#ABDY30

188 35 7
                                    

Wicked Wardrobe @ Book Man

Hwall duduk bersandar malas di kerusinya. Kakinya dijulurkan atas meja di hadapan. Matanya sedang tertumpu pada buku yang dibacanya. Khusyuk sehingga tidak menyedari kehadiran lelaki tuan kedai di ruang biliknya itu.

Lelaki tuan kedai sedang meletakkan dulang berisi sarapan pagi yang disediakan untuk Hwall di atas meja. Hwall yang khusyuk membaca tadi diperhatikan lagi. Apa yang sibuk ditelaahnya pagi-pagi begini? Lelaki tuan kedai membelek kulit luar buku di tangan Hwall.

"Let's Learn: Easy Language... Japanese & English." Tertawa kecil lelaki tuan kedai mendapati bahan bacaan Hwall waktu pagi itu.

"Tok!"

Hwall tersedar akan kehadiran lelaki tuan kedai sebaik dia mendengar suara tawa lelaki tua itu. Dengan pantas buku di tangan disorok ke belakang. Muka yang sudah menggelabah tidak tahu hendak disorok di mana.

Lelaki tuan kedai terus tertawa sinis sambil mengerlingnya dengan penuh makna.

"Apahal nak gelakkan orsng pulak!" Hwall nampak marah.

"Kau belajar bahasa Jepun. Nampak sangat yang kau dah mula suka si hodoh kau tu. HAHAHA!" Lelaki tuan kedai ketawa sarkastik.

Jahatnya orang tua ni gelakkan aku.

"Apa yang tok mengarut ni. Siapa yang suka budak hodoh clumsy tu! Orang baca buku ni supaya senang orang nak faham apa benda yang si hodoh tu bebelkan tiap kali dia marah... dia selalu cakao Jepun sorang-sorang bila tengah bengang dan marah. So, kalau Hwall belajar sikit bahasa dia, senanglah nak tahu  tahukalau-kalau si hodoh tu tengah kutuk orang. Itu je, " jelasnya yang nampak tersinggung dengan tawa lelaki tuan kedai.

" Ohhhh...macam tu ke? " Dalam sisa tawanya, lelaki tuan kedai mengangguk-angguk kepala. Cuba mengambil hati Hwall yang sensitif dengan pandangannya tadi. Hurm... Panjangnya explain. Nampak sangat tak nak mengaku yang dia dah mula sukakan si hodoh. Cuma sebab the taiko dah biasa buli dan anggap si hodoh tu hamba, dia jadi tak beranilah nak tunjuk perasaan sebenar depan semua orang.

"Tok ni kecohlah. Baru baca buku macam ni dah anggap orang bukan-bukan." Hwall nampak tidak senang dengan senyuman sinis yang kekal terbit di wajah lelaki tuan kedai. Buku yang dipegangnya tadi dicampak ke tepi. Dia bangun dan           mula mengatur langkah untuk beredar. Bosan betul!

"Hwall... tok dah siapkan sandwich yang Hwall minta tadi. Tak nak makan dulu ke?" lelaki tuan kedai tidak senyum seperti tadi lagi. Tak mahu menyakitkan hati Hwall.

"Tak nak, tak ada selera." Hwall terus melangkah keluar dari biliknya.

"Kamu nak pergi mana pula tu?" lelaki tuan kedai mengekori Hwall.

"Pergi kolejlah. Kan dah lewat ni." Jawabnya tanoa menoleh ke lelaki tuan kedai.

Lelaki tuan kedai tersenyum semula. Aiii, merajuk pula? Hwall... Hwall.

Sebentar kemudian kelibat Hwall hilang dari pandangan sebaik keluar dari kedai buku tersebut. Lelaki tuan kedai kembali masuk ke bilik Hwall. Mengambil dulang makanan yang tidak dijamah oleh budak lelaki itu. Terlihat kembali buku bahasa Jepun tadi di hujung meja, segera diambil dan dibelek-beleknya sekejap. Dia senyum dan menggeleng-gelengkan kepala. Dalam diam dia bersyukur kerana sejak kebelakangan ini Hwall semakin banyak tersenyum. Mungkin ada kena-mengena dengan kemunculan Fae dalam hidupnya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now