#ADBY21

220 32 19
                                    

"Woi, si hodoh!" Hwall menarik Fae yang tak reti duduk diam dari tadi. Gadis itu ditarik berdiri menghadapnya. "Relax! kenapa kelam-kabut sangat ni?"

"Aku yang pecahkan pasu tu. Kaki kau dah luka sebab aku yang pecahkan pasu tu tadi... aku minta maaf. Semua ni salah aku. Kalau aku berhati-hati tadi mesti pasu tu tak pecah... bla... bla... bla... bla... bla... memang aku yng salah... bla... bla... bla... bla..." Fae separuh meraung kerana berasa sangat bersalah sebab menyebabkan kecederaan Hwall.

"HEI, LISTEN. DENGAR APA AKU NAK CAKAP NI!" jerit Hwall bagi menyedarkan Fae yang asyik merapu tentang pasu dan kaki Hwall yang cedera itu.

Fae terdiam. Wajah dingin Hwall ditenungnya secara tidak langsung. Lelaki itu mula bercakap semula sebaik dia mula bertenang.

"Sekarang kau pergi dapatkan tuala bersih dan sebesen air... pasal kaca-kaca ni , biar aku yang uruskan. Okey?" kata Hwall sepatah-sepatah agar Fae faham kata-katanya.

"Tapi kau dah cedera. Boleh ke..."

"Buat je ikut arahan aku," ujar Hwall tegas memintas bicara Fae.

"First aid..."

"Kalau kau kelam-kabut, kau takkan jumpa apa yang kau cari. Buat satu per satu. Sediakan dulu apa yang aku suruh tadi, then baru fikir kat mana first aid."

Fae terangguk-angguk menuruti arahan Hwall. Kemudian dia segera berlalu untuk mendapatkan tuala dan air bersih untuk membersihkan luka Hwall.

Sementara itu, Hwall mengambil tempat untuk duduk di anak tangga. Kaki yang cedera diangkat ke pehanya. Kaca sebesar tapak akai budak itu masih melekat di permukaan kulit. Hwall memegang kaca tersebut. Dia memejam mata dan sambil mengetap bibir menahan sakit, kaca tersebut ditarik keluar.

Arghhh... Hwall menahan suara jantannya dari terluah. Memanglah sakit dan pedih. Tapi dia lebih suka melawan sakit itu dengan wajah yang tenang. 

Penyapu dicapai dan dalam keadaan duduk dia menyapu sekitar kawasan tempat pasu kaca itu pecah. Kaca-kaca tidak disapu habis, sekadar dibawa ke tepi dinding agar ia tidak mencederakan orang lain pula selepas ini.

Sebentar kemudian Fae muncul dengan membawa sebesen air dan tuala bersih... dan juga first aid yang telah ditemuinya.

Hwall dipimpin oleh Fae pergi ke ruang tamu selepas itu. Kaki Hwall yang luka dibersihkan dan dirawat oleh Fae. Hwall tidak banyak cakap dan hanya membiarkan Fae menguruskan luka kakinya. Setelah luka selesai dirawat barulah Hwall berkata sesuatu kepada Fae.

"Terima kasih," ucapnya mendatar.

"Urmmm..." Fae mengangguk sekali. Dia duduk bersimpuh di lantai, di hadapan Hwall yang sedang duduk di atas sofa.

"Aku rasa tak ada apa-apa kat dapur kau. Jadi kau dah tak payahlah nak takut lagi," ujar Hwall tatkala melihat riak wajah Fae yang masih ada sisa ketakutan.

Seperti tadi, Fae mengangguk lagi. Kemudian dia bangkit berdiri. " Aku pergi sediakan minuman untuk kau," katanya seraya melangkah laju menuju ke dapur.

Hwall sekadar melihat belakang Fae yang seakan sedang melarikan diri daripada sesuatu. Hurm, budak ni takut dengan hantu ke perompak? Macam takutkan aku je sebenarnya. Hwall tersenyum kecil memikirkan glagat gadis itu.

Lelaki itu menggagahkn diri untuk menyusul Faeke dapur. Walaupun langkahnya agak pincang tetapi dia masih boleh berjalan dengan cergas. Si hodoh yang sedang menyediakan teh di dapur diintai. Hari demi hari tingkah laku gadis itu semakin menarik perhatiannya. Biarpun si hodoh itu tidak secantik mana... mudah dibuli dan pengecut pula tu... namun adakalanya Hwall tehibur dengan sifat semula jadinya itu.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now