6 2

34.3K 3.5K 492
                                    

Separuh muka aku terasa panas. Terpisat-pisat aku cuba membuka mata, mencari punca haba yang tidak diundang itu.

Sebaik sahaja retina aku menangkap cahaya di sekeliling, aku dapati aku berada di tempat duduk penumpang kereta Aidil. Pantas tangan aku menarik 'sun visor' turun. Kepala aku terasa berdenyut-denyut.

Aku menghidupkan iPhone 5s Aidil yang terletak di atas dashboard. Baru pukul sebelas setengah. Awal pulak aku balik?

Kejadian di sekolah serta-merta mengetuk kotak memori aku, menjawab persoalan sebentar tadi. There it goes, my high school life. Tak guna benar betina-betina tu. One one one lah. Dasar pengecut.

Tekak aku terasa kering dan perit. Botol air sea master yang diletakkan di compartment kereta aku teguk tanpa berfikir dua kali. Badan aku terasa sengal dalam setiap pergerakkan.

Pintu kereta terkuak buka, menyebabkan bunyi kereta yang lalu-lalang di luar kedengaran sangat kuat. Aidil yang lengkap berkemeja hitam masuk ke dalam kereta sebelum menutup pintu kembali. Melihatkan tag pelajar yang masih tergantung di lehernya, aku buat andaian dia ni baru balik sekolah.

"Huh? Bangun dah?" Soalnya sambil tangan menghidupkan radio kereta. Iklan kicap Jalen dimainkan.

"Eh tak. Tengah koma ni."

"Har har. Nah makan ni." Satu plastik yang berat dihulurkan pada aku. "Lepas tu kita pergi klinik."

"Kalau dapat ubat, aku tak nak. Balik rumah nanti, rehat-rehat sikit, eloklah demam." Omel aku sambil tangan lincah mengeluarkan sebekas nasi goreng kampung dari dalam plastik. Walaupun selera aku sifar, perut aku betul-betul kosong sekarang.

"Dah nama pun klinik, mestilah dapat ubat. Takkan pergi klinik dapat kucing pulak halamak."

"Aku tak suka ubat."

"Aku bagitau mama kau kena buli karang."

"What the ikan Aidil? What the ikan? Aku tak kena buli. Kitorang gaduh tadi. Aku tak sihat pulak. Itu yang kalah tu."

"IQ kau ni jatuh menjunam bak ekonomi Malaysia gamaknya. Lagilah Mama marah kalau tahu kau gaduh bertumbuk dengan budak sekolah. Tapi apa-apa pun, kawan-kawan kau dah cerita semua benda kat aku masa aku datang ambik kau tadi."

"Kawan?"

"Ha'ah. Budak lelaki lima orang tu. Sorang pendek-pendek, sorang pendiam, sorang pakai speck frame transparent, lagi dua, tinggi tiang. Oh ada lagi sorang. Perempuan."

"Anis ke?"

"Nama dia Anis? Ada nombor tak?"

"Tak payah mengada. Dia dah ada boyfriend."

"Hahaha kelakarlah boyfriend dia. Rajin benar jagakan jodoh aku."

"Dil. Alang tahu?" Aku menukar topik sebelum kaki aku tiba-tiba ada di muka Aidil.

"Gila tak tahu? Dia yang call aku suruh ambik kau. Sekolah kau call dia."

Aku mengeluh kecil. Kalau Alang tahu, dah sah-sahlah benda ni akan sampai ke pengetahuan Mama dan Ayah tak lama lagi.

* * * * *

"Shah mana?" Suara Abang Airil yang baru turun dari tangga kedengaran.

"Tu atas sofa tu. Di sebalik selimut- Weh Shah apahal kau pakai selimut aku?! Aduh perempuan ni ikut suka kepala dia je!"

"Ala kasi chancelah. Selimut kau ni tebal bukan main." Aku membalas dengan suara yang serak.

"Tak payahlah! Jangkit virus nanti!" Aidil cuba menarik selimutnya yang membaluti tubuh aku. Aku pula acah-acah mahu gigit tangannya.

LanetsWhere stories live. Discover now