#ADBY72

119 29 0
                                    

Sebulan selepas kejadian...

The University of  Tokyo Hospital.

Wendy tidak puas hati apabila keputusan ujian darah yang dilakukan oleh ayahnya yang tidak memihakkepada keluarganya tempoh hari. Kenyataan ayahnya tidak cukup meyakinkan. Ditambah lagi dengan sikap angkuh madam Jeonita yang sangat menyakitkan hati membuatkan Wendy nekad untuk mengetahui keputusan ujian DNA yang dilakukannya sebelum ini. Dia masih yakin bahawa Hwall adalah adik kandungnya. Ujian darah belum cukup membuktikan yang Hwall adalah anak madam Jeonita dan tuan Heo.

Maka tindakan yang telah direncanakan sebelum kemalangan yang menimpa Hwall berlaku diteruskannya. Alang-alang mahu membuktikan sesuatu, biar sampai segalanya terungkai. Hari ini dia kembali ke hospital... demi mahu membuktikan kebenaran yang tersembunyi selama ini.

"Aimer, macam mana?" Tec yang setia menjadi penemannya bertanya kepada Wendy sebaik wanita itu muncul.

"Laporan DNA ada di tangan saya sekarang." Wendy menunjukkan sampul bersaiz A4 di tangannya. "Tapi..."

"Kenapa?"

"Saya takutlah. Berdebar-debar nak tengok keputusan ujian ni." Wendy meluahkan perasaannya kepada Tec.

"Kalau awak takut, biar saya tolong bacakan," usul Tec sambil cuba mengambil sampul berwarna putih dari tangan Wendy.

"Jangan." Wendy mengahalang. "Biar saya baca sendiri. Walau apa pun keputusannya. Lepas ni saya kena menghadapi kenyataan tersebut."

Tec tersenyum. "Good! That's my girl." Tec menampar lembut bahu kekasihnya. Dia bangga kerana sikap berani menghadapi cabaran yang masih dipegang oleh teman wanitanya itu.

Wendy tersenyum tawar membalas dorongan yang diberikan oleh Tec. Dia mula membuka sampul tersebut. Membaca setiap butir perkataan yang tertulis di dalam laporan tersebut. Perlahan-lahan dan dengan penuh hati-hati.

Sehabis membaca, wajah ayu si peragawati itu terkedip-kedip. Dia diam sejenak. Kemudian kembali menatap laporan ujian DNA tersebut sekali lagi sebelum matanya diangkat menatap Tec yang setia berada di sisi. Selama tiga saat cuba melontarkan bahasa bisu yang diharap akan difahami Tec.

"So?" Tec terpinga-pinga tidak faham. Wendy tidak berkata apa-apa. Gadis itu kembali mengulang baca laporan yang baru diterimanya itu. Entah kali keberapa laporan tersebut dibacanya  sejak tadi.

"Aimer... apa yang tertulis dalam laporan tu?" Tanda tanya di hati Tec semakin menguasai diri. Ingin saja dia merampas kertas laporan di tangan Wendy.

"Nah, Awak baca sendiri. Saya nak call mama sekarang." Laporan tadi bertukar tangan. Wendy pantas menekan- nekan telefon selularnya untuk menghubungi Rosallie.

Tidak lama kemudian suara seorang wanita menyambut panggilan Wendy.

"Mama, Wendy ada hadiah istimewa untuk mama...."

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now