#ADBY16

265 34 13
                                    

SETELAH hujan sedikit reda muncul sebuah kereta mewah di luar pondok telefon tempat mereka berteduh itu. Seorang lelaki berpayung keluar dari bahagian pemandu lantas menuju ke pondok telefon untuk menjemput Hwall.

Hwall keluar dari pondok telefon. Payung di tangan lelaki ituh dirampas sebelum melangkah menuju ke pintu kereta. Fae sekadar melihat tindakan Hwall yang membiarkan pemandunya basah terkena hujan.

Lelaki bersuit kemas itu terkocoh membukakan pintu kereta untuk tuan mudanya. Namun Hwall bertindak menegahnya. Fae tidak jelas dengan apa yang Hwall katakan tapi jelas yang tindakannya sedang mengarahkan lelaki itu pergi ke bahagian memandu.

Sebelum masuk ke perut kereta Hwall menoleh semula ke pondok telefon. Fae yang sedang mendukung anak kucing tadi direnungnya sebentar.

"WOI!" panggilnya.

Fae memandang Hwall dengan wajah tanda tanya.

"Sini naik!" arahnya.

"Ha?" Fae terpinga-pinga.

Hwall mengetap bibir. geram dengan kelembapan otak Fae berfungsi terhadap sesuatu arahan. Dia berpatah balik ke pondok telefon dan menarik Fae keluar dari situ.

"Eh, nak tarik aku pergi mana ni?" tanya Fae terpinga-pinga. Terkocoh-kocoh dia mengutip barangnya.

Hwall tidak banyak bicara. Lengan Fae terus ditarik kasar menuju ke keretanya.

"Eh... eh... tak pe, Hwall. Tak payah hantar aku balik. Aku boleh balik sendiri. Tak perlu susah-susah. Lagipun aku bawa basikal tadi," jelas Fae cuba menolak lembut niat baik Hwall yang mahj menghantarnya pulang.

"Kau mengarut apa? Siapa yang nak hantar kau balik... dah, jangan nak membebel. Ikut aku," balas Hwall seraya menolak tubuh Fae masuk ke dalam perut kereta.

"Ha?" Tiba-tiba Fae berasa ada sesuatu yang tak kena. Terasa kejahatan the devil sedang memburunya. Oh my god! mamat ni nak buat apa pulak kat aku kali ni? "Err... tapi aku tak boleh ikut kau. Aku kena balik. Nanti makcik aku cari." Fae cuba memberi alasan walaupun dia sedar yang alasan seperti itu tidak mungkin akan diterima oleh the devil.

"Urusan kau dengan makcik kau bukan masalah aku. Yang penting sekarang kau mesti bertanggungjawab di atas kesalahan yang kau dah lakukan... diam dan ikut je arahan aku." Hwall menjegilkan biji matanya untuk menakutkan Fae. "Jalan cepat." Selajur dia memberi arahan kepada pemandunya.

Fae cuak. anak kucing comel tadi dipeluknya dengan erat sambil duduk menjauhi lelaki jelmaan Kevin itu. Oh, tuhan...
selamatkanlah aku dari satu lahi kekejaman the devil.

🍀🍀🍀

Kereta mewah itu berhenti di hadapan sebuah lot kedai. Hwall menarik Fae keluar dari kereta. Sebelum itu sempat Hwall memberi arahan kepada pemandunya supaya pulang dahulu dan tidak perlu kembali menjemputnya nanti.

Sebaik kereta tersebut pergi, Hwall menarik kasar tangan Fae masuk ke sebuah kedai buku terpakai. Kedai tersebut sedikit usang dan lama. Fae sempat memerhati suasana dalam kedai tersebut. Terdapat banyak rak yang menempatkan buku-buku di sekitar ruang kedai tersebut. Bukan setakat di rak, malah di lantai juga ada bertingkat-tingkat buku yang masih belum bersusun.

Seorang lelaki tua di kaunter sempat menegur Hwall sewaktu mereka masuk ke kedai tersebut. Fae menarik muka apabila Hwall memaniskan wajahnya sewaktu ditegur dengan mesra oleh tuan kedai buku tersebut. Tak guna punya lelaki... bijak bermuka-muka! Kejap baik, kejap jahat! Lelaki tua tu pulak nampak terpinga-pinga bila Hwall membawa seorang gadis menuju ke belakang kedainya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora