#ADBY75

166 27 0
                                    

Tuan Heo menolak cek yang telah siap ditandatanganinya ke hadapan, tepat di hujung tangan kanan David yang menapak di atas meja.

"Jangan hina saya dengan duit awak lagi, tuan Heo." David menolak cek tersebut kepada lelaki tersebut semula.

"Jadi... adakah cara lain yang boleh mengurangkan rasa bersalah saya terhadap keluarga awak?" Dia bukan orang jahat tetapi disebabkan telah memisahkan sepasang kembar, Tuan Heo berasa telah menjadi orang yang sangat kejam. "Hwall sudah dewasa. Lambat laun dia pasti akan dapat tahu juga siapa dirinya yang sebenar. 

"Saya tahu..." David menekur kepala. Dia sangat yakin akan dibenci oleh Hwall setelah anak itu tahu perkara sebenar nanti. Dia pasrah. Dia juga rela dibenci oleh anaknya sendiri kerana dialah punca segala-galanya.

"Wah... wah... wah... awak berdua umpama sahabat baik yang sudah lama terpisah  hari ni."

Tiba-tiba seorang wanita memecah keheningan. Tuan Heo dan david mengangkat kepala ke arah suara itu secara serentak. Wajah masing-masing berkerut terkejut dengan kemunculan madam Jeonita.

"Surprise! Rasa terkejut dengan kehadiran saya, bukan?" Wanita berkuasa itu senyum lebar. Riak wajahnya sangat angkuh dan sangat menjengkelkan sesiapa sahaja. Kehadirannya yang tanpa diundag itu mendatangkan rasa curiga di hati tuan Heo dan David.

"Apa awak buat kat sini, Jeonita?" Tuan Heo bangkit menyoal isterinya.

David pula nampak semakin gusar. Kehadiran madam Jeonita adalah bencana buat dirinya selama ini.

"Ini kafe, jadi saya nak minum kopi sambil duduk berbual dengan awak berdua." Madam Jeonita menarik kerusi dari meja empat segi itu. Duduk di antara suaminya dan David.

Air muka tuan Heo mula keruh. Nampaknya dia tidak merestui kehadiran madam Jeonita dalam perbincangannya bersama David.

"Kenapa, sayang? Ada sesuatu yang tak boleh saya tahu ke dalam perbincangan awak berdua petang ni?" kata-kata madam Jeonita yang bagaikan dapat membaca fikiran suaminya itu membuatkan tuan Heo mula berasa gusar. Selama ini memang dia yang merahsiakan tentang kematian anak mereka daripada pengetahuan madam Jeonita.

"David, kau ni memang bijak bermuka-muka di hadapan anak dan isteri kau, kan." Suara tajam itu memulakan serangannya terhadap David pula. "Bukan setakat anak dan isteri, malah tuan Heo yng dihormati ni pun kau cuba perdaya." tambah madam Jeonita sambil menepuk-nepuk pangkal baju suaminya. Tuan Heo terpinga-pinga. Bijak sungguh kau berlakon ya... tapi sebijak-bijak tupai melompat, ke tanah jua jatuhnya nanti!" Kata-kata itu disusuli tawa mengejek wanita itu.

"Jeonita, apa yang awak cakap ni?" Tuan Heo berasa tidak sedap hati dengan kata-kata sinis yang dilontarkan madam Jeonita.

Madam jeonita berhenti ketawa.

"Heo, awak memang bodoh kerana terlalu baik pada orang yang tidak pernah awak cintai. Selama ni awak seksa perasaan saya dengan sikap baik awak tu. Saya sangat benci dengan orang baik seperti awak."

"Kau perempuan iblis, Jeonita. Apa lagi rancangan jahat yang kau cuba rencanakan." Akhirnya David bersuara kerana tidak tahan dengan sikap sinis madam Jeonita sejak dari mula.

"Kau pun bukan baik sangat, David. Hati kau busuk. Kau manusia tamak yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah kau miliki. Jangan sampai keluarga kau tahu kejahatan yang kau telah lakukan selama ini!"

"Enough, Jeonita! Apa semua ni?" Sorotan matanya tajam menikam wajah isterinya.

David kembali membisu. Tangannya dikepal kuat, cuba mengurangkan rasa tegang disebabkan serangan psikologi daripada madam Jeonita. Kalau bukan kerana Tuan Heo, mahu sahaja tangannya ringan menampar wanita tersebut.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Donde viven las historias. Descúbrelo ahora