#ADBY32

227 35 14
                                    

Kelas berjalan seperti biasa. Cikgu Mika sedang memberikan penerangan di hadapan kelas. Para pelajar menumpukan sepenuh perhatian. Termasuklah juga Fae yang turut memberi penuh perhatian kepada guru di hadapan.

Yang tidak seperti biasa ialah Hwall. Hari ni Hwall tidak tidur di kelas. Sememangnya sesuatuyang luar biasa. Tidak juga menumpukan perhatian terhadap cikgu Mika yang sedang mengajar. Duduknya serba tidak kena. Sekejap bersandar di kepala kerusi. Tidak selesa. Lantas berpusing menyandar tubuh pada dinding pula. Menghadap kepada fae di sebelah. Gadis itu diperhatikan secara tidak langsung.

Fae mengerling apabila diperhatikan oleh Hwall.

Hwall buat muka kaku. Tiada riak seperti selalu. Fae tersenyum kepadanya. Oh, tidak... si hodoh senyum kat aku. Segera Hwall mengubah posisinya semula. Kerusi ditarik dan dia duduk rapat ke meja. Menongkat muka dengan tangan sambil matanya memandang ke papan hitam. Mendengar cikgu Mika berceloteh.

Apa benda cikgu yang bersuara petir ni bebelkan? Bosan betul. Nak bagi explanation tu biarlah straight forward . Ini asyik meleret-leret. Sembang je lebih tapi isi sikit... Hwall merungut -rungut sendiri dalam hati.

Dengan ekor matanya, Fae dikerling semula. Gadis tersebut sedang menconteng kertas, menyelesaikan soalan matematik yang diberikan oleh cikgu Mika di papan hitam. Anak rambut yang mengganggu wajahnya ditolak ke belakang telinga. Fae menggosok-gosok dahi dengan belakang pensel. Tengah pening hendak selesaikan soalan tersebut.

"Hwall, tau tak macam mana nak solve soalan ni?"

Fae menoleh kepada Hwall. Meminta bantuan orang yang lebih pro dan pandai daripadanya. "Tolong ajar..." Dia tersenyum dengan harapan Hwall sudi membantunya.

Hwall cepat-cepat membuang pandang ke tempat lain. Melihat senyuman si hodoh menyebabkannya gugup tiba-tiba.

Apa masalah aku ni?

Apasal aku rasa lain macam je dengan si hodoh hari ni?

Sejak dari malam tadi lagi... asyik terfikirkan dia aja. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi pula tadi.

Malam tadi... pertama kali kitaorang duduk berdua-duaan dengan aman dan tenteramnya. Tak de gaduh-gaduh.

First time dia kongsi cerita pasal lelaki klon aku yang dah mati rupanya.

First time aku kena peluk dengan seorang gadis. Si hodoh memang berani!

First time kami gelak sama-sama... tak, actually ni first time aku ketawa since kematian Jerry.

And first time jugak lah

aku rasa....

aku....

dah mula....

sukakan seseorang?

"Hwall...!" panggil Fae apabila pemuda itu diam lama di sebelahnya. Ditanya, tidak menjawab.

Hwall berpaling ke kiri. Mengerling Fae yang tengah buat muka blur... tak tahu macam mana nak selesaikan soalan lah tu. Kemudian kepalanya ditala ke hadapan. Tak mahu melayan Fae. Dia nampak Hankyeon sedang berjalan ke papan hitam di hadapan untuk cuba solve soalan Cikgu Mika. Fae di sebelah masih lagi dikerling sekali-sekala dengan ekor mata.

Hankyeon menulis jalan penyelesaian untuk soalan tersebut. Hwall sekadar memerhatikannya saja. Dahinya berkerut sedikit.

"Tst!" Mulutnya berdecit seperti tidak puas hati.

Pemuda itu bangun dari tempat duduknya lantas berjalan menuju ke hadapan. Tanpa disangka oleh sesiapa yang sedang sibuk menumpukan perhatian, Hwall menarik belakang Hankyeon.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now