8 2

6.3K 1K 285
                                    

Aku mengipas-ngipas diri menggunakan kertas tentatif hari graduasi. Walaupun dewan ini berpenghawa dingin, namun muka aku kekal panas dari pagi.

'Muka jangan ketat sangat'

Mesej dari Alang masuk. Aku jeling Alang yang duduk bersama Aidil dan Abang Airil di bahagian atas. Alang mengangkat dua ibu jari tinggi sambil senyum nampak gigi.

Mana aku tak buat muka? Abang-abang aku paksa pakai blouse dan skirt panjang untuk hari graduasi ni. Bila aku tak nak, diorang bagitau Mama. Pastu habis panjang lebar aku kena leter dengan Mama.

"Dah tu takkan nak pakai jeans?"

"Shah nak pakai suit la ma. Tuxedo. Full. Peh mesti smart."

"Engko muka jambu Shah! Kan comel pakai feminin sikit."

Abang-abang aku pun satu. Diorang yang besarkan aku dengan hoodie beserta seluar. Bila aku dah selesa, diorang marah aku sebab tak reti dress up macam perempuan.

Aku selitkan rambut aku ke belakang telinga. Sebulan menunggu hari graduasi, sedar tak sedar, rambut aku sudah tumbuh menutupi leher. Masih hensem, don't worry.

Jubah graduasi aku angkat naik, kemudian kemeja yang aku tuck in ke dalam skirt panjang diperkemaskan.

'Shah, senonoh sikit'

Kali ini mesej dari Abang Airil. Aku buat tak tahu. Awalnya kena paksa pakai blouse. Tapi blouse yang Abang Airil bawak balik memang jauh sekali dari style aku. Tangan beropol, lepas tu ada riben besar kat belakang. Ha kot ye pun nak mengembalikan fashion sense aku ke jalan yang benar, bukan begitu caranya. Jadi aku berdegil nak pakai kemeja berwarna koko aku. Kemeja itu dipadankan dengan skirt paras bawah lutut. Kaki belah bawah pula aku sarungkan dengan stokin hitam panjang.

Aku pandang ke kanan, di mana terletaknya kelas 5 Magenta. Fuh kemas Ariyan hari ni. Biasa rambut sarang burung. Hari ni dia sikat rapi. Pandangan dialihkan pula ke kiri, ke arah kelas 5 Violet. Ed dan Lee duduk bersebelahan. Lee perasan aku pandang dia. Dia angkat telapak tangan, tanda sekejap. Kemudian Lee keluarkan phone dan tulis sesuatu. Skrin telefon lalu diangkat.

'COMEL'

Aku kerutkan hidung tanda tak suka. Fokus dikembalikan kepada pengerusi majlis yang berdiri dan tidak duduk atas kerusi.

"And now, GHS graduates, please come up on stage once your name is called... starting from Home Economic class, 5 Jade, Aamelia Ann Williams... Abby Susana Binti Jauhari Jusoh..."

So this is it. Aku fikir pada diri sendiri. Pengakhiran zaman persekolahan aku. Walaupun cuma dapat merasa kurang setahun saja di Gold High School, tak boleh dinafikan pengalaman di sekolah ini adalah yang terbaik berbanding sekolah lama aku. Mana taknya, makanan kafeteria sedap sedap. Sekolah lama dulu mampu makan bihun sup bodo-bodo je.

Tahun yang paling aku hargai. Rasa sayang nak lepaskan waktu ni. Kalau boleh aku nak telan Elsa supaya dapat kuasa untuk bekukan waktu. Lagi-lagi waktu yang aku luang bersama Lanets. Sumpah, kalau tak kerana Lanets, aku tak rasa tahun akhir persekolahan aku akan jadi seronok macam ni sekali.

Aku bangun dari tempat duduk apabila giliran kelas aku untuk ambil skrol graduasi tiba. Kami berjalan penuh tertib untuk naik ke atas pentas seorang demi seorang. Pandangan aku campakkan kembali ke arah tempat duduk pelajar. Ed sedang bersembang dengan rakan sekelasnya. Lee sibuk mengambil selfie bersama pelajar-pelajar yang duduk belakang dia. Ariyan pula sedang betulkan tali leher pelajar lelaki yang duduk di sebelahnya.

Saat-saat seperti ini yang buatkan aku sedar. Aku hanya ada diorang. Tapi diorang ada yang lain selain aku. Kawan aku cumalah Anis dan Lanets. Tapi Lanets, mereka ada banyak lagi kawan selain aku. Mungkin aku ni cuma 'salah seorang kawan'.

LanetsWhere stories live. Discover now