#ADBY39

155 26 4
                                    

Suatu masa dahulu

Toleh kanan... Toleh kiri...aha... line clear. Kevin melangkah menuju ke pintu rumah. Hendak keluar bertemu janji dengan Fae malam itu.

"Kevin!"

Tersentak langkah Kevin tatkala terdengar suara serak  basah kakaknya. Perlahan-lahan dia menoleh menghadap wanita yang sedang melangkah turun dari anak tangga itu.

"Nak pergi mana?" soal Wendy penuh curiga.

"Err... keluar kejap nak ambil angin." Dia cuba beralasan.

"Yalah sangat... nak pergi jumpa dengan Fae kan?" gadis itu cukup mengenali adiknya. Segala tindak tanduk Kevin dapat diduganya.

"Errr..."

Dalam diam Kevin mengeluh dalam hati. Rosaklah plan aku kalau kakak tau apa aku nak buat dengan Elean malam ni.

"Kau jangan nak mengada-ngada keluar malam ya. Kakak dah bagi warning sebelum ni kan... macamlah tak ada waktu lain nak pergi jumpa buah hati." Wendy menjuih mulut. Sesekali geram melihat sikap Kevin yang sanggup lakukan apa saja untuk Fae.

"Kakak... pleaselah. Lagipun Kevin dah minta kebenaran daripada mama la..." dia separuh merengek dengan kakaknya.

"So, mama cakap apa" pintas Wendy.

"Mama kasilah... kakak je yang suka buli orang. Sikit-sikit buat tu tak boleh. Buat ni tak boleh. Bosanlah!" Kevin tarik muka tidak puas hati. Geram dengan kakaknya yang suka mengongkong. Macam lah aku ni perempuan nak konkong-konkong aku tak kira tempat. Ergh!!!

"Woi, budak... kakak buat semua ni demi kebaikan kau juga tau. Pandai-pandai je kau kata aku buli kau. Nak kena seligi?" Wendy mencerling adiknya uang sedang buat muka toya dekat depan pintu rumah.

"Kevin nak keluar sekali ni aje. Mama tak kesah pun, yang kakak nak lebih-lebih pulak kenapa? " Kevin tidak berpuas hati.

Eh, hello... macam aku tak tau yang kau dah suap mama dengan macam-macam ayat manis sampai mama cair, kan? Kau ni memang bijak hasut mama ya, Kevin. Mentang-mentanglah daddy tak ada." Wendy bercekak pinggang sambil menghampiri adiknya. 

"Eh, hello... boleh tak layan Kevin macam orang normal. Kakak ni suka-suka hati je kontrol orang macam robot. Rimaslah!"

Wajah Wendy kendur semula. Tangan dijatuhkan dari pinggang. Renungnya berubah sayu terhadap Kevin.

"Kakak buat macam ni demi kau juga. Kakak tak nak tengok kau sakit, Kevin. Dari kecil sampai sekarang kakak tengok keadaan kau tau. Kakak tak pernah rasa macam mana sakit yang kau tanggung selama ni... tapi cukup sekadar melihatnya pun dah buat kakak rasa derita. So, please... dengar cakap kakak. Kakak tak nak tengok Kevin sakit."

Kevin menundukkan kepala. Dia faham akan niat sebenar kakaknya tapi sesekali dia mahu hidup seperti orang normal yang lain. Dia tak mahu dilayan sebagai pesakit. Wendy seorang kakak yang baik tapi sangat bijak mengawal kehidupannya. Ibunya sendiri pun tidak sebijak kakaknya dalam bab mengawal semua aktivitinya. Kevin lebih tertekan menghadapi Wendy berbanding dengan mama atau daddy nya.

"Masuk bilik sekarang!" arah Wendy.

"Tak nak!" Kevin memulas tombol pintu. Dia tidak peduli. Nak keluar juga malam ni. 

"MOON HYUNGSEO!" seru si kakak marah.

"MOON SEUNGWAN" balas Kevin menyatakan yang dia tidak gentar dengan desakan kakaknya itu.

"Eh, kau ni apasal degil sangat hah!"

"Kakaklah yang degil. Apasal beria-ria nak halang orang keluar malam ni?" Kevin terus membalas setiap patah bicara Wendy sehingga membuatkan gadis itu hampir mengamuk.

"Fine! Kau degil ya... aku nak call mama Fae, suruh dia larang anak perempuan dia tu dari keluar malam ni," Wendy mengubah strategi. Tak dapat menghalang Kevin, halang saja si Fae tu.

"Kakak..." Kevin mendapatkan Wendy yang sedang berjalan pergi mendapatkan telefon rumah untuk menghubungi keluarga Fae. "Janganlah..."

"Ah, aku peduli apa! Kau degil sangat. Tak nak dengar cakap kakak."

"Kakak pleaselah... jangan buat Kevin macam ni. Kevin dah janji dengan Elean la." Kevin mula merayu. Cuba menghalang tangan Wendy dari mendail nombor.

"Jumpalah esok kat kolej," jawab Wendy selamba.

"Habis tu kalau esok tak dapat pergi kolej?" Kevin cuba merebut gagang telefon dari tangan Wendy.

"Amende kau cakap ni? Apasal pula tak dapat pergi kolej?" Wendy menepis setiap sentuhan Kevin yang cuba berebut telefon dengannya.

"Yelah, kalau umur Kevin tak panjang... lepas tu tak sempat beritahu Elean tentang hal sebenar pasal sakit Kevin macam mana?"

Tangan yang berebut-rebut telefon gagang telefon dengan Kevin itu tersentak. Wendy menjerling tajam ke arah Kevin. 

Pap!

Tangannya pantas menampar mulut Kevin. "Mulut tu jangan celupar sangat." Suaranya mendatar tapi wajahnya nampak sedang mengawal emosi.

"Tapi kak..."

"Kau ni bodohlah!" Wendy menunjal kepala adiknya dengan kasar. Melepaskan geram. Kalau tidak memikirkan tahap kesihatan Kevin ketika ini, memang dia nak bertumbuk dengan budak lelaki tersebut... nak sangat mati cepat ke? Dah tak sayang kami semua ke cakap benda yang bukan-bukan macam tu.

"Whatever la, kakak. Kalau tindakan Kevin ni nampak bodoh sekalipun, Kevin tak peduli. Cuma Kevin nak kakak tau... Kevin bahagia buat semua ni... dan Kevin akan buat sampai ke saat akhir hayat Kevin."

Wendy mengilas kepala menoleh  pada Kevin. Merenung adiknya yang cukup tegas dengan setiap kata-katanya. 

"Benarkan Kevin keluar. Please...sekali ni je. Onegaisimasu, onee-chan."

Wendy mencarik secebis senyuman. Memang sahlah kau ni cinta mati dengan si Fae tu. Sampai sanggup belajar bahasa Jepun demi Fae.

"Kevin tetap akan keluar pergi jumpa Elean juga malam ni. So, please... jangan cuba bertindak jauh untuk halang niat Kevin." Kevin mencabut wayar telefon. Kemudian dia berlari membawa telefon tersebut meninggalkan kakaknya.

"KEVIN!!!"

"Orang janji akan balik awal malam ni. Bye!!!"

Ah, degilnya budak ni. Memang nak cari pasal betul lah. Bukannya dia tak tahu yang sekarang ni musim sejuk. Dia akan lebih mudah diserang penyakitnya kalau degil sangat nak keluar malam. Kevin... kenapa kau degil tak nak dengar cakap kakak?

Huh! Walau sehebat mana aku cuba menghalang, kau tetap dengan keputusan kau kan, Kevin. Kau nak habiskan sisa kehidpan kau untuk buat sesuatu yang bermakna. Aku tau tu... jadi, apa yang penting, kakak nak kau pulang dengan selamat nanti. Harap Fae dapat jaga kau...

💝💝💝

WENDY merenung jalan raya yang sunyi tanpa sebiji kenderaan. Hanya dia saja yang memandu melalui jalan tersebut. Memori tentang Kevin menerjah-nerjah singgah di kotak fikirannya hari ni. Senyumannya... kerut mukanya... rajuk serta marah si adik itu terbayang-bayang di ruangan mata. Rindunya pada Kevin membuak-buak sebaik melihat Hwall hari ni. Walaupun mulutnya menyatakan Hwall bukan Kevin, tetapi hatinya masih mengharapkan yang Hwall ialah Kevin. Rasa sebak menekan dada. Air mata yang cuba ditahan untuk keluar gagal untuk dibendung.

"Kevin, adakah kau hidup semula? Kenapa budak tu sangat sama dengan kau? Apa yang berlaku sebenarnya ni?" Wendy mengesat air mata yang mengaburi penglihatannya. "Aku mesti siasat siapa sebenarnya budak Hwall tu. Apa rahsia yang parents dia simpan? Betul ke kami tak ada apa-apa pertalian. Mama dan Daddy mesti tahu something pasal perkara ni... mana boleh ada dua orang yang berwajah seiras, tapi tak ada apa-apa pertalian darah. Aku tak percaya."

Wendy menekan pedal minyak. Memecut laju keretanya membelah jalan raya sunyi itu.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now