minnie dijejakinya. Minnie berada di belakang kelas bersama dengan beberapa orang pelajar lain. Macam sedang bergosip.

Hwall melangkah mendapatkan Minnie.

"MINNIE!" panggilnya untuk kali kedua. Akibat terlalu rancak berborak, Minnie masih tidak sedar dipanggil oleh Hwall.

"WOI, GEMOK!" jerit Hwall geram.

Semua yang berada di meja belakang menoleh Hwall.

"KAU PEKAK KE? PEHAL AKU PANGGIL TAK NYAUT?" marah Hwall. Jelingan matanya menakutkan semua orang.

"Hmph...!" Minnie tarik muka sebelum beredar kembali ke tempat duduknya.

Selamba je panggil aku gemuk. Aku slim ok! Dasar mulut cabul tak ada insurans betul lah dia ni! gumam Minnie dalam hati.

"Woi, gemok... mana kau nak pergi? Aku tengah cakap dengan kau ni." Hwall mengekori Minnie. Menyirap jugak apabila gadis tersebut melayannya dengan sombong.

"WOI... TST!" Mulutnya berdecit geram. Hwall bercekak pinggang sambil menghadap Minnie yang membelakanginya kini. "Okeylah... Minnie. Aku panggil kau 'Minnie'... puas hati?" Dia sedar yang Minnie tidak suka dengan panggilan kasarnya tadi. Minnie bukannya gemuk sangat. Sebab tu jugak Minnie selalu membawak bekal makanan dari rumah bagi mengelakkan diri daripada termakan makanan-makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak di luar.

"Terima kasih... nak apa cari aku tiba-tiba ni?" balas Minnie dengan sopan selepas itu.

"Bak! Pinjam semua kau punya nota." Hwall menghulur tangan, mahu Minnie memberikan kepadanya dengan segera.

"Nota apa?"

"Semualah. Bagi sekarang!" katanya dalam nada mengarah.

"Ha?"

"Cepatlah! tercengang apa? Kau tak faham ke, kan aku cakap nak sekarang. NOW!" ujar Hwall memaksa.

Jegilan matanya membuatkan Minnie segera mengeluarkan semua nota-notanya lantas diserahkan kepada Hwall. Hwall mengambilnya.

"Thanks wey... nanti aku pulangkan balik," ucap Hwall seraya melangkah pergi meninggalkan kelasnya.

Langkah pemergiannya diperhatikan oleh beberapa orang pelajar di dalam kelas tersebut. Masing-masing segera mendapatkan Minnie sebaik kelibat Hwall hilang.

Fae yang baru kembali dari tandas ternampak kelibat Hwall yang sedang berjalan meninggalkan kelas. Dia hanya memandangnya sambil meneka-neka  apa yang Hwall buat.

"Kelam kabut jalan sambil belek nota nak ke mana je mamat tu?" Fae mengelus-elus dagu sambil kakinya melangkah masuk ke kelas semula.

Nantikan kemunculan Kevin di next chap💜

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now