#ADBY56

132 29 3
                                    

"Mana Hyunjoon?"

Lelaki tuan kedai sekadar melirik sekali kepada madam Jeonita sebelum kembali menuangkan kopi ke cawan untuk wanita berkuasa itu. Soalan madam Jeonita tidak diendahkan biarpun wanita tertunggu-tunngu dia bersuara.

"Jangan cuba nak sembunyikan sesuatu daripada saya. Cepat beritahu kat mana Hyunjoon berada sekarang?"

"Saya bukan siapa-siapa, madam. Kenapa awak tanya saya? Bukankah sepatutnya awak lebih arif tentang di mana Hyunjoon. Lagipun awak ibu dia." Nada suara lelaki tuan kedai yang sarkastik seakan sedang menyindir madam Jeonita.

Kerut di wajah madam Jeonita cuba disembunyikan. Rasa tertampar dengan kata-kata sinis lelaki tuan kedai.

"Pak Cik Asou... jangan sampai saya bertindak jauh terhadap awak. Beritahu kat mana anak saya. Saya yakin Hyunjoon bagi tau ke mana dia pergi kepada awak." Keras suara madam Jeonita cuba mendapatkan jawapan lelaki tuan kedai. 

"Madam, madam... kenapa awak masih tak berubah-ubah sejak dulu lagi." Lelai tuan kedai menyilang kedua-dua tangan ke hadapan sambil merenung wanita yang pernah dijaganya dulu. Tidak ada yang berubah tentang diri madam Jeonita sejak zaman remaja sehingga bergelar madam kini. Dia masih seorang wanita pemerintah yang mahu menguasai segalanya termasuk hati dan jiwa seseorang.

"Hyunjoon tak kemana-mana. Biarlah dia pergi untuk sementara. Nanti dia akan balik juga ke pangkuan madam. Janganlah madam takut kehilangannya."

"Jangan cuba nak mengajar saya. Awak bukan pengawal peribadi atau butler saya lagi. Bagi tau kat mana Hyunjoon saya sekarang." Madam masih dengan sikap memaksanya. Tidak peduli dengan kata-kata lelaki tuan kedai.

"Saya kenal Hyunjoon luar dan dalam seperti mana saya mengenali awak, madam Jeonita. Janganlah madam jejaki dia, sebab dia sedang cuba mencari sesuatu. Dan dia akan kembali tanpa paksaan sesiapa nanti."

"Apa yang dia cari? Kenapa sampai nak larikan diri dari rumah?"

Diam beberapa saat sambil merenung tepat ke dasar mata madam. Lelaki tuan kedai sedang membaca gelora hati madam Jeonita yang cuba disembunyikan di balik keegoannya.

"Awak masih rahsiakan hal tersebut daripada Hyunjoon selama ni, madam?"

Madam Jeonita diam. Membalas renungan tajam lelaki tuan kedai. Sahlah kini, Hyunjoon melarikan diri kerana hal tersebut yang masih tidak dijelaskan secara terperinci terhadap anaknya tempoh hari.

"Awak tak layak untuk menyoal saya berhubung perkara ni. Ini hal kami sekeluarga. Awak bukan lagi pengawal saya dan tak ada kena-mengena dengan keluarga kami."

"Jadi, kenapa awak tak bunuh saja saya macam mana awak lakukan terhadap orang-orang yang rapat di sisi Hwall selama ni?"

Madam Jeonita rasa tercabar denga kata-kata lelaki tuan kedai. Tangannya sudah dikepal-kepal menahan marah. Terasa mahu menampar bekas butlernya itu pada waktu ini, tetapi suara hati lekas -lekas menegah. Dia hanya melemparkan jelingan membunuh sahaja terhadap lelaki tuan kedai. Memang dia tewas dengan lelaki itu sejak dari dulu lagi.

Lelaki tuan kedai bukan calang-calang butler. Dia satu-satunya pengawal yang berjaya menjinakkan madam Jeonita suatu masa dulu. Dia juga pernah menjadi orang kepercayaan wanita berkuasa itu selama bertahun-tahun. Nmaun akibat dengki dan iri hati, lelaki tuan kedai telah difitnah dan dipecat  oleh keluarga madam Jeonita. Dia menghilangkan diri dari dunia wanita berkuasa itu selama bertahun-tahun.

Namun mungkin jodohnya dengan keluarga berada itu masih panjang, dia berkenalan pula dengan seorang budak lelaki yang rupa-rupanya anak kepada bekas tuannya itu, Sikap Hwall yang persis madam Jeonita sewaktu remaja berjaya dijinakkan lelaki tuan kedai. Dan setelah lebih lima tahun, dia tetap senang melayani kerenah anak madam Jeonita itu biarpun anak itu agak dingin dan terkenal dengan sikap memerintahnya. Cuma bezanya dengan madam Jeonita, Hwall bukan seorang yang mengawal hidup orang denga sesuka hati.

"Madam... beritahu rahsia tersebut kepada Hwall sebelum dia dapat tahu daripada orang lain." Lelaki tuan kedai bangun dari kerusinya lalu berpusing untuk meninggalkan madam Jeonita. "Dia sedang menuju ke tempat yang sepatutnya," katanya mula melangkah untuk beredar.

Ekor mata madam Jeonita mengekori langkah lelaki tuan kedai yang berlalu meninggalkannya. "Tempat yang sepatutnya," katanya mula melangkah untuk beredar.

Serta-merta kepalanya berpusing menjejaki langkah lelaki tuan  kedai. Hanya belakang lelaki itu saja yang dilihatnya sedang menghilang di sebalik tabir di belakang kedai. Senyuman sinis bergayut menghiasi wajahnya. Perlahan-lahan di amelangkah berlalu keluar dari Wicked Wardobe @ Book Man.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now