#ADBY19

210 33 19
                                    

MASALAH

hidup ini tidak pernah sunyi daripada masalah. Kadang kita berlari untuk mengelakkan diri daripada masalah. Tetapi sejauh mana pun kita berlari, masalah tettap terus mengejar kita. Tetap terus mengekori kita.

Ternyata melarikan diri bukanlah jalan penyelesaian sesuatu masalah.

Kita mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu namun ia masih menemui jalan buntu. Jadi jalan seterusnya yang patut kita lakukan ialah bertenang dan bersabar menghadapinya. Mungkn dengan cara ini kita akan memperolehi cara penyelesaian yang lebih berkesan.

*header lagu heartbeat by bts... Sape yang dah main bts world??? Perggh lagu hearbeat tu tringat zmn stan bts dulu lol😭😭😭*

🎬🎬🎬

Fae duduk di meja untuk menjamu makan tengah hari di kafeteria. Dia bersendirian. Memang selama dia di kolej ini, dia tidak mempunyai teman Selain bersama dengan the devil untuk melakukan itu dan ini... jarang dia bersama sesiapa. Kebanyakkan pelajar seperti takut hendak berkawan dengannya. Mereka kata berkawan dengan hamba the taiko bermaksud memasukkan kepala ke dalam lubang neraka. Mereka takut.

Dari jauh, Suzy and the gang sedang memerhatikan Fae sambil membawa segala minuman. Sampai di meja Fae, Suzy dengan sengaja menuang minuman manisnya ke dalam pinggan makanan Fae.

Fae yang baru hendak menyuap makanan terkejut. Terbantut terus suapan makanannya. Dia menjeling kepada Suzy yang sedang menyeringai.

"Ops... sorry, tak sengajalah. Tertumpah pulak," katanya sinis diikuti ilaian tawa bersama teman-temannya.

"Kalau rasa tak puas hati, pergi lah panggil Hwall datang back up!" sindir Suzy. "Itu pun kalau dia nak lah!"

"Suzy, budak nikan hamba Taiko, so sepatutnyalah kan... Hwall datang untuk backup si hodoh ni atau join kita sekaki buli budak ni?" Seorang anak buahnya bersuara sambil tangannya menepuk-nepuk kasar belakang Fae.

Fae tunduk diam. Tidak berani bersuara biarpun hatinya meluap-luap marah dengan kata-kata mereka.

"Alaaa... bucuk-bucuk... ciannyer dia..." Suzy mencubit pipi Fae geram. " Enjoy your meal, ya."

Ilaian tawa mereka bergema lagi. Nampaknya Fae berjaya menjadi bahan hiburan mereka sejak kebelakangan ini. Fae terpaksa akur menerima nasibnya. Biarpun dia tidak rela terus dibuli oleh mereka bertiga, namun berdiam diri itu lebih baik daripada melawan Bersabar itu mungkin jalan terbaik dalam menghadapi para pembulinya.

"Girls... jom blah. Tinggalkan si hodoh ni dengan spaghetti sirap carbonara dia tu." Si ketua mengajak anak-anak buahnya meninggalkan Fae setelah puas mengenakan gadis itu.

Selepas Suzy ang the gang beredar pergi, Fae kembali menatap pinggan makannya. Spaghetti carbonara yang enak berkrim itu sudah bertukar kemerah-merahan akibat dituang minuman kordial oleh Suzy tadi. Dah jadi spaghetti sirap carbonara... sepatutnya aku sumbat makanan ni ke mulut kau, perempuan tak guna!

Gigi Fae berlaga-laga kegeraman. Dia mencapai gelas minumannya. Jus anggur yang sejuk berais itu diteguknya demi meredakan amarah yang sedang berleluasa dalam jiwanya. Sabar, Fae... lambat laun mereka semua tentu akan bosan dengan semua ini. Suatu hari nanti mereka akan benrhenti bulil kau. Percayalah... bisik hatinya memujuk diri sendiri.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now