#ADBY6

304 43 2
                                    

Pagi yang ceria.

Fae tersenyum lebar memandang pantulan imejnya pada cermin.

Hari ini adalah hari pertama dia memakai pakaian seragam kolej selepas 2 miggu di Kolej Rivera Hood.

Fae sangat gembira.

Apa taknya, sebelum ini di kolej lamanya tiada peraturan yang mewajibkan pelajar berpakaian seragam.

Sebab tulah dia jakun sangat nak pakai baju seragam!

{Fae pov}

Haaa~ hari ni baru rasa macam manusia normal sikit. Kalau tak sebelum ni mula lah semua orang dok kutuk-kutuk aku pelik.

Pelik sangat ke aku ni woii! Bersyukur aku pakai baju taw.

Time kat kolej lama dulu tak de pulak manusia nak kutuk aku pelik.

Errr... ada je sebenarnya, tapi... ala, diaorang jeles tu! (saje nak sedapkan hati sendiri).

Kevin tak pernah pon kata aku pelik.

Padehal dia selalu bagi support aku supaya terus yakin dengan diri sendiri.

Abaikan haters ni! Semua Munafake! Dasar attention seeker. Semua geng-geng makcik bawang je!

Yang penting aku happy dengan apa yang aku buat. Kan? ye ke idok?

"Cantiknya baju ni plus comel gler tuan yang pakai baju ni. HAHAHA" aku tak habis lagi tersenyum cam orang gila tengok diri aku dalam cermin.

Kemeja biru mengikut bentuk tubuh dengan lengannya paras bawah siku. Tali leher berwarna biru tua berjalur warna yang lebih muda. Skirt paras lutut yang berwarna sedondon dengan tali leher dan stokin panjang paras tengah betis.

Dah serupa ballerina aku pusing-pusing depan cermin.

Tengah syok-syok berangan tiba-tiba...

"ELEANOR FAEMIKOOOO!!!" Makcik Pamola dah start dah memekak kat bawah tu woi.

"OH MAK KAU SENGET! aduh sakit bangang kaki aku tersepak kaki cermin. Ish kacau daun lah pompuan tua meroyan ni. Aku baru nak acah feeling-feeling princess gituww..hmm~" Kaki Fae sikit lagi terbabas nak rempuh kaki cermin tatkala terdengar pekikan Makcik Pamola.

Nak taw kenapa aku panggil makcik Pamola ni dengan title 'pompuan tua meroyan'?

Sebabnya makcik 'kesayangan' aku ni andartu, tak de sape yang hamak kat dia! sian~

MYGAD!!!

Pompuan tua meroyan tu dah terpacak depan pintu bilik aku lol. Aku apa lagi acah behave lah kan macam xde pape berlaku.

"Ye~ Makcik Pamola." Aku menyahut panggilannya even agak lambat nak lah gak nak reply.

"Dah pekak ke? Asal susah sangat nak menyahut bila aku panggil? Kau jangan nak memanjang berangan ye! Jangan buat rumah ni macam rumah bapak kau!" Makcik Pamola dah menceceh tho.

"Errr..." aku hanya menggaru kepalaku yang tak gatal.

Ala, itupon nak marah ke? Kecohlah Makcik Pamola ni.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now