#ADBY29

178 30 0
                                    

Suatu masa dulu...

Gadis yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran itu diperhatikan dari belakang sejak tadi. Khusyuk sungguh Fae menelaah semua nota-notanya. Sesekali pen di telinga diambil untuk membuat sedikit catatan tambahan pada bukunya. Kevin tersenyum. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Fae.

"Tadaima (saya dah balik)... bisiknya ke telinga Fae.

Kevin biasa ke rumah Fae. Jadi dia dapat menangkap perkataan jepun yang biasa di sebut oleh Fae setiap kali kembali ke rumah.

Mendengar suara itu membuatkan Fae terkesima di atas kerusi. Pen dilepaskan dari tangan. Perlahan-lahan dia bangkit menolak kerusi. Kaki dipusing 180 darjah. Dia kini berhadapan dengan seseorang yang paling ingin ditemuinya sejak seminggu lalu. Orang yang sangat dirinduinya. Orang yang sangat dirisaukannya... dia orang yang sangat dicintainya.

"Kevin..." Nama itu disebut perlahan. Okaeri (selamat kembali)... balasnya dalam hati saja.

Kevin mencarik senyuman di wajah. Merenung anak mata Fae yang kini berkaca-kaca. Sekejap kemudian sebutir mutiara jernih jatuh keluar dari tubir mata. Senyuman Kevin beransur padam apabila melihat air mata di pipi Fae.

Fae mengangkat kedua-dua belah tangan menyentuh wajah lelaki di hadapannya. Mahu memastikan bahawa dia tidak bermimpi. Hangat kulit lelaki itu menandakan memang apa yang dilihatnya kini ialah realiti. Seulas senyuman terbit di wajah yang dihiasi air mata itu.

"Awak dah sihat?"

Kevin mengangguk sekali

"Betul-betul dah sembuh?"

Kevin menguntum senyuman. Mengangguk lagi demi memuaskan Fae.

Fae melepaskan nafas lega. Tersenyum dalam tangis. Badan Fae disentuh-sentuh dengan hujung tangan kanan. Dari bahu, singgah ke lengan. Kemudian dada. Akhir ke pinggang.

"Apa benda yang awak buat ni?" soal Kevin pelik melihat tingkah Fae.

Fae menggeleng. "Tak... just nak make sure yang awak tak apa-apa. Seminggu kita berpisah. So saya nak pastikan tak de apa-apa perubahan kat awak.

Kevin tertawa kecil." Elean, Elean... ada-ada jelah awak ni.

"Saya rindukan awak," kata Fae.

"Kalau rindu, kenapa tak pernah sekalipun lawat saya kat hospital?" soal Kevin bernada merajuk.

Fae tundukkan wajah. "Saya takut. Saya tak berani nak tengok bagaimana keadaan awak," jelas Fae. Dia melangkah menuju ke buaian di halaman rumahnya. Kevin hanya mengekorinya dengan sorotan anak mata.

"Malam tu, keadaan awak sangat teruk. Sebelum awak pengsan, awak ada pengsan something yang menakutkan. Doktor kata awak berjaya diselamatkan... tapi bila tengok riak wajah keluarga awak semua, saya rasa tak sedap hati. Saya tak berani nak berdepan dengan kenyataan yang menakutkan, Kevin, " ujar Fae mendatar. Masih lagi dengan mood celaru." Maafkan saya sebab tak melawat awak."

Kevin melangkah menghampiri Fae di buaian kayu yang menghadap kolam ikan di situ.

"Awak takut saya mati ke?" Soal Kevin dalam senyum tenang

Pap!

Pantas Fae menampar mulut cabul Kevin. Wajahnya berkerut marah. Segera dia berpaling daripada Kevin. "Jangan sebut benda macam tu."

"Elean." Kevin menyentuh lembut bahu Fae.

Fae diam membeku. Lantas Kevin mencari wajah yang disembunyikan daripada pandangannya itu.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now