#ADBY66

150 29 19
                                    

Wendy yang bersama dengan Tec tadi terus mengesan Lamborghini Ocean yang sudah hilang jejaknya. Sedang sibuk meneka ke mana haluan kereta yang dipandu oleh Hwall, wendyternampak kelibat Fae yang berdiri di tepi jalan raya.

"Tec, stop... stop... stop!" arah Wendy sebaik ternampak gadis tersebut sedang merenung jauhke jalan raya.

Kereta terlajak dari tempat Fae berdiri, lantas Tec mengundurkan semula keretanya dan berhenti di sebelah gadis yang ditinggalkan sendirian di tepi jalan raya itu. Wendy menurunkan cermin tingkap kereta. Kepalanya menjenguk Fae.

"Fae!" panggilnya.

"Kakak..." Sebaik melihat kemunculan Wendy dan Tec, Fae berpaling dan mendapatkan kedua-dua pasangan tersebut. "Hwall dah tinggalkan Fae," katanya.

"What? Habis tu dia...?"

Roman wajah Wendy mempamer kecemasan seorang kakak.

"Jangan banyak cakap. Cepat naik. Kita cari Hwall."

Tec bersuara mengarahkan Fae segera masuk ke dalam kereta agar jejak Hwall segera dikesan semula.

Fae tidak fikir panjang. Segera kakinya melangkah masuk ke dalam kereta Tec.

🥀🥀🥀

Pemanduan David terganggu dek bunyi telefon selularnya yang berbunyi di tempat duduk sebelah. Dia segera mencapai telefon bimbit dan menjawab panggilan.

"Rosallie." Dia sangat yakin yang panggilan tersebut daripada isterinya.

Sebentar kemudian David hanya diam, mendengar segala luahan isterinya yang menceritakan kejadian yang berlaku di rumahnya tadi. Dia yang sedang memandu itu mula hilang tumpuan pada jalan raya tatkala mendengarkan bicara isterinya yang disulami tangisan sayu itu. Fikirannya tambah bingung. Buntu memikirkan tindakan apa yang paling wajar patut dilakukannya kala ini.

Tanpa disedarinya sebuah kereta dati arah bertentangan sedang menuju ke arahnya. David tidak menyedari bahawa dia telah termakan jalan orang.

Melihat sebuah kereta yang terlencong masuk ke laluannya, membuatkan Hwall segera menekan brek. Namun apa yang berlaku kini agak mencemaskannya. Brek gagal berfungsi dengan lancar. Tersangkut-sangkut.

"Gosh! Dah tak sempat lagi..."

Hwall terpaksa memulas sterengnya, mengelak daripada terlanggar kereta tersebut. Lamborghini Ocean membelok ke sebelah kiri secara mendadak. Akibat tidakan drastik Hwall itu dia gagal mengelak daripada melanggar palang besi yang menjadi penghadang jalan raya di kawasan tanah tinggi tersebut.

David terkejut apabila dia hampir saja bertembung dengan sebuah kereta sport berwarna biru laut. Dalam situasi yang mengejutkan itu dia sempat memusingkan stereng keretanya, cuba mengelak kereta yang sedang bergerak laju seakan mahu menghentamnya itu.

Brek sempat ditekan setelah keretanya kembali dalam kawalan. Sebaik keretanya berhenti di bahu jalan, dadanya yang berombak kencang ditekup degan tapak tangan. Nafasnya turun naik dengan deras. Perlahan-lqhan David cuba bertenang. Setelah hatinya tenang, dia mula terfikir akan kereta tadi. Seakan biasa dilihatnya...

"Macam Lamborghini Ocean milik Wendy?" Hatinya berdetik apabila mengingati rupa bentuk kenderaan tersebut.

Boom!!!

Tiba-tiba kedengaran dentuman kuat dari arah belakang keretanya. Dengan serta-merta David membuka pintu kereta dan segera menoleh ke arah laluan bertentangan dengannya. Kenderaan yang cuba mengelaknya tadi sedang menjunam ke bawah bukit. David tidak sempat berbuat apa-apa mrlainkan hanya menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now