6 6

11.5K 1.7K 1.4K
                                    


Kelas terakhir tamat. Buku teks yang dah nazak sebab buat alas makan maggi dalam kelas aku simpan di bawah meja. Sambil-sambil kemas beg, aku panjangkan leher untuk melihat bahagian luar kelas.

Lee angkat jari telunjuk dan jari tengah sebaik saja pandangan kami bertemu. Nak ikut gerak mulut, rasanya dia sebut 'yo'. Ed juga ada di tepi, sedang minum sekotak jus epal. Nak balik dengan aku lah tu.

Aku galas beg dan berjalan perlahan ke arah mereka berdua.

"Shah jom singgah beli aiskrim." Ujar Lee saat kaki aku melangkah keluar kelas.

"Uh korang baliklah dulu. Aku ada aktiviti kelab lagi 30 minit."

Ed beri aku pandangan pelik seolah-olah ada bontot di dagu. "Kelab? Sejak bila kau ada join kelab kat sekolah ni?"

"Sejak aku mula-mula pindah sekolah ni? Cuma aku tak pernah datang perjumpaan kelab sebelum ni."

"Kelab apa?"

"Kelab setem."

Ed genggam kotak jus epal kosong itu penuh amarah. Lepas dah kemikkan kotak, dia pijak pijak pula.

"Eh kau pahal Ed?" soal Lee sebelum berlindung di sebalik aku, takut-takut dia jadi mangsa seterusnya.

"Taklah. Cliche gila kelab setem. Aku sensitif betullah sebab cerita kita ni makin lama makin cliche."

Dia macam tiber tapi tak apa. Mungkin si author tengah cuba meloloskan diri dari writer's block dia.

"Anyway korang baliklah dulu." Aku tolak belakang badan diorang, memaksa mereka berdua untuk berjalan.

"Kau okay ke Shah sorang-sorang? Nak aku teman?" Ed menawar diri.

"Sangat okay. Jangan risau."

Ed dan Lee pandang satu sama lain, agak pelik dengan kelakuan aku.

"Kalau ada apa-apa, call kitorang." Tegas Ed.

"Alright. Bye geng."

"Jaga diri Shah. Jangan minum air gas dari mesin gedegang tu, tak elok." Sempat Lee beri pesanan. Aku cuma tayang muka 'apa-apa jelah' sambil melambai lemah.

Mata aku setia tertacap pada figura Ed dan Lee sehinggalah bayang mereka tak kelihatan. Kemudian, aku pusingkan badan 180 darjah ke belakang dan mula berjalan.

Okay. Now let's do this.

Aku mula berlari anak masuk semula ke kawasan sekolah.

Destinasi? Pintu belakang.

* * * * *

Aku menepuk-nepuk punggung yang kebas setelah duduk di atas bangku batu selama 10 minit.

Diorang memang ramai ni je ke? Rasanya banyak lagi. Tapi lantaklah. Kalau aku tunggu lama lagi, mau menangis Aidil nanti sebab ingat aku kena culik.

Aku galas beg dan mula berjalan ke arah pintu pagar belakang sekolah. Kawasan ni memang tak ramai orang guna. Biasa yang balik naik Grab je ikut sini.

"Oi. Sorang je?" Satu suara asing menegur. Aku menoleh ke makhluk asing tersebut dan buat buat terkejut. Aku dah agak, memang diorang akan cari aku balik.

Budak-budak bola jaring. Nampaknya kali ni empat orang je.

"Sorang je la. Kenapa? Nak ajak couple ke?" Aku bergerak tiga langkah ke kanan. Mata kadang-kadang memeriksa dinding gymnasium berdekatan.

"Kau memang tak sahkan kalau tak menyakitkan hati orang?"

Lah pulak. Diorang yang datang kat aku tapi aku pulak yang salah.

LanetsWhere stories live. Discover now