#ADBY67

149 27 8
                                    

Dalam keadaan lemah, Hwall hanya mampu membuka sedikit kelopak matanya. Di ruangan matanya kini dia dikelilingi oleh orang ramai.

Pandangannya agak kabur tetapi dia dapat mengecam suara madam Jeonita yang berulang kali menyeru namanya dan suara Rosallie yang menangis di sebelah. Sesekali kedengaran juga suara Wendy dan David yang nampak cemas dan takut. Namun suara-suara itu ada kalanya ditenggelami pula dengan suara-suara  itu ada kalanya ditenggelami pula dengan suara-suara asing yang nampak sibuk di sekelilingnya. Hwall tidak tahu siapa mereka semua yang kebanyakkan bersuit warna putih.

Hwall masih bingung. Tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku ke atas dirinya kini. Namun tiba-tiba muncul seseorang yang berbeza daripada semua orang di situ. Seorang pemuda berwajah jernih. Berpakaian serba putih namun dia bebeza dengan orang-orang yang sedang sibuk bekerja di sekelilingnya tadi. Pemuda tersebut senyum sambil menghulurkan tangannya kepada Hwall.

"Ke... kev... vin..." Hwall berusaha untuk senyum juga dan memandang ke arah pemuda yang bagai jelmaan dirinya itu. "Kevin... Kevin..." Suaranya lemah dan semakin tenggelam. Hanya bibir sahaja yang bergerak-gerak. Tangannya hampir berjaya mencapai huluran tangan Kevin namun akhirnya dia gagal. Matanya terpejam semula. Pandangannya gelap. Dia pengsan semula sebelum troli yang membawanya masuk ke bilik kecemasan.

🥀🥀🥀

"Tuan, orang tu ambil cuti kecemasan hari ni. Tapi saya berjaya dapatkan alamat kediamannya. Mungkin kita boleh mengesannya di sana," lapor si pemandu merangkap orang bawahan tuan Heo.

Tuan Heo diam sejenak. Menimbang cadangan orang bawahannya itu. Dia menoleh ke luar tingkap kereta. Memandang bangunan pejabat tempat orang yang dicari-catinya itu bekerja. Sebelum menjejaki madam Jeonita dan Hwall, dia wajib bertemu dengan 'orang' ini dahulu kerana kunci rahsia keluarganya tersimpan di tangan lelaki tersebut. Demi memastikan rahsianya kekal selamat, dia perlu bertemu dengan lelaki itu.

Nafas ditarik dalam-dalam dan depaskan keras. Mahu atau tidak, dia tiada pilihan lain. Dia perlu bertindak dengan segera.

"Baiklah, kita cari dia kat rumah dia sekarang," arah tuan Heo membuat keputusan.

Pemandunya menghidupkan enjin kereta sebaik menerima arahan, namun tiba-tiba telefon bimbit berdering. Air muka si pemandu berubah serta-merta sebaik menerima panggilan tersebut. Dia segera menoleh pada tuan Heo yang duduk di bahagian belakang.

Tuan Heo memandang pemandunya dengan curiga. Panggilan daripada siapakah sehingga menyebabkan orang bawahannya itu nampak cemas? Fikirnya.

"Tuan..." Pemandu tuan Heo itu nampak serba salah mahu mengkhabarkan berita yang baru diterimanya kepada lelaki itu.

"Kenapa? Siapa yang call tadi?" soal tuan Heo.

"Tuan muda Hyunjoon ditimpa kemalangan. "

"Apa?" Berita itu diterimanya dengan rasa terkejut. Wajah tuan Heo serta-merta cemas. Dia segera mengarahkan si pemandu menuju ke hospital tempat Hwall sedang diselamatkan.

🥀🥀🥀

University of Tokyo Hospital

Suasana di bilik kecemasan agak sibuk waktu ini. Beberapa orang petugas keluar masuk dari ruang kecemasan. Doktor dan jururawat yang muncul dan berlalu di hadapan mereka cuba ditahan oleh madam Jeonita, namun jawapan tentang keadaan Hwall tetap belum mereka perolehi.

"Maaf, puan. Buat masa ni kami tak dapat beri sebarang keterangan," jawab doktor muda yang ditahan oleh madam Jeonita itu. Melihat dari gaya doktor lelaki itu, kemungkinan dia hanya seorang doktor pelatih.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें