#ADBY64

133 24 10
                                    

"Ini diary Kevin."

Buku diari tersebut disimpan Kevin di celah katil. Tiada siapa yang mengetahui tempat dia menyembunyikan buku tersebut. Melihat keadaan buku tersebut, Hwall dapat meneka tiada siapa pernah menyentuh diari tersebut sejak kematian Kevin. Dia orang pertama yang menjumpai diari tersebut selepas kematian lelaki itu. Itu pun secara kebetulan. Disebabkan amukannya tadi, buku diari tersebut tercampak keluar dari ruang persembunyiannya.

Apa yang menarik ada dalam catatan harian Kevin? Hwall mula menyelak lembaran demi lembaran buku tersebut. Tulisan Kevin yang kemas tersusun menambah minat Hwall untuk terus membaca. Setiap perkara yang dilalui Kevin tercatat lengkap dalam diari tersebut.

Tentang keluarga, pelajaran, cinta dan setiap perasaan yang dilaluinya.

Tentang sakit.

Tentang kematian.

Tentang harapan sebelum kematiannya.

Semuanya lengkap tercatat. Walaupun baru suku muka suratyang dibaca oleh Hwall, namun senyum dan air mata silih berganti menghiasi roman wajahnya.

Sampai di tarikh 14 April 2012. Sesuatu yang mengejutkan tercatat di situ. Setiap baris yang dicatat oleh Kevin dibaca Hwall. Berulang kali dia membaca demi memastikan perenggan tersebut.

Pap!

Buku tersebut terlepas dari tangan Hwall dan jatuh ke lantai. Air muka Hwall berubah terkejut dengan serta-merta. Mata terbuntang tidak berkelip. Mulut terbuka, bagai hendak menyuarakan sesuatu namun sesuatu itu tidak dapat diluahkannya. Hanya tersekat di kerongkong.

Hwall pantas menutup semula diari Kevin yang masih terbuka di atas lantai. Lantas anak muda itu tergopoh-gopoh melarikan diri ke penjuru bilik. Tingkahnya itu bagai seorang yang dalam ketakutan.

Wendy bergegas keluar dariperut keretasebaik tiba di halaman rumahnya. Tec yang masih di dalam kereta ditinggalkan pergi.

Wendy segera masukke dalam rumah. Hatinya semakin berdebar apabila melihat kenderaan mewah madam Jeonita terpacak di halaman ru. Ah bersama beberapa pengawalnya.

"Kakak." Fae yang lebih dulu mengesan kemunculan Wendy segera menghampiri wanita itudi muka pintu.

"What happen? Mana mama dan Hwall?" soal Wendy cemas. Terjenguk-jenguk ke ruang dalam rumahnya.

"Diorang kat atas. Tengah pujuk Hwall keluar dari bilik," beritahu Fae.

Dia menarik Fae untuk sama-sama masuk ke ruang tamu.

"Macam mana perempuan tu tahu anak dia kat sini, Fae?"

"Manalah Fae tau. Fae ke yang plan semua ni?" Soalan Fae cuba menyindir Wendy semula. "Kakak yang plan kan? Sekarang kakak tanggunglah akibatnya sendiri." Ada nada marah dalam intonasi suaranya.

Wendy ketap bibir. Tangan berada di pinggang sambil matanya mengerling tangga... memanglah aku yang bawa Hwall ke sini, tapi aku ke yang salah menyebabkan the devil kuasa dua (madam Jeonita) tu muncul kat sini. Aduh! Perang besar bakal meletus ni. Mana daddy? Dia tahu tak pasal madam Jeonita datang?

"Dah berapa lama madam dekat sini?"  tanya Wendy kepada Fae.

"Tak sure, since kitorang balik dari joging tadi dia memang dah ada kat sini. Dah lebih dua jam rasanya."

"Aimer... What happen? Semuanya okey tak? Tec muncul tergesa-gesa mendapatkan Wendy sebaik memakir keretanya tadi.

"Okey?" Dia menjeling kekasihnya yang bertanya soalan bodoh. "Awak dengar tak dua orang perempuan tengah bertekak berebutkan seorang budak lelaki kat atas tu?" soal Wendy sambil tangannya menuding ke tingkat atas rumah.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now