#ADBY62

131 27 12
                                    

Sebaik menerima pangilan daripada isterinya, David bergegas meninggakan pejabat untuk kembali pulang ke rumah.

"Anne, saya ada hal kecemasan sekarang. Tolong saya hubungi Tuan Lee dan beritahu dia yang saya akan menyusul dia nanti." David sempat meninggalkan pesanan kepada setiausahanya sebelum meninggalkan pejabat.

"Baik encik David... erm, tapi apa saya nak jawab kalau tuan Lee tanya ke mana encik pergi?" Soal Anne sambil berjalan pantas menututi majikanna.

"Saya akan hubungi dia sendiri sebaik keadaan mula terkawal. Saya kena pergi sekarang. Masalah saya lebih besar berbanding projek pembangunan yang sedang dirancang oleh tuan Lee tu," jelas David lagi. Dia terus melangkah pantas menuju ke lif yang terletak di lorong tengah di luar pejabatnya.

"He? Errr..." Anne yang tanpa sedar telah mengekori David sehingga ke luar pejabat itu terpinga-pinga dengan masalah yang tiba-tiba menyerang majikannya di awal pagi begini.

"Ini antara hidup dan mati. Keluarga saya akan terancam disebabkan perempuan tu." Di ruang matanya kini terbayang-bayang wajah kejam madam Jeonita, pemerintah yang berjiwa rakyat, tetapi dalam masa yang sama seorang perempuanyang sanggup melakukanapa saja demi kepentingan sendiri. "Saya pergi dulu." Kaki melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintulif terbuka. "Jangan lupa hubungi tuan Lee." Sekali lagi David berpesan sebelum pintu liftertutup secara automatik.

"Baik, bos!" balas Anne dan kakinya kembali melangkah untuk ke pejabatnya semula.

🥀🥀🥀

Jam di tanganditilik. Dahi berkerut memandang waktu yang semakin berjalan. Pemandangandi luar tingkap diterokanya. Pemandangan yang damai menghijau itu terasa kosong di pandangan mata tuan David. Hatinya diselubung kegelisahan. Detik demi detik berlalu namun tempat yang ditujuinya masih belum sampai.

"Berapa jauh lagi perjalanan kita?" soalnya kepada pemandu yang sedang mengawal stereng di hadapan.

Kita baru melepasi sempadan Nara, tuan. Perjalanan ke Tokyomasih jauh." jawab si pemandu.

Kedengaran suara keluhan tuan David sebaik mendengar jawapan pemandunya. Mahu atau tidak dia perluterus bersabar untuk sampai ke destinasinya. Harapannya moga masihsempat dia menghalang kejadian buruk yang baka menimpa keluarganya.

===

"Awak seorang yang bermuka-muka. Kat luar awak seorang pemimpin yang dohormati kerana sikap tanggungjawab awak terhadap masyarakat... tapi sebenarnya diri sebenar awak bukan begitu. Awak perempuan keji yang bijak bermuslihat, madam Jeonita.

"Hmph, bagaimana pula dengan wanita yang sewenang-wenangnya mengaku anak orang lain sebagai anaknya sendiri? Apakah pula penilaianperempuan seperti awak, Rosallie?" madam Jeonita bangkit membalas kata-kata Rosallie. Sinis dan tajam.

"Hyunjoon memang anak saya...!

"Anak awak dah mati," pintas madam Jeonita, sekali lagi cuba untuk menyedarkan Rosallie akan hakikat tersebut.

"I mean Hwall. Hwall ialah kembar Kevin. Dia ialah anak saya."

Tang!

Bunyi tin jatuh ke lantai menarik perhatian semua orang. Madam Jeonita dan Rosallie menoleh wajah ke pintu. Masuk. Dua susuk tubuh berdiri tegak berhampiran lawang pintu. Seorang pemuda yang lengkap berpakaian sukan merenung kedua-dua orang wanita yang sedang bertukam lidah tadi. Manakal seorang lagi temannya berdiri di belakangnya dengan riak wajah terkejutsetelah terdengarpengakuan Rosallie sebentar tadi.

Sisa minuman isotonik yang terlepas jatuh dari tangan Hwall tadi mula melimpah mengekori lantai. Bagaikan masa telah terhenti. Untuk seketika semua yang berada di ruang tamu tersebut diam kaku memandang ke arah anak muda yang menjadi watak utama dalam drama pertengkaran dua orang wanita tadi.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now