0 2

58.9K 5.3K 1.2K
                                    

"Urm.. Hello?" Untuk kali yang ketiga, aku berkata.

Pelik.

Bilik muzik ni kosong dan gelap. Aku kena tipu ke? Ingatkan ada ice-cream free tadi. Dasar fake hope.

Aku baru sahaja berura-ura mahu pulang sebelum tangan aku disentap kuat dari dalam. Badanku yang ringan ditarik dengan mudah oleh tangan asing itu, masuk ke dalam.

Suasana gelap. Bunyi pintu dikunci kedengaran. Aku mula meneguk air liur sendiri.

Sedar-sedar saja, aku sedang duduk di atas kerusi. Hoodie yang terletak diatas kepala aku tarik lagi, biar menutupi muka. Kot-kotlah ada suster ngesot nak buat jumpscare ke en.

Spotlight berwarna putih tiba-tiba menyuluh di atas kepala aku.

"Hye Shah. Nama kau Shah kan?" Satu suara menyapa. Aku mengangguk perlahan sambil cuba mencari tuan punya suara namun keadaan sekeliling sangat gelap.

"Sekarang Shah, aku nak kau kasi satu pickupline"

"Sorry?"

"Cepat! Aku bunuh jugak engkau kang"

"Uhh apa beza awak dengan dadah?" Kataku takut-takut.

"Saya halal dadah haram?" Suara itu meneka.

"Urm tak. Tak ada beza. Dua-dua buat saya ketagih.. Ha.. Cia"

Suara itu terdiam seketika sebelum bunyi bisikan seperti sekumpulan orang sedang berbincang kedengaran.

"Ok Shah. Ujian ke dua. Aku nak kau berdiri elok-elok. Turunkan hoodie kau tu. Kitorang nak tengok muka kau dengan lebih jelas" Suara kali ini berbeza dengan suara tadi bermakna mereka tidak keseorangan.

"Cepat Shah! Kalau tak aku bocorkan rahsia terbesar kau!"

"R-rahsia terbesar?" Jangan cakap diorang ni tahu yang aku pernah tercirit dalam kain masa tingkatan 4 kat sekolah lama. Oh no oh no.

"Ha cepat kasi kitorang tengok muka kau!"

"Ye ye sabarlah!" Aku dengan penuh terpaksa, menarik hoodie aku jatuh. Kepalaku digeleng lembut apabila rambut pendekku menutupi sebahagian muka.

Suasana menjadi sunyi seperti tanah kubur musim dua. Tiba-tiba, lampu bilik muzik terbuka terang.

Ketika itu, barulah aku boleh nampak dengan jelas, terdapat lima orang pelajar lelaki di hadapan aku.

Sekejap.

Aku kenal diorang.

Ini Lanets. Group yang dapat duit daripada perniagaan pelik mereka. Masa mula-mula masuk sini, memang ramai yang bercakap pasal diorang. Aku pun jadi automatik kenal.

Apa yang diorang nak daripada aku?

Suruh kasi pickup line, nak tengok muka, nama bermula dari huruf S, hmmmm... jangan cakap diorang tengah cari ahli baru

"Boleh tahan gak kau ni" Pelajar lelaki yang dikenali dengan nama Lee meneliti aku dari atas hingga bawah.

"Sorry tapi aku-"

"Muka acah-acah korea siut!" Ariyan iaitu ahli Lanets yang paling tinggi, kelihatan teruja lalu memotong kata-kataku. Okay aku tahu muka korang semua mix 38 buah negara, tak payah nak ' siut' kan muka aku

"Aku-" Aku cuba lagi tapi gagal.

"Arghh insecure insecure!" Nazmi, junior aku yang berada di tingkatan empat memeluk tubuhnya sendiri.

"...." Ini patut kena lempang ke pijak?

"Kita ambik dia ah guys. Dari tadi audition semua acah nak jadi kita. Tengok dia ni. Original!" Cadang Ed. Kaca matanya diangkat ke atas.

Aku dah penat nak cakap yang aku perempuan.

Kini semua mata memandang Thaqid, pelajar tahun akhir Gold High. Yup, tingkatan 6. Aku dengar yang dia ni serious dan kurang bercakap.

Tak lama kemudian, dia mengangguk. Serta-merta mereka bersorak.

"Akhirnyaaaa OCD aku telah tenang!!" Aku tak tahu apa yang Lee sedang merepek.

"Selamat datang ahli baru Lanets!!" Kata mereka serentak. Masing-masing mendepakan tangan, konon 'warm welcome'

"Laknet" Tanpa sengaja aku tercarut. Apahal ramai sangat mangkuk kat sekolah ni huhuhu. Lahanat tul.

"Jom Shah. Singgah apartment kitorang sat. Nak tambah details kau kat website kitorang" Lee memautkan lengannya dileher aku. Aku perasan yang dia terpaksa berbongkok untuk berbuat demikian. Rasa terhina pula.

"Sorry. Tapi aku betul-betul tak berminat" Aku menurunkan tangan Lee. Keadaan jadi janggal. Masing-masing mengeras.

"Lol" Tambahku dengan sengihan janggal. Orang kata perkataan lol buatkan benda jadi kurang serious dan ternyata itu semua adalah pembohongan.

Perlahan-lahan, aku mengundur untuk keluar.

"PLAN B!" Nazmi tiba-tiba menjerit. Masing-masing bergerak ke posisi mereka. Badan aku terasa seperti diangkat.

"Hey lepaslah!" Aku memukul Ariyan yang sedang memikulku. Ariyan kemudiannya mendirikan aku di atas sebuah meja yang boleh tahan tinggi.

Apa yang diorang nak buat?

Nazmi,Lee dan Edhan datang dari arah yang lain, mengangkat sebuah pasu antik besar lalu diletakkan disebelahku.

Aku masih tak faham apa yang sedang berlaku.

Kini tiba giliran Thaqid memainkan peranan. Dia datang dari arah yang satu lagi, lalu meletakkan seekor....

....Lipas?

"ARGHHH!!!" Aku jadi panik. Otak aku tak berfungsi walaupun saintis kata otak manusia berfungsi 24 jam. Tanpa berfikir panjang, aku melompat turun daripada meja.

Dan, saat kaki aku terlanggar pasu antik disebelah aku, baru aku faham.

PRANG!

Bunyi pasu pecah. Lanets masing-masing membuat muka terkejut.

"Pasu antik yang kita beli dua tahun lepas!!" Ed melutut lalu melihat serpihan kaca dengan pandangan yang sayu.

Hey hey apa ni?

"Pasu 3 Million ringgit kita!!"

Oi agak ah tiga million!

Lanets memandang aku tajam. Lee berjalan ke arah aku perlahan.

"Kau tak ada pilihan lain Shah.. Kau kena kerja dengan kitorang untuk bayar semula pasu tu" Lee meletakkan tangannya di atas bahu aku.

"Aku tetap tak nak! Bukan salah aku!" Aku menepis tangannya.

"Tak ada pilihan lain guys. Kena bawak pergi perbicaraan mahkamah. Lagipun tak ada saksi. Mesti kita menang" Cadang Ariyan.

Aku terdiam. Ada betul juganya kata-kata diorang. Nak melawan sekarang tak ada guna.

Hmmm camne boleh kena buli ni?

Aku mengeluh.

"Fine"

LanetsWhere stories live. Discover now