6 8

10.3K 1.6K 943
                                    

"Kembar Thaqid?!" Ujar Lee penuh terkejut sebelum tercekik mentos.

"Lah, korang pun tak tau?"

"Parent dia pun kitorang tak kenal, apatah lagi adik-beradik dia." Kata Nazmi bersahaja.

Suasana senyap seketika. Semua mata kini memandang Thaqid. Thaqid pula merenung kembarnya lama sebelum mengangkat kening kanan dengan riak muka yang dingin.

"Jom balik rumah Aqid." Thaqif akhirnya bersuara.

"No."

"Kalau macam tu aku akan tinggal kat sini sampailah kau setuju balik rumah."

"What? No." Ariyan pandang Thaqif tak percaya. Mungkin jiwa introvert-nya tercabar.

Thaqid bangun dari kerusi. Tangan kanan memegang bahu kiri. Lengan kiri pula dihayunkan dalam satu bulatan besar.

"Woah woah Thaqid bawak bertenang." Ed menahan dada Thaqid. Kedengaran Nazmi dan Lee berdecit di belakang. Tak lain tak bukan kecewa sebab tak dapat nak tengok Thaqid belasah orang.

"Uh Qiffy." Ed memanggil Thaqif.

"Qiffy? Peh macam nama kucing. Meow." Thaqif menggedik.

"Aku tak dengar sangat nama kau tadi. So aku agak je."

"Baik Steffany terus." Lawak Nazmi diabai. Ed sambung bercakap.

"Nyatakan sebab munasabah kenapa kau nak suruh Thaqid balik?"

Thaqif terdiam sejenak tatkala soalan tersebut diajukan.

Tiba-tiba, dia ketawa. Semakin lama, semakin kuat. Sebelah tangan memegang perut seolah-olah mahu menghalang six pack daripada terkeluar. Tangan yang sebelah lagi digunakan untuk menepuk-nepuk peha.

"ARGH!" Jeritnya apabila dia terlupa peha dia lebam. Muka dia macam malu kejap tapi dia gagahkan sambung ketawa. "Haih kelakar betul soalan kau."

Kami semua memandang antara satu sama lain. Jaranglah nak jumpa orang kurang sel otak selain daripada Lee dengan Nazmi. Paling paling pun Hadzim je.

Thaqif bangun daripada kerusi. Kedua-dua tangannya digenggam bersama. Dia menarik nafas dalam sebelum berkata. "Thaqid. Ayah nak kau warisi syarikat."

"Booo, hambar." Nazmi halakan ibu jarinya ke bawah. 

"Stupid company." Thaqid menggulingkan matanya. Woah woah diorang ni serious ke pasal warisi syarikat? Fikir ni drama pukul 7 ke apa?

"Kau jangan jadi anak derhaka eh Aqid. Hormatlah sikit titik peluh Ayah."

"Respect is due. Kalau dia tak layak, dia tak dapat." Ujar Thaqid serious dengan pandangan dingin. Mungkin perasan keadaan jadi tegang kerananya, dia mengeluh kecil.

"Sorry. Aku keluar jap." Thaqid capai dompetnya di atas meja. Percy yang baru keluar dari bilik mengekori Thaqid macam anak itik. Thaqid cuma mengusap kucing tersebut sambil membuat isyarat untuk duduk diam. Selepas itu, dia keluar dari rumah.

Kami semua terkebil-kebil cuba menghadam Thaqid yang emo. Tak sangka dia boleh jadi sensitif macam ni.

"Boleh terang tak?" Gesa Ariyan pada Thaqif.

"Boleh. Tapi lepas aku usap kucing tu." Jawabnya serious. Mata Thaqif bersinar melihat Percy. Agaknya memang keluarga diorang ni suka kucing belaka.

"ARGH!" Daaan nampaknya tangan dia baru saja dicakar.

"Berbaloi?" Soal Ariyan penuh sarkastik.

"Sangat berbaloi."

"Eh dah dah." Ariyan tarik kolar belakang Thaqif, menghalang dia daripada mengejar Percy yang berlari ke arah dapur. "Kata nak terangkan."

Thaqif mendetak lidah tak puas hati namun menurut kata. Dia kembali duduk atas kerusi. "So korang nak tau apa ni?"

"Jom start dengan syarikat bapak korang." Cadang Edhan.

"Ah yes. Rizal Architecture & Design."

"Oh syarikat arkitek? Tapi Thaqid belajar aliran sains. Apahal nak warisi syarikat arkitek pulak?" 

"Ha itulah masalah dia." Thaqif garu kepala. "Macam mana nak cakap eh? Hmm macam ni. Antara kitorang berdua, Ayah prefer Aqid yang ikut jejak dia sebab yeah, dia lagi pandai. Dia lagi matang."

"Yep." Aku mengangguk

"Betul betul." Ariyan turut serta.

"Hm tak perlu bersetuju kot. Anyway, Thaqid-"

"-tak nak jadi arkitek tetapi saintis?" Nazmi meneka.

"The heck? No. Korang boleh senyap sekejap tak? Thaqid, dia memang minat bab-bab seni bina ni. Kalau baca diari sekolah rendah dia, bahagian biodata diri memang dia tulis cita-cita nak jadi arkitek. Tapi sejak Ibu dengan Ayah cerai 2 tahun lepas, dia buat semua benda yang Ayah tak suka."

"Woah woah this gets from 0 to 100 real quick." Senyuman janggal ditayang Ed. "Tak apa ke kau cerita semua benda ni? Sebab Thaqid memang jenis simpan rahsia dia sorang-sorang walaupun dah nak dekat setahun kitorang tinggal sama-sama."

"Apa? Rahsia dia rahsia aku jugak."

"No, aku rasa tak selesa." Kali ini Ariyan pula yang bersuara. "Benda benda macam ni patutnya dia sendiri yang bagitau, bukan kau."

"Hmph. Tadi suruh terangkan. Pastu marah aku pulak." Thaqif muncungkan mulut dengan mata berair. Dia sedar tak sebenarnya dalam rumah ni sekarang dia paling tua?

"Jadi.. what now?" Aku menyoal penuh janggal sambil menghalakan tangan pada Lee. Lee pantas memahami keinginan aku lalu meletakkan dua biji mentos.

"Just give him time. Dia cukup matang untuk handle benda-benda macam ni. He's not the type to leave people in the dark." Jawapan Ed dibalas anggukkan kecil dari yang lain.

Sebenak-benak Lanets, kadang-kadang matang juga. Tapi itulah, keputusan matang tak semestinya akan dapat hasil yang bagus.

Sebab pada malam hari yang sama, sewaktu sedang aku meletakkan ubat gigi colgate ke atas berus gigi yang sudah agak kembang, aku dapat panggilan daripada Edhan.

"Hello? Kenapa call pukul 12 ni Ed? Rindu ke?"

"Thaqid ada call kau tak?"

"Tak ada. Kenapa?"

"Dia still tak balik. Bila kitorang call, terus masuk mailbox."

Aku terdiam. "Korang nak pergi cari Thaqid ke?"

"Tak. Tak apa. Nak dekat pukul 1 dah ni. Sorry kacau. Good night Shah."

"Oh. Okay. Good night."

Aku campak fon ke atas katil sebelum melangkah kembali ke dalam bilik air untuk gosok gigi. Pandangan aku jadi kabur akibat kehilangan fokus.

Thaqid, dia okay ke? 

A/N

such a long time for such a short chapter hahahah padan muka korang. anyway i took a lot of time sebab terpaksa review balik cerita ni. i tak ingat i dah kasi nama ke belum dekat bapak thaqid and wether i pernah mention thaqid aliran apa for his form 6 hahahahah. rasanya tak ada. 

ah and these past few weeks i received some messages asking about my instagram. i dulu accept je followers from wattpad tapi i dah migrate ke private account with 100+ followers only hehe. but i created a new  instagram account for my creative sharings if anyone still want (@its.zunally).


okay itu saja. jumpa lagi  6 bulan akan datang <333

LanetsWhere stories live. Discover now