#ADBY12

276 35 7
                                    




Tiber header lagu Hanin Dhiya~

Siapa peminat yitu vlogger? lagu dia cover and shortfilm dia best bersequel ii.

Suria pagi tersenyum ceria. Minggu baru datang dan membuka satu lagi lembaran baru dalam diari kehidupan. Fae melangkah ke kolej dengan hati yang berdebar kali ni. Ada sesuatu yang menakutkan bakal dia hadapi hari ni. Bukan Hwall, tetapi sesuatu yang bakal menentukan nasibnya sama ada akan terus menetap di sini ataupun kembali ke tempat asalnya di Tokyo.

Dengan perasaan yang berdebar-debar kali ini, Fae melangkah ke papan kenyataan di mana keputusan ujian dipamerkan. Ramai yang sedang menggerumuni papan kenyataan di lorong utama menuju ke dewan itu. Fae terpaksa berasak-asak untuk menyelinap masuk. ke ruang hadapan.

Selepas berjaya sampai di hadapan papan kenyataan, Fae segera mencari namanya dalam senarai keputusan. Begitu banyak nama yang terpampang di dada papan kenyataan tersebut sehingga menyukarkan untuk mengesan namanya. Senarai keputusan disusun mengikut markah tertinggi, bukan mengikut urutan abjad jadi agak sukar Fae mengesan di mana kedudukannya.

"HAA!!!" Fae terjerit tatkala berjaya mengesan kedudukannya. Dia menekup mulutnya yang melopong akibat kejutan tersebut... 540 markah je. Sipi-sipi je lagi nak gagal. Jangan kata nak kembali ke Tokyo, nak pandang peta bandar Tokyo pon Fae tak berani dah. Keputusan macam hampeh! Confirm mama dan papa akan mengamuk sekali lagi lepas ni.

Kepala menekur ke lantai. Kehampaan yang sudah terjangka sebelum ini mula terpamer di wajah si gadis bermakna Fae perlu terus berada di pekan kecil ni. Fae akan terus berhadapan dengan lelaki kejam berwajah seiras dengan Kevin, bekas kekasihnya yang sudah lama mati itu.

"Tepi... tepi... beri laluan!" Kata-kata seorang lelaki pelajar lelaki itu menyebabkan semua yang berada di papan kenyataan tersebut menoleh ke belakang.

Tatkala melihat the taiko yang berdiri malas di belakang Hankyeon yang sedang menolak-nolak beberapa orang pelajar untuk menuju ke hadapan, mereka segera memberi ruang untuk lelaki itu.

Pada satu jarak satu kaki, mata Hwall tepat merenung ruang atas papan kenyataan. Seolah-olah dia sudah tahu di mana kedudukannya dalam keputusan tersebut. Fae yang berdiri di tepi hanya menjeling diam-diam. Sempat jugak matanya melilau cuba mencari kedudukan Hwall dalam senarai tersebut.

Oh! Kali kedua Fae terkejut. Mulutnya segera dikatup, menahan suaranya yang hampir meledak selepas melihat kedudukan the taiko.

"Tempat kelima dengan 859 jumlah markah keseluruhan..." kata Fae perlahan menyebut kedudukan Hwall. Fae membuang wajah ke sebelah. Memandang Hwall yang masih merenung papan kenyataan. Betul ke apa yang aku nampak ni? Biar betik result si kaki tidur dalam kelas ni? Biar betul... macam mustahil je. Entah-entah dia main kotor time ujian hari tu. Ish, musykil tol larh aku!

Lelaki berambut tidak terurus dengan jambulnya yang diwarnakan dengan ungu violet itu terus direnung oleh Fae. Fae menggaru-garu dagunya kerana masih gagal mendapatkan jawapn ke atas kemusykilannya itu. Nampaknya ada sesuatu tentang Hwall yang masih dia tak tau dan dia kena menyiasatnya lagi.

Wajah Hwall tak beriak. Matanya terus merenung papan dan tampalan kertas berwarna putih itu. Tangan yang menyeluk poket seluar sudah dikeluarkan. Sempat Fae terpandang tangannya yang sedang mengepal buku lima. Namun Fae tidak dapat membaca dengan jelas pemikiran lelaki itu kini. Nak kata happy, sedikit pon riak gembira tidak terpamer di wajah Hwall. Nak kata tak puas hati. Mustahi lah dengan markah yang superb macam tu pon Hwall still tak puas hati.

"Tahniah, Hwall. Awak dapat tempat kelima peringkat kolej," tegur seorang pelajar lelaki berkaca mata yang tiba-tiba muncul sambil menepuk bahu Hwall dengan mesra. "Hai... malangnya saya gagal untuk rampas tempat pertama seperti yang sepatutnya. Adakah saya tak cukup berusaha ya, Hwall?

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now