2 4

40.4K 4.4K 435
                                    

"Lambatlah kau Shah!" Anis menepuk belakang badan aku kuat.

"Aku malas nak join senamrobik. Tu datang lambat sikit tu" Aku tersengih kambing.

"Cikgu dah nak ganti orang lain dah untuk acara kau. Nasib baik aku yakinkan dia yang kau akan datang" Celoteh Anis sambil mengetatkan ikatan tali kasut sukannya.

Kalau korang still blur, hari ni merupakan hari sukan tahunan Gold High.

Aku dan Anis, sebagai atlet rumah sukan merah iaitu Cheetah, sedang menunggu acara bermula di bawah khemah merah yang disediakan.

Oh ya. Berkenaan Anis, Lanets dah merestui hubungan kitorang. Hubungan persahabatan. Korang jangan fikir lain.

Ini semua sebab Anis dengan Haikal makin rapat berkawan dan khabar angin yang mereka bersama semakin kencang tersebar.

"Ey Nis!" Hah panjang umur. Haikal, dengan baju sukan berwarna kuning berlari anak ke arah kami.

"Eh Shah. Kau pun ada? Join acara apa?" Haikal nampaknya baru menyedari kehadiran aku.

"100m dengan 4×400m" nyata aku.

"100m eh? Nice. Nanti kita lawan" Haikal tersenyum yakin.

"Cubalah" cabar aku.

"Kau rilek Shah. Budak ni lembab je" Anis menerbalikkan ibu jarinya.

"Player bola takkanlah lembab" Walaupun nak menang, aku tak rasa boleh kalahkan Haikal.

"Eh? Mana kau tahu aku player bola? Sebab last aku main bola kat sekolah lama kot"

"Er... Anis cerita!" Cepat-cepat aku menunding jari pada Anis.

"Aku ada cerita ke yang aku player bola duly?" Tanya Haikal pada Anis, keliru.

"Adalah! Kau ni memori ikan emas betul hahahahahah" Anis menepuk belakang Haikal kuat.

"Sakit ah Nis"

"Oh ye eh? Sorry sorry hehehe"

"Ok ah aku gerak dulu. Good luck Anis!"

"Anis je?"

"Kau lawan aku kot" Kata Haikal dalam nada bergurau. Dia kemudiannya melambai kearah kami buat kali terakhir sebelum berlalu pergi.

Pasal Haikal. Aku minta Anis rahsiakan identiti aku pada Haikal memandangkan aku kini officially Haikal×Anis shipper. Hashtag Hainis.

Walaupun Anis ada cerita yang Haikal masih tuggu aku, aku tahu lama-lama dia akan berhenti menunggu. Yelah. Lelaki dan perempuan berkawan baik? Takkan lama.

Yup. Aku boleh katakan yang aku dah move on sepenuhnya.

* * * * *

"Acara 100 meter kategori lelaki kelas 1 akan dimulakan. Oleh itu, diminta para peserta bersedia di trek larian" Pengumuman bergema serata stadium sekolah.

Ah sudah. Banyak-banyak acara, acara aku jugak yang mula dulu. Terus rasa tak sedap perut.

"Weh! Cepat ah!" Seorang atlet lelaki rumah merah memanggil aku. Mungkin dia salah seorang lagi peserta larian pecut 100 meter.

Aku mengambil lane aku yang elok-elok berada ditengah. Dikanan aku, adalah atlet rumah merah tadi. Dikiri aku pula adalah seorang atlet rumah biru yang tinggi lampai.

Erk! Ariyan?!

"Woi woi apahal muka kau tu?" Ariyan nampaknya tidak berpuas hati dengan reaksi aku.

"kenapa aku kena lawan kau?" Aku bukannya apa, tapi aku pernah nampak Ariyan lari kejar Nazmi yang curi karipap dia. Memang laju noharom. Tipislah peluang aku nak menang!

"Ini acara wajib aku. Almaklumlah johan berturut-turut" Sambil bercakap, aku perasan hidung Ariyan kembang kuncup. Nasib baik hensem tak hilang.

"Ceit"

Aku mula meregangkan otot sambil menunggu arahan. Kalau nak buat analisis, aku tak jamin pun akan menang. Lawan lelaki kot. Bukannya nak buat idea yang perempuan lemah tapi dalam kes ni memang aku macam tak ada harapan. Aku mengerling pula ke arah Haikal yang berada di lane paling hujung. Fuh nampak yakin.

Sempat juga aku mengusya otot kaki semua peserta. Bukan main kental. Kalau aku pakai seluar pendek dengan legging macam kebanyakkan diorang sekarang ni, sah-sahlah aku nampak bagaikan seekor sotong berlagak gagah dalam sekumpulan singa.

Itu bukan peribahasa tau. Korang jangan guna pulak dalam karangan bahasa melayu. Karang korang yang layu kena belasah dengan cikgu.

"Runner! On your mark." Arah si penembak pistol. Aduh kenapa guna pistol? Bertambah gementarlah aku dibuatnya.

"Get set" Aku menaikkan sedikit kedudukan kaki kiri, bersedia untuk berlepas.

Bunyi ledakan pistol mengejutkan aku. Dalam gerakan perlahan, aku dapat melihat peserta yang lain sudah pun berlepas. Ah terleka! Tak mahu membuang masa, aku terus memecut laju. Aku memerah segala tenaga dan kudrat yang aku ada.

Seperti mana lajunya Ariyan berlari, sebegitu lajulah aku kalah. Cis! Dapat nombor 5. Nampaknya Ariyan tak tipu tentang menjadi juara bertahan. Haikal pula, mungkin tiada rezeki seperti aku, mendapat tempat ke-4.

"Good game Shah!" Anis menjerit dari jauh. Lee, Nazmi, Ed dan Thaqid yang melihat aku di tepi padang semuanya bersorak gembira untuk aku. Ariyan mencebik apabila tiada seorang Lanets pun mengucapkan tahniah setelah bersusah payah dia menjuarai acara itu. Tapi dia patut bersyukur pelajar perempuan semuanya menyokong dia.

"Congrats Shah" Ariyan tersengih pada aku dengan nafas yang masih tercungap-cungap.

"Beb aku tahu aku kalah kau menang jangan perli aku sampai macam tu sekali perit beb"

"Aku tak perli kaulah! Kau dikira hebat tau dapat tempat ke-5 daripada 8 orang. 8 orang lelaki bukan perempuan"

"Hmmm yelah terima kasih" walaupun apa yang Ariyan cakap betul, ianya tetap tak dapat mengubah fakta yang aku dah kalah. Aduh.

"Tak apa Shah. Kau tetap menang dihati aku. Cia" Sempat dia mengenyit sebelah mata.

"Gelilah gila" Ha ha geli geli pun hati gua berdebar. Cis tak guna punya Ariyan.

"Congrats sayang!" Ha.. Datang dah minah ni. Dengan cap adidas warna pink, t-shirt biru dan skirt hitam, beth berlari anak menerpa ke arah Ariyan.

"Ini memang makanan I" sempat Ariyan bergurau.

"Nanti lepas habis jom I belanja Sushi King" Ajak Beth sambil tangan sibuk mengelap peluh di dahi Ariyan. Namun Ariyan cepat-cepat mengambil tuala tersebut dan melakukannya sendiri.

"Sorry sayang. Lepas ni Lanets ada hal"

Ew ergh bwuek Ariyan panggil dia sayang.

Ok aku tau tu benda normal untuk Lanets. Panggilan ni semua pun client yang tetapkan.

Tapi, Ariyan kut. Ew.

"Kau apahal Shah" Tiba-tiba Ariyan merenung aku dengan pandangan mendung. Nampak ketara sangat ke yang aku tengah geli?

"Tadepape"

"Shah pun congrats jugak!" Beth akhirnya sedar kewujudan aku. Ceh minah ni nak tunjuk baik ke apa?

Ish. Aku overthinking sangat ni.

"Pst. Shah" Ariyan cuba berbisik sesuatu pada aku. Beth pula sudah berlari ke tempat menonton semula kerana matahari semakin terik.

"Apa?"

"Kau ada lagi satu acara kan lepas ni?"

"Ha'ah. 4×400 meter."

"Dapat nombor satu, dan aku akan belanja kau Sushi King lepas semua dah habis"

"Eh tadi bukan kau kata ada hal dengan Lanets ke?"

"Eh aku ada cakap ke?" Ariyan tersenyum senget, pura-pura terlupa.

Dah terang lagi bersuluh, dia baru saja tipu Beth.

LanetsWhere stories live. Discover now