#ADBY20

202 32 30
                                    

Fae Pov

Sebaik selesai membersihkan diri, aku melangkah turun ke tingkat bawah rumah dan  menuju ke dapur. Sempat jugaklah aku jenguk ruang tamu cari kelibat makcik Pamola. Tapi tak nampak pulak batang hidung perempuan andartu tu. Ada dalam bilik dia lah kot.

Aku tersenyum memikirkan sesuatu.

Hmmm... Sementara makcik Pamola tak ada ni boleh lah aku curi-curi tengok Bunny kejap. Kesian si comel tu seharian terkurung. Entah hidup lagi ke tak.

Aku menuju ke belakang pintu dapur tempat di mana aku sembunyikan Bunny pagi tadi.

Bunny masih lagi sedang nyenyak tidur tetapi si comel itu terjaga ketika aku cuba hendak membuka kain putih yang menutupi sangkarnya.

"Meowww"

"Syyy...!" Aku memegang mulut kecil Bunny, melarangnya daripada bersuara.

"Kau nak tidur dekat luar ke malam ni? kang kalau makcik Pamola nampak, nahas aku tau. Silap hari bulan kau akan jadi kucing jalanan semula."

Aku menuang whiskes ke dalam mangkuk makanannya. Berselera sungguh si comel tu makan. 

"Makan kenyang-kenyang taw, Bunny. Jangan risau, aku takkan biarkan kau hidup merempat lagi."

Aku menutup semula kain sangkarnya supaya Bunny tidak kesejukkan dan yang paling penting agar makcik Pamola tidak tahu akan kewujudan anak kucing ni.

Aku kembali ke ruang hadapan. Makcik Pamola masih tiada. Ketika aku hendak melintasi meja makan, aku ternampak sekeping nota di sebelah tudung saji. Aku mengambil lalu membaca isi kandungannya.

'Auntie outstation hari ni, maybe balik lewat sikit. Paling lewat esok pagi. Make sure pintu semua kunci. Take care kat rumah '

"Huaaa!!! sampai hati auntie tinggalkan aku yang pengecut ni keseorangan dekat rumah yang besar ni senyap-senyap. Kejam betul! Kalau ada pencuri ke hantu aku nak lari mana?" Aku dah start paranoid.

 Takut punya pasal, semua lampu dalam rumah tu aku buka. TV dan radio aku pasang dengan kuat. Tapi aku masih tidak senang duduk. kejap-kejap aku pandang ke luar rumah dan sekeliling rumah. Insecure gila duduk sorang-sorang ni. Macam ada someone perhatikan dari jauh.

Remote control kucapai lantas tangan ku menekan butang untuk mencari siaran yang bisa menghiburkan hati aku sedang ketakutan ni. Tiba-tiba...

"AAAAAAAAHHHHHHH!!!" Suara jeritan dari TV mengejutkan aku, sampai tercampak remote control tu dibuatnya. Aku pun turut menjerit sekali sambil membenamkan muka ke kusyen kerana ketakutan. 

Tak lama kemudian jeritan kian reda. Namun jantung aku masih berdegup kencang. Aku mengangkat kepala ku per;ahan-lahan sambil menjeling ke kaca TV. Rupa-rupanya aku terbuka siaran yang sedang menayangkan drama seram. Menyedari itu, pantas tanganku meraba remote control untuk menukar siaran. 

"Alamak, mana pulak pergi remote ni? time-time macam nilah nak hilang. Aku garu kepala kerna buntu tidak dapat mencari remote. 

"Ish matikan jelah TV ni. Kan senang!" Akhirnya aku mematikan saja suis utama di dinding. Settle problem!

Aku kembali melabuhkan punggung di atas sofa. 

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora