#ADBY35

190 29 11
                                    

Keesokkan harinya...

Memang seperti dalam jangkaan sesiapa, Fae menjadi perhatian warga kolej kerana memakai kain putih berconteng 'AKU BODOH', tulisan tangan Hwall. Malu bukan kepalang apabila semua terpandang-pandang, terjeling-jeling kepadanya pagi itu kerana memakai pengikat kepala tersebut. Ada juga spesis-spesis manusia yang mentertawakan dirinya kerana pengikat kepala yang dipakainya itu. Tahu dah siapapunya angkara. Tak lain tak bukan ialah the taiko yang mengaku sebagai tuan kepada si hodoh.

Fae tidak berani hendak mendongak kepala. Kalau boleh nak tanam je kepala dalam tanah. Namun demi perjanjian dengan Hwall, dia tidak akan sesekali memungkiri janji... walaupun ini sangat memalukan dirinya sebab masih ada sekelumit keyakinan dalam dirinya untuk menewaskan Hwall juga nanti.

Hari ini Hwall tidak membuli atau menyusahkannya seperti selalu. Cuma rasa malu dan tebal muka disebabkan kain pengikat di dahinya itu. Hendak ditanggalkan, tidak berani. Yalah, walaupun bukan sepanjang masa Hwall memerhatikannya tapi lelaki itu ada banyak mata di kolej ni. Boleh dikatakan hampir semua pelajar kolej ini adalah pengikutnya. Mana Fae nak lari. Akur saja jawabnya.

"Wey geng, kain pengikat tu aku tengok memang sesuai dengan si hodoh kan." Mandy yang berdiri di sisi belakang Suzy itu bersuara. Senyuman sinisnya disambut oleh dua  orang lagi rakannya.

"Wey korang jom ikut aku!" Suzy tertoleh-toleh memerhati sekeliling kawasan pusat sukan tersebut. Line clear! Hwall tak ada ni. Apa kata kita main dengan budak tu, " cadang Suzy.

Mereka tersenyum nakal. Masing-masing sedang merencanakan sesuatu yang jahat apabila terpandangkan Fae yang sedang bermain bola bersama beberapa orang pelajar di gelanggang bola keranjang.

"Aku ada idea..." kata Suzy. Kemudian dia berbisik-bisik dengan dua orang sahabatnya. Sebentar kemudian senyuman nakal tiga orang gadis tersebut meleret di bibir sambil mengerling Fae yang sedang menyambut bola dan sedang berkira-kira hendak menjaringkannya.

Suzy mengenyit mata kepada dua orang pengikutnya sebelum melangkah masuk ke dalam gelanggang sambil menggelek bola yang baru dikutipnya di lantai. Dia melangkah pantas mendapatkan Fae yang sedang hendak membuat latihan menjaringkan bola.

Buk!

Sengaja bola itu dilempar tepat ke kepala Fae. Akibatnya Fae gagal membuat jaringan bola dan terjatuh ke lantai.

"Tak guna!" Fae merengus perlahan. Matanya menjeling Suzy yang sedang tersenyum sinis padanya kini.

"Hurm... confuse lah. Kau ni si hodoh ke si bodoh? Huargh! HAHAHA!" Si cantik manis itu tertawa kalah mak lampir. Tak padan cantik tapi perangai cam neraka.

Dua orang pengikutnya tadi sudah mendekatinya kini. "Tapi cantik juga natang dekat kepala kau tu. Siapa yang hadiahkan? Pakwe ke?" sindir si pembuli itu lagi.

Fae masih lagi berdiam diri menahan sabar.

"Haah, memang cantiklah kau pakai kain ni, si hodoh... tapi lagi cantik kalau tambah something. Tunggu kejap ye." Suzy menyeluk poket begnya mengeluarkan pen marker. Kemudian dia menconteng sesuatu pada kain di dahi Fae. "Tambahkan sikit corak bunga kat sini... Fuyyo cun teroks." Masing-masing ketawa gembira apabila melihat muncung tidak puas hati di wajah si hodoh.

Ini dah melampau. Makin galak pulak tiga ekor setan ni bahan aku. Memang betul-betul menguji kesabaran aku sungguh. Sampai bila aku nak brdiam diri? Betul kata Hwall, aku akan dibuli sampai bila-bila kalau aku tak berani nak pertahankan diri. Aku kena buat something.

PAP!

Tangan Suzy yang seronok menconteng dahinya segera ditepis kasar. Jelingan tajam dilemparkan kepada tiga orang gadis tersebut. Mereka bertiga terkejut dengan tindakan berani Fae.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now