#ADBY73

140 31 0
                                    

Cafe Calm, Tokyo...

Seorang pelayan wanita menghidangkan secawan kopi di meja tempat David duduk. Sebaik menghantar pesanan gadis itu berlalu kembali dengan tugasnya.

David menolak ketengah sedikit cawan kopi yang masih panas berasap. Minuman itu bukan tujuan utamanya datang ke kafe ini. Dari sudut duduknya, dia memerhati pemandangan sekeliling. Menjejaki orang yang perlu ditemuinya hari ini.

Dari pintu masuk Cafe Calm itu kelibat seorang lelaki yang bersuit lengkap muncul. Lelaki yang hampir sebaya dengannya itu tercari-cari sesuatu sebaik masuk ke dalam kafe. Akhirnya dia berjaya mengesan kedudukan David dan dengan segera mendapatkan lelaki itu.

David bangun dan berjabat dengan lelaki itu sebagai tanda hormat.

Kemudian mereka duduk bertentangan di meja yang sama.

"Maaf sebab buat awak menunggu saya... David," ucap lelaki itu dengan serendah diri biarpun statusnya yang berpangkat.

"Tak perlu meminta maaf untuk kekhilafan yang kecil, tuan Heo," balas David. Seulas senyuman dihadiahkan kepada tuan Heo.

Tuan Heo diam saja. Dia mengambil pesanan. Setelah mengambil pesanan, tuan Heo kembali memulakan bicaranya yang tergantung tadi.

"Hwall dan beransur sembuh," ucapnya ringkas.

Kata-kata tuan Heo menyebabkan wajah David tersenyum. Gembira mendengar khabar tersebut.

Semuanya atas jasa awak David. Terima kasih kerana menyelamatkan nyawanya.

Senyuman di wajah David perlahan-lahan kendur. Dia merenung cawan kopi yang masih tidak disentuhnya sebentar tadi.

"Saya cuma jalankan tanggungjawab yang tidak pernah saya lakukan terhadapnya selama ini, tuan." Kata-kata David bernada kesal. Bagaikan ada batu besar ya g sedang membebani pundaknya.

Tuan Heo mengangkat tangannya dan menyentuh bahu kiri David. Matanya merenung David dengan niat cuba menenangkan hati lelaki itu. Biarpun dia tahu dia jugalah punca peristiwa tersebut berlaku dulu. Dan kini perkara tersebut kekal menjadi rahsia  di antara mereka berdua.

Apa yang telah berlaku sememangnya tidak adil bagi sebelah pihak. Namun fitrah manusia itu harus berpegang pada janji. Maka disebabkan perjanjian itulah tuan Heo dan David berpakat dengan doktor yang merawat Hwall waktu itu.

"Doktor, tak perlu jalankan pemeriksaan terhadap saya," kata tuan Heo sebaik berada di bilik rawatan.

Wajah lelaki yang berseragam biru nila itu agak keliru. Dia membuang pandangannya kepada David. Mohon penjelasan.

"Sebab darah saya seorang saja yang boleh selamatkan nyawa budak lelaki tu."

Sejenak David dan tuan Heo berbalas pandangan. Kemudian mereka kembali memandang doktor tadi.

"Saya ayah kandungnya," jawab David tenang.

Doktor tersebut garu dahi yang tidak gatal. "Jadi kenapa awak berdua masuk bersama untuk jalani ujian darah?"

"Masalah keluarga kami sangat rumit. Saya harap doktor boleh bekerjasama dengan kami untuk merahsiakan hal ini. Buat apa saja yang terbaik demi anak kami. Tentang yang lain-lain serahkan kepada kamo berdua.

Doktor tersebut terpaksa akur setelah dipujuk. Dia segera mengarahkan jururawatnya untuk menjalankan ujian selanjutnya mengambil darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

"Terima kasih, David." Ucap tuan Heo serba salah.

David sekadar mengukir senyuman tawar.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now