#ADBY44

159 29 7
                                    

Hurm... bosannya hari ni. Mana aku nak pergi ni?

Nak pergi kantin... aku tak lapar. Tak ada seleralah nak makan sorang-sorang. Sebab dah biasa makan sama-sama dengan the devil.

Nak pergi library... aku paling benci tempat tu. Lagipun aku bukannya Hwall yang suka membaca dan sanggup melepak kat kedai buku. 

Hmph, taiko dan buku? Bunyi macam pelik, kan? Tapi kira okeylah tu. Dah kata klon Kevin...HAHAHA...(ketawa dalam hati)... tapi mana mamat tu pergi. Aku dah lama tak nampak dia since beberapa hari ni. Kenapa dia tak masuk kelas macam biasa? Huh. Fae mengeluh seorang diri mengenang nasib tanpa the devil. Rindu lah tu. Tulah orang tua-tua selalu pesan  jangan selalu gaduh bila dah dekat. Kang jauh rindu.

Kaki masih terus melangkah tanpa hala tuju. Sedar-sedar Fae sudah berjalan sampai ke halaman kolej. Langkah kakinya terhenti tatkala terpandang sebuah kereta di ruang parkir. Kereta itu sangat dikenalinya.

Lamborghini Ocean... means Wendy ada kat area kolejnya.

Kepala Fae melilau-lilau meninjau sekeliling untuk menjejaki Wendy. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Hwall berjalan menuju ke arahnya sambil melambai tangan.

Fae memberhentikan langkahnya serta-merta.

"Hwa-" panggil Fae perlahan sambil membalas lambaian Hwall tersebut. Tetapi malangnya Hwall hanya melintasinya begitu saja. Hwall dan aku bersebelahan tadi tapi dia langsung tak pandang or tegur aku. Aku dah macam halimunan kat situ.  Pedih wey hati ni! Kitorang dah macam stranger.

Hwall terus mengendahkan Fae.

Fae  memusingkan badannya 180 darjah untuk memanggil Hwall semula. Tetapi apabila ternampak  Wendy turut berada di situ dia hanya membatalkan niatnya. Ternyata Hwall ingin menuju ke Wendy di belakangnya bukan dirinya. Yelah siapalah aku ni. Potato je.

Dari jauh Fae hanya memerhatikan tingkah kedua-dua mereka yang nampak begitu gembira. Ketawa dengan ceria. Apa yang sedang berlaku sampai ke telinga tawa the devil dan supermodel brutal tu? Fae tertanya-tanya sendiri di dalam hati. 

Fae nampak Wendy menarik Hwall dan merangkul bahu si taiko itu dari sisi. Hwall diam tidak menepis. Mulutnya bergerak-gerak, berkata sesuatu kepada Wendy. Selepas itu Wendy menutup mulut kerana cuba menghalang gelaknya yang kuat disebabkan kata-kata Hwall. Kemudian dia mengangkat tangan kanannya dan meluku kepala Hwall. Hwall nampak marah dengan perbuatan gadis tersebut lantas menolak Wendy yang sedang merangkul bahunya. Tapi selepas itu mereka kembali ketawa bersama-sama.

Tanpa sedar ada kerut tidak senang di dahi Fae apabila melihat hubungan Wendy dan Hwall yang semakin akrab... Hwall dengan kakak Wendy... apa yang mereka tengah buat? Kenapa mereka berdua tak hiraukan kewujudan aku lagi sejak beberapa hari ni? Hwall... dia masih marahkan aku ke? Kalau marah sekalipun takkan sampai tak nak berkawan aku lagi. Dan kakak... bukan ke sepatutnya dia datang sini sebab nak melawat aku? Tapi lepas berkenalan dengan Hwall yang seiras dengan mendiang adik dia tu, dia terus lupakan kewujudan aku. Sampai hati... sampai hati diorang berdua layan aku macam ni.

Fae tidak sanggup lagi menjadi tunggul di situ. Dia segera beredar pergi. Melihat keintiman kedua-dua pasangan baru itu membuatkan hati Fae berbelah bahagi. Mungkin cemburu, kecil hati, atau rasa kehilangan nilai di sisi kedua-dua mereka. 

Tapi wajarkah perasaan cemburu itu wujud di antaranya dengan Hwall? Sejauh mana hubungannya dengan Hwall sehingga rasa cemburu itu patut wujud hanya kerana seorang perempuan yang bergelar kakak.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Où les histoires vivent. Découvrez maintenant