#ADBY38

184 29 16
                                    

Wicked Wardrobe @Book Man

Fae berjalan di sekitar rak buku dalam kedai tersebut. Sesekali dia membelek-belek buku yang menarik. Memandang ke kaunter... lelaki tuan kedai sedang sibuk melayani pelanggannya. Kemudian dia menjenguk ke luar kedai. Kelibat Hwall masih tidak kelihatan.

"Huh!" Dia mengeluh perlahan sebelum melangkahkan kaki ke bilik persendirian Hwall.

Ke mana Hwall? Kenapa masih tak muncul-muncul lagi sampai sekarang? Fae semakin bosan menunggu di kedai tersebut. Dia mengambil tempat di meja belajar Hwall sambil membelek-belek buku Hwall di atas meja.

"Meow...!" Tiba-tiba Binny muncul menyapa. Anak kucing tersebut menggesel-geselkan tubuhnya di betis Fae.

Fae malas hendak melayan tingkah si comel yang mahukan perhatian. Sorrylah Bunny... aku tak ada mood nak main dengan kau. Aku tengah tunggu tuan kau ni. Dari tengah hari tadi sampai sekarang dia menghilangkan diri bersama kakak Wendy. Entah ke mana mereka pergi. Dahlah pergi tak ajak aku. Berdua aja pula tu. Melampau betul! Bukan ke kakak datang sini sebab nak jumpa aku? tapi sekarang aku pulak yang ditinggalkan lepas je dia berkenalan dengan si taiko jahat tu. Gramnya!!!

Hai! Aku ni cemburu ke apa? Kenapa asyik risaukan apa yang sedang Hwall dan kakak Wendy sedang buat je... tapi sebenarnyakan, the true is... aku takut kakak masih anggap Hwall sebagai Kevin. Aku faham sangat dengan kakak tu... nampak je kuat tapi sebenarnya dia pun masih tak dapat lupakan adik kesayangan dia tu.

Kevin... ada kalanya aku sangat marah tehadap kau. Kau seorang yang mudah disayangi. Semua orang yang kau dampingi pasti akan menyukai kau. Kau buat semua orang merindui kau. Kau buat hati semua orang berduka selepas pemergian kau. Kau memang tak patut. Kau dah tahu umur kau tak panjang, jadi kenapa kau biarkan semua orang menyayangi kau!

Kau pernah kata kau suka tengok aku gembira setiap hari. Untuk apa kegembiraan tu sebenarnya? Untuk kebahagiaan terakhir kau saja ke? Jadi, bagaimana dengan aku? Aku tak gembira selepas pemergian kau, Kevin. Kau dah bawa separuh jiwa aku pergi bersama kau. Adakah ini kebahgiaan yang kau janjikan dulu? Kau kejam, Kevin. Aku benci kau!

Fae melentokkan kepala di atas meja. Lengan kanannya dibaringkan di atas meja. Kemudia kepala yang mapan di permukaan meja diangkat dan dibaringkan pula di lengannya. Biarpun bosan, dia terus menunggu Hwall di situ.

💎💎💎

"Errr... betul ke kakak janji takkan anggap saya sebagai Kevin?"

Wendy mengangguk dan tersenyum. "Betullah. Lagipun kakak rasa kau ni memang langsung tak sama dengan mendiang adik kakak. Mungkin juga kita yang ada persamaan sebenarnya." Ekor mata Wendy sempat melirik kepada Hwall di sebelah.

"Maksud kakak?"

"Kalau kau nak tau... kakak dengan Kevin langsung tak de persamaan even kami ni adik-beradik. Dia penyabar orangnya meanwhile aku ni panas baran. Cepat nak melenting." Wendy tersenyum sendiri memikirkan sikap buruknya itu." Kevin teratur orangnya. Semua benda yang dia buat mesti ikut step jadi dia jarang buat kesilapan. Sedangkan kakak dia ni pula tak pernah buat sesuatu dengan tertib. Main langgar je semua peraturan.

Hwall senyum dalam hati mendengar pengakuan Wendy. Memang betul lah tak de orang yang sempurna dalam dunia ni. Even dia cantik but still dia ada kelemahan dari sudut lain.

"Kevin tak pernah ada musuh. Dia tak suka dibenci, jadi dia berbuat baik dengan semua orang biarpun ada yang iri hati dengan kelebihan yang dia ada. Tapi kakak lain... pantang tak puas hati mesti nak cari gaduh dengan orang. Agak panas baranlah." Wendy tidak menyembunyikan sifat buruknya di hadapan Hwall.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now