#ADBY47

146 30 11
                                    

Lamborghini Ocean diparkir cantik di hadapan sebuah rumah batu sederhana besar. Sebaik menarik hand brek, Wendy menekan satu punat. Sebentar kemudian bumbung Lamborghini Ocean tertutup.

"Kita dah sampai," katanya seraya memandang Hwall yang senyum teruja memerhati sekeliling halaman kediaman keluarga Wendy.

"Wah! Jadi inilah rumah kakak?"

Wendy tersenyum. Menjawab soalan Hwall dengan sekali anggukan kepala.

"Dan ini juga rumah mendiang Kevin."

Senyuman Wendy jadi tawar. Dia memalingkan wajahnya memandang ke pintu rumah. Mama, daddy... hari ni Wendy bawa satu kejutan untuk mama dan daddy. Wendy tahu Wendy bukan anak yang taat. Wendy jarang balik rumah sejak Kevin tiada. Maafkan Wendy... harap mama dengan daddy maafkan Wendy selepas melihat siapa yang Wendy bawa pulang hari ni...

Klak!

Hwall membuka pintu kereta. Sudah tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke dalam rumah mendiang Kevin.

"Tunggu dulu, Hwall."

Niat Hwall terbantut. Pegangn tangan Wendy menyebabkan dia tidak jadi hendak keluar  dari perut kereta.

"Kenapa?"

"Hwall akan buat mama pengsan nanti."

Dahi Hwall berkerut keliru. Namun sejenak kemudian baru dia teringat akan sesuatu. Bahawa kewujudan seorang Hwall itu adalah merupakan klon seorang Kevin yang sudah mati dua tahun lalu. Jadi ini boleh menyebabkan seorang ibu itu kaget lantas pengsan... itulah maksud Wendy.

Hwall tunggu kakak kat kereta dulu sementara kakak pergi explain pada mama dan daddy, okey."

"Hmmm... okey," jawab Hwall perlahan.

Wendy membuka pintu kereta lantas meninggalkan Hwall sendirian. Dia pergi mendapatkan kedua ibu bapanya. Hwall menghantar Wendy dengan pandgan mata. Sehinggalah Wendy lesap di sebalik lawang pintu barulah Hwall membuang wajahnya melihat semula halaman rumah yang sederhana luas di sebelah kanan rumah. Memang jauh lebih kecil berbanding halaman rumahnya di Nara. Menilai dari segi luaran, nampaknya Kevin melalui kehidupan yang berbeza dari dirinya.

Hwall tidak sabar mahu meneroka kehidupan hwall yang mungkin menarik.

👀👀👀

"Daddy..." Wendy terserempak dengan David di anak tangga ketika mahu melintas menuju ke dapur.

"Wendy..." Langkah David disegerakan untuk menuruni anak tangga ketika tatkala melihat anak gadisnya yang muncul tiba-tiba.

"Dad, I miss you." Wendy merangkul tubuh lelaki itu  sebelum sempat David berkata apa-apa lebih lanjut. "Daddy, sihat?"

David mengangguk. Wajahnya masih mempamer riak terkejut. Kemunculan Wendy yang sentiasa memberi alasan sibuk setiap kali disuruh pulang itu benar-benar memeranjatkannya. 

"Daddy, ikut Wendy kejap." Wendy menarik lengan bapanya lantas menuju ke dapur untuk mencari ibunya pula.

"Eh, Wendy... sebenarnya daddy nak..."

"Syyy... Wendy tak nak dengar apa-apa alasan daddy. Ada something important yang Wendy nak bincangkan hari ni. Jom ikut Wendy." Wendy menarik bapanya secara paksa. 

"Tapi daddy ada hal penting nak buat sekaranglah. Tuan Seo panggil daddy meeting  petang ni." David memberikan alasannya.

"Tak payah pergi. Wendy jamin, ni lebih penting berbanding mensyuarat daddy dengan tuan Seo tu."

David garu kepala. Memang gaya anak perempuan tunggalnya, kalau itu yang Wendy mahu maka semua orang mesti ikut bulat kata gadis itu. Kalau tidak dituruti, Wendy akan terus memujuk atau memaksa semua orang mengikuti permintaannya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|حيث تعيش القصص. اكتشف الآن