3 0

41.3K 4K 325
                                    


Bunyi deruan kaki enam anak muda bergema ke seluruh pelusuk bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Masing-masing berlari tanpa menghiraukan pandangan pelik beberapa orang. Aku dan Nazmi yang sampai terlebih dahulu cepat-cepat meletakkan beg diatas dua buah meja.

Aku tak faham. Baru pukul 6.45 pagi tapi restoran francais makanan segera yang terkenal ini sudah pun penuh dengan homo sapiens.

Dalam kata lain, McDonalds dekat KLIA ni dah penuh dengan orang. Sebab itulah kitorang berlari.

"Hoi awat dengan hangpa ni? Satu meja cukuplah" seorang lelaki berkopiah, baya aku mungkin, memegang meja yang di'cop' oleh Nazmi dengan pandangan penuh tak puas hati.

Daripada cara dia bernafas, aku tahu dia juga baru sahaja berlari untuk mendapatkan meja. Seorang lagi lelaki datang dari arah belakang, setia berdiri disebelah rakannya.

"First come first serve" Aku menyampuk dengan nada yang keras, cuba kelihatan garang.

"Ek eleh budak bandaq ni! Tolerate ah sket!" Matanya membulat seolah-olah mahu membaham aku. Pengunjung lain sudah pun memberikan kami pandangan meluat kerana mengganggu ketenteraman pagi mereka.

Aku menghantar isyarat kepada Lee supaya masuk ke dalam premis dan berbincang dengan dua orang lelaki di hadapan aku. Namun dia cuma tersengih dan menggaru belakang leher. Dia ni trauma dengan ustadz yang ajar dia alif ba ta ke apa sampai takut dengan orang pakai kopiah?

"Wei pendek. Hang alih beg hang sebelum kami baling beg hitam hang keluaq kedai" Ayat-ayatnya dutuju pada Nazmi.

Nazmi? Dengan mata terpejam, dia memegang dadanya menahan sakit apabila dilabel 'pendek'. Lututnya tiba-tiba menjadi lemah bak seorang nenek tua yang terlupa minum susu Anlene. Akhirnya, Nazmi terjatuh ke lantai. Hm mula dah mamat ni.

"Assalamualaikum" Satu suara merdu menyampuk.

"Waalaikumsalam!"

"Any concern?" Suara Thaqid kedengaran ikhlas untuk membantu.

"Cita dia hat ni, meja ada dua, depa ambik dua-dua sekali! Ni kawan hang ah? Pikirlah oghang lein nak du-" Bebelannya terhenti apabila Thaqid mengangkat tangannya paras dada.

"Minta maaf untuk pihak mereka. Kitorang ramai. 7 in total."

"Seven tak seven, kitorang pun nak duduk"

Thaqid mengangguk sambil tersenyum sopan. Tangan kanannya diarahkan kepada pasangan berbangsa cina yang baru sahaja bangun daripada meja mereka, membuatkan meja itu kosong.

"Equity instead of equality. Meja kecil for two. Dua meja besar for seven. Sounds good?"

Lelaki itu tergamam, kehilangan kata-kata. Kawannya lagi seorang telah pun berlari kearah meja tersebut, takut-takut diambil orang. Dia memandang aku, Nazmi dan Thaqid silih berganti, sebelum mengeluh kecil.

"Fair enough" lelaki berkopiah itu akhirnya bergerak ke meja bulat yang boleh memuatkan dua orang.

"Dahlah tu Nazmi" Ariyan menyepak Nazmi yang masih di lantai sebaik sahaja masuk ke kedai.

"Hatiku... Hatiku ditikam oleh lidah.. Lidah yang setajam pisau. Tak, tak, lebih tajam daripada pisau!" Tangannya menepuk-nepuk dada sendiri. Attention seeker betul.

"Itu sajak ke?" Soalku

"Puisi Shah. Puisi yang puitis membangunkan gemersik jiwa!"

"Please Nazmi. Not now. Kita dah lambat ni. Pukul 7 travel agent tu nak jumpa." Ed memberikan peringatan.

"Okay okay janganlah serious sangat" Nazmi akhirnya bangun daripada lantai, membontoti Thaqid dan Edhan ke kaunter untuk memesan makanan. Tinggallah aku, Ariyan dan Lee bertiga menjaga meja. Masing-masing sibuk dengan telefon pintar. Bukanlah mengusya awek di instagram tetapi memberikan ucapan selamat pagi yang berbunga-bunga kepada customer. Termasuklah aku.

LanetsWhere stories live. Discover now