#ADBY41

196 31 21
                                    


"MAMA..."

"Hai, hello sayang." Julliane Martinez menyambut ceria panggilan daripada anaknya. 

"M... mama...!" Tersedu-sedu di hujung talian, Fae rindu mama..."

Jullianne Martinez berkerut. Oh, anakku. Rindukan mama ya. Mama pun, sayang.

Mama, Fae tak nak tinggal kat sini lagi. Fae dah tak tahan. Please, ma... bawalah Fae balik. Fae tak nak tinggal dengan Auntie Pamola. Fae tak nak sekolah dekat sini. Fae tak nak jumpa dengan dia lagi, ma..."rengek si anak kerisauan si ibu.

"Bertenang, sayangku... apa yang berlaku ni? Cuba cerita satu persatu dengan mama." Julianne mula tidak senang mendengar rengekan dan tangisan anaknya.

"Fae jumpa 'dia'. Dia yang lain... tapi kadangkala mereka sama."

"Ha? Siapa, Fae?"

Fae tak dapat meneruskan bicara, Cuba bertenang sehingga sendunya hilang. 

"Ma... Fae... Fae... " Fikiran Fae masih celaru. Dia tak tau apa yang patut diluahkan kepada mamanya.

"Fae... pergi masuk bilik dan tenangkan fikiran sekarang." Si ibu itu faham bagaimana mengendalikannya anaknya.

"Tapi..."

"Buat apa yang mama cakap. Next week cuti semester, kan? Mama dan papa akan jemput Fae balik."

"Balik terus?" Sedikit kegembiraan terukir di wajahnya.

"Fae... tentulah tak. Hanya untuk musim cuti ni je."

Fae mengeluh di hujung talian.

"Okey, sayang. Jaga diri baik-baik kat sana ya... and don't worry. Everything is gonna be okay. Fae akan dapat kehidupan yang lebih baik di Nara. Trust me, sayang." Julianne dapat membaca kesukaran yang dilalui anaknya di tempat baru.

🧚‍♂️🧚‍♂️🧚‍♂️

HARI yang baru bermula meninggalkan semalam yang telah menjadi sejarah. Fae menjalani kehidupannya sebagai pelajar seperti biasa. Pagi ini semasa kelas sedang dimulakan hampir setengah jam, barulah batang hidung Hwall muncul. Macam selalulah... si taiko itu memang suka buat kolej ni macam kolej mak bapak, tuk nenek dia yang punya. Suka hati dialah nak datang waktu bila.

Lelaki itu menuju ke tempat duduknya di sebelah Fae, di barisan belakang kelas. Tanpa menghiraukan perhatian sesiapa, dia menarik kerusi dan duduk sambil menyilangkan kedua-dua belah kakinya di atas meja. Kepalanya dijatuhkan di kepala kerusi dan kedua-dua belah tangannya disilangkan ke hadapan. Selepas itu dia memejamkan mata dan... zzz....

Huh! Aku tak faham apa motif lelaki ni datang kolej. Fae mengeluh perlahan di dalam hati. Sesekali dia mengerling pada Hwall di sebelah. Bila dia nak jaga? Aku nak cakap something dengan dia.

"Jeng! jeng! jeng!!!" Tiba-tiba kedengaran satu suara asing dari bawah meja Hwall, menyebabkan lena pemuda itu terganggu.

Lelaki itu menjatuhkan kakinya dari atas meja lalu meraba ke bawah meja mencapai telefon selularnya. Dalam keadaan separuh sedar dia terus menjawab panggilan tanpa melihat daripada siapakah  panggilan itu diterimanya.

"Hello... erm, okey... datang jemput orang. Hmmm... hm... bye! Itu saja yang didengari oleh Fae. Dengan siapa Hwall bercakap, dia tidak tahu. 

"Hwall!" panggilnya. Mengambil kesempatan yang muncul untuk bercakap dengan Hwall.

Hwall tidak membalas panggilan Fae. Sekadar memalingkan muka pada gadis di sebelahnya itu. Memandang Fae dengan wajah yang tidak beriak. 

"Aaa... aku nak minta maaf pasal semalam." Fae rasa dirinya sudah melampau apabila bertindak menampar Hwall semalam. Dia cuba mengelak daripada kenyataan yang sedang dihadapinya kini. Kenyataan tentang kematian Kevin. Kenyataan tentang perasaannya terhadap Hwall kini. Kekeliruannya di antara Kevin dan Hwall.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now