#ADBY53

159 27 8
                                    

Tubuh dihempas di sofa di ruang menonton. Tangan kanan yang penuh memegang makanan ringan meletakkan semua bungkusan makanan di sebelah tempat duduknya. Sementara tangan kirinya meraba bawah meja kaca, mencari alat kawalan jauh.

Kening Hwall berkerut. Alat kawalan jauh tidak ditemui. Matanya melilau memandang sekeliling ruang di situ. tiada. Entah ke mana ia menghilang. Selajur dia memanjangkan langkah ke hadapan menekan televisyen secara manual.

Hwall kembali duduk di tempat asalnya tadi. Membuka bungkusan makanan ringannya sambil menonton rancangan... entah rancangan apa entah. main layan je.

"Lerr... apa ni? Berita? Aduss... buat spoil mood orang nak nak lepak petang-petanglah." Hwall mengeluh sebaik menyedari siaran yang dibukanya itu bukan rancangan yang sesuai untuk bersantai kala ini.

Menoleh ke kiri dan ke kanan. Meraba belakang dan bawah kusyen sofa dengan kedua-dua belah tangan. Menguis-nguis bawah sofa dan meja dengan kaki. Menyepah segala barang di laci dan meja. "Argh! Mana remote control ni?" Hwall sudah mula bengang.

Dia kembali menghempas tubuh di atas sofa. Dengan tak relanya dia menyantap pandang ke kotak empat segi di hadapannya. Lantak mak kaulah! Aku dah bosan tak tau nak buat apa ni. Berita pun berita lah. Layan jelah sementara tunggu mama siap masak makan malam.

Ngap! Krup...krap...krup!

Sambil layan berita, the devil buat senaman ringan mengunyah junk food.

"Untuk laporan selanjutnya kami bawa anda ke dewan parlimen."

Hurm, hari ni ada persidangan di dewan parlimen. Jadi mummy mesti ada kat sana.

Hwall tetapkan anak mata. Berita kali ini agak menarik perhatiannya. Makanan ringan di tangan dilepas perlahan-lahan. Hatinya terdorong untuk menyaksikan laporan daripada pemberita di siaran tersebut.

Lensa kamera merakam setiap yang berlaku di dewan tertutup lokasi bertempatnya persidangan. Dari seorang ke seorang ahli dewan rakyat berbahas. Hwall kurang menghiraukan isi yang disampaikan oleh mereka. Matanya cuma menjejaki di mana mummynya.

Dan akhirnya lensa kamera terfokus kepada madam Jeonita yang membangkng cadangan salah seorang ahli parlimen yang sedang berbahas tadi. Dia berdiri dengan berani, membidas semula pandangan ahli parlimen tersebut yang dirasakannya tidak relevan dan tidak memberi sebarang faedah, baik kepada kerajaan mahupun rakyat secara khasnya. Bidasan madam Jeonita disokong oleh kebanyakkan ahli di dewan berkenaan. Masing-masing menepuk-nepuk meja tanda sokongan.

Hwall cuma tersenyum kecil. Tiba-tiba dia berasa bangga menjadi anak kepada madam Jeonita apabila melihat kehebatan mummynya di pentas politik. Biarpun rasa curiga dan marah ini sering mengusik, namun sebagai anak dia tetap rindu kepada seorang ibu biarpun sekarang ada wanita lain yang sanggup menjadi ibu menggantikan madam Jeonita. Namun kasih sayang ibu sebenar tetap lebih meninggalkan kesan di hati seorang anak.

Dari satu sudut ada sepasang mata sedang memerhati anak muda itu. Hatinya dipaut semacam rasa tidak senang. Berharap ini ialah Kevinnya. Dan bukan milik insan lain.

🔹🔹🔹

Di perkarangan kediaman madam Jeonita...

"Hyunjoon dah balik?" soal madam Jeonita sebaik selesai meneguk minumannya.

Si gadis pembantu rumah itu serta-merta mengangkat wajah. Matanya sedikit membesar kerana terkejut dengan soalan madam Jeonita.

"Errr... be... belum... madam," jawabnya takut-takut. Memang dia takut jika rahsia itu terbongkar. Sama ada mati di tangan Hwall ataupun di tangan madam Jeonita. Tuan mudanya itu telah mengugutnya agar merahsiakan pemergiannya tempoh hari.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang