4 9

34.9K 3.6K 538
                                    

Macam mana? Macam mana Beth tahu? Anis ke? Takkanlah. Anis terlalu innocent untuk itu. Tak pun, Ariyan. Ya, Ariyan. Suspek utama aku memandangkan hubungan dia dengan Beth bukan main rapat sejak dua menjak ni.

Apa patut aku buat?

Bagitahu Lanets?

Eh! Maksud aku Lanhets.

Ke nak bunuh Ariyan? Tak pun bunuh Beth? Dua pilihan ni nampaknya betul-betul menggoda. Tapi aku kena sabar. Tak boleh buat keputusan melulu. Kena fikir dulu senjata apa nak pakai, tempat pembunuhan, cara nak hapuskan bukti.

Mungkin aku boleh gunakan basikal Ariyan sebagai senjata. Bila Ariyan datang, aku campak basikal tu kat kepala dia. Bolehlah guna peribahasa senjata makan tuan. Kalau lepas kena hempap dengan basikal sendiri tak mati lagi, aku mungkin boleh cuba racun makanan tengahari dia.

Tak boleh juga. Dia mana rehat dengan kitorang kebelakangan ni. Mana dia pergi eh? Lepak dengan Beth kut? Tapi waktu kitorang rehat, Beth sepatutnya belajar kan?

Oh! Tak salah lagi! Mesti Beth ponteng untuk jumpa Ariyan! Kalau macam tu, aku cuma perlu cari tempat diorang ponteng, lepas tu lapor pada cikgu, lepastu kena buang sekolah oh yei yei.

"Class dismiss." Suara Mrs Hajar akhirnya menembusi kotak pendengaran aku. Sepanjang satu jam subjek Ekonomi berlangsung, hanya dua perkataan itu saja aku mampu dengar.

You'll hear, only what you wanna hear.

Aku lantas bangun dari tempat duduk, berlari ke luar kelas. Lantaklah meja bersepah ke apa.

Sampai di hadapan 5 Magenta, aku mendapati sesi pelajaran mereka masih berlangsung. Bagus. Rancangan aku, nak ikut Ariyan senyap-senyap bila dia keluar kelas supaya aku tau ke mana dia pergi.

"Thank you Teacher Mina." Paduan suara pelajar 5 Magenta tersebut menandakan kelas mereka telah tamat. Segera aku menyorok di belakang sebatang pokok dalam pasu yang terdapat di tepi kelas. Tak lama kemudian, 5 Magenta mula memuntahkan pelajar. Mula-mula dua orang murid perempuan keluar. Lepastu tiga, lepastu cikgu, lepastu satu geng lelaki keluar, hm pelik. Aku tak nampak pulak kelibat Ariyan.

Mungkin Ariyan jenis keluar lambat kot?

Aku setia berdiri di belakang pokok, memerhatikan pintu 5 Magenta melalui celah-celah daun.

"Kau buat apa ni?" Satu suara menegur aku dari belakang membuatkan aku sedikit tersentak.

"Kau buat apa kat sini?" Aku memandang Nazmi yang sedang menyedut sekotak susu strawberi sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Blazernya disangkut pada bahu sementara lengan kemeja kemeja putihnya dilipat hingga paras siku.

"Aku baru habis rehat ah. Nak jalan balik kelas."

"Tak masalahnya sekarang, kelas kau kat blok sebelah kan? Asal nak lalu sini lak?"

"Saja ikut jalan jauh." Nazmi mengangkat bahunya bersahaja.

"Weh pendek. Alang-alang kau kat sini, boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa?"

"Tengok apa benda Ariyan buat kat dalam tu? Basuh papan putih ke apa tak keluar keluar ni?"

"Asal tak tengok sendiri?"

"Tak boleh ke?"

"Tak."

"Hm."

"Hm hm?"

"TENGOK JELAH!" Aku menjerkah Nazmi yang annoying tahap Hadzim.

"Ok ok." Nazmi akhirnya berjalan ke arah pintu kelas 5 Magenta. Dia mengintai ke dalam menerusi tingkap pada pintu. Dia juga menjengket untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas.

LanetsWhere stories live. Discover now