#ADBY40

197 29 21
                                    

Dua tahun lalu...

Petang yang tenang dan redup. Burung-burung berkicauan di dahan pokok. Taman di sekitar Hospital Universiti Tokyo itu dikunjungi oleh penghuni hospital. Beberapa orang pesakit dengan pakaian seragam berwarna biru pudar kelihatan sedang berjalan-jalan mengambil angin di sekitar taman tersebut. Ada yang bersama dengan jururawat. Ada juga yang bersama ahli keluarga atau teman-teman mereka.

Fae yang sedang menolak Kevin di atas kerusi roda itu mencari tempat yang sesuai untuk mereka duduk bersantai. Ada bangku kayu berdekatan dengan pokok besar tidak jauh dari mereka. Fae menghalakan kerusi roda yang ditolaknya ke sana. 

"Kita rehat kat sini sekejap ya." Fae menolak kunci roda kemudian dia duduk di bangku, di sebelah Kevin.

Kevin diam tidak memberi sebarang balasan terhadap kata-kata Fae. Dia merenung ke hadapan. Melihat beberapa orang penghuni hospital lain, yang turut sama berada di sekitar taman tersebut. Namun begitu sebenarnya fikirannya sedang melayang jauh tanpa hala. Terus berkhayal tanpa sedar yang Fae sedang melihat tingkah lakunya itu.

"Kevin... are you okay?" Fae menyentuh lengan Kevin.

"Kevin menoleh pada Fae. Senyuman dilemparkan supaya sang kekasih tidak risaukan dirinya. 

"Kenapa termenung?" soal Fae.

"Tak adalah. Bukan termenung... just fikirkan something," jawab Kevin.

"Dahi Fae berkerut. "Fikirkan apa?"

"Sekarang dah tak sama macam dulu. Kalau dulu kita selalu jalan beriringan, tapi sekarang awak terpaksa berjalan di belakang saya. Kena tolak wheel chair ni untuk saya."

"So?"

Kevin senyap. Memendam suatu perasaan yang tidak mampu untuk diluahkan secara jelas terhadap Fae.

"Jadi?" Fae memusing tubuh. Duduk tepat menghadap Kevin. "Do you think this is a problem, Kevin?"

Kevin serba salah. Dia menggeleng perlaha. Wajahnya yang pucat dilarikan daripada Fae. Perasaannya berbelah bahagi. Rasa bersalah terhadap Fae. Adakah patut hubungan ini diteruskan? fikirnya.

Please Kevin... jangan anggap hubungan kita sebagai suatu masalah. Awak tak pernah harap dapat penyakit ni. Bukan awak yang nak ia berlaku. Dan saya nak awak yakin dengan cinta kita. Saya takkan tinggalkan awak sebab saya nak awak sentiasa di sisi saya sampai bila-bila.

"Kevin, can you tell me about your dreams." Fae membuka satu topik perbualan untuk membawa Kevin pergi dari berfikir yang bukan-bukan. 

"Dreams? Ha ha ha...!" Kevin tertawa kecil. "Impian apa?"

"Impianlah. Bagi taulah saya. Saya nak dengar. Semua orang ada impian dalam hidup mereka. Orang macam awak mesti ada satu impian yang menarik kan."

"Awak fikir saya ada impian yang best ke."

Fae mengangguk-angguk macam burung belatuk.

"Hurmm... are you sure nak dengar?"

Gadis itu senyum dan mengangguk lagi.

"Okey... hmmm, impian saya nak jumpa dengan Fairy God Mother," kata Fae dengan niat hendak bergurau.

"Hontou desuka? (Is it true?" Mata Fae bulat merenung Kevin. Wajahnya nampak naif. Mempercayai terus kata-kata Kevin.

Dengan sisa tawa yang masih ada, Kevin mengangguk. "Mesti best kan dapat jumpa Fairy God Mother... tak pun jumpa jin Aladdin ke. Boleh buat apa-apa wish sebelum mati."

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now