#ADBY26

184 36 0
                                    

Hye! sape layan lagu jepun. leh check header lagu  back number  'First Love ' cover by Kobasolo and subscribe channel tu. Semua lagu cover jepun diorang sedap! hahahaha ...lagi satu kena kot dengan scene kali chap ni sebab ada Kevin! Who Fae first love.

Suatu masa dulu...

"Ala, Kevin... macam mana ni. Tempat dah full lah," Fae mengeluh sebaik tiba di dataran tempat pesta perayaan berlangsung.

"Kita terlewat. Semuanya sebab saya. Sorry, babe." Mata itu merenung Fae dengan penuh rasa bersalah. Dia yang menjadi punca kelewatan mereka malam ini. Gara-gara bertekak tentang hal keluar malam dengan kakaknya, Wendy.

*Wendy red velvet coming guys. Macam tak sama je muka depa, tapi author pilih dia satu sebab dia canadian sama ngan Kevin and my fav  since sm rookies lagi!*  

 Macam tak sama je muka depa, tapi author pilih dia satu sebab dia canadian sama ngan Kevin and my fav  since sm rookies lagi!*  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Sis adore dia rambut pendek. Sumpah nampak matured kot! btw style rambut tu chantekk..hihi*

Ok perkenalkan Wendy, kakak kandung Kevin dalam ff nilah. She's a bit scary  and always protective with her younger brother because she loves him so much and knows about his bad  health conditions.

Kevin hampir  membatalkan temu janjinya dengan Fae. Nasib baik dia bijak mencari helah untuk melepaskan diri.

"It's okay... jomlah pergi. Maybe malam ni bukan malam kita."

Fae memaniskan wajah demi menutup rasa terkilannya di hadapan Kevin.

Dia memaut lengan Kevin untuk beredar dari ruang penuh dan sesak itu. Kevin menurut langkah Fae. Dalam langkah yang asyik mengelak daripada orang ramai yang berda di sekeliling, sempat kepala Kevin berpaling semula ke dataran yang hendak ditinggalkannya.

Malam ni sepatutnya malam yang menggembirakan. Malam yang menjadi memori dalam hubungan kami. Aku tahu apa perasaan sebenar Elean sekarang. Tentu dia kecewa... kena buat something kalau tak nak malam ni berakhir macam tu saja. Aku tak nak sia-siakan masa yang aku ada untuk Elean.

Langkah  terhenti. Kevin memaut bahu Fae ke dalam dakapan tangannya. Fae tersentak ke belakang. Wajah Kevin dipandangnya. "Kevin...?"

"Saya akan make sure yang awak pulang dalam senyuman," kata lelaki itu selajur dia menarik Fae meuju ke suatu tempat.

Fae yang terpinga-pinga hanya menurut ke mana Kevin membawanya. Kevin membawa Fae ke sebuah tasik yang terletak kira-kira lima ratus meter dari dataran tadi. Tasik yang terletak di pinggiran kawasan rekrasi itu tidak ramai orang kerana kebanyakkan mereka lebih tertumpu di dataran kerana malam ini ada perrtunjukkan bunga api.

"Kevin, kita nak buat apa kat sini?"  tanya Fae.

Kevin turun dari jeti kecil di situ. Melangkah masuk ke dalam sampan yang diikat di tiang jeti. Dia berpaling kepada Fae. Menghulurkan tangan kepada gadis itu untuk ikut naik ke dalam sampan bersamanya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now