0 7

47.4K 4.7K 778
                                    

Aku menggigit bibir sendiri. Nak tak nak, aku kena layan jugak minah ni.

"Erm.. Ssup?"

Bunyi Ed mengeluh pasrah kedengaran.

"He is hopeless"

"She is hopeless" Ariyan membetulkan ayat Ed.

Lily di hadapan aku mengangkat keningnya. Keadaan terasa sangat janggal.

"So.. Apa persamaan awak dengan setan?" Cubaan kedua aku lakukan.

"Menggoda?"

"Nu-uh. Kedua-duanya panas. Hot. Got it? Damn girl you're hot. Ha ha ha" Gila ah. Berpeluh aku buat kerja ni.

"Awh. Thank youuu. Erm Shah. Apa nama penuh you eh?"

Ah sudah. Fikir Shah. Fikir.

"Shah binti Shahrim"

"Binti?"

"Maksud aku Bin! Eh. Maksud I Bin. You jangan salah anggap eh bay- baby-uhh-babygirl" Sumpah balik ni aku kena samak lidah.

"You ni funny lah" Lily tersipu. Oh gosh dia ni memang tak ada taste dalam lawak ke?

Tak lama kemudian, makanan akhirnya tiba. Aku terus menyambar pinggan aku dan mula melantak.

"Oi Shah! Suap dia!" Arah Ed.

"Ew. Geli ah air liur"

"Air liur I ke?" Lily nampak agak terkesan.

Aish. Kalau dia tak gembira dengan servis aku, macam mana nak dapat rating 5 bintang dari dia?

Aku menampar lembut tangan Lily yang sedang memotong steak. Mungkin terkejut, Lily melepaskan pisau dan garfu yang sedang digunakannya tadi. Jap kenapa tangan dia merah? Aku tampar kuat ke? Ah lantak.

Aku mencapai garfu Lily. Steak yang telah dipotong aku tikam menggunakan garfu lalu diangkat ke hadapan muka Lily.

"Say Aaa"

"Aaahhhh" Eh dia ni lebih lebih lak. Tak tunggu lama, terus aku menyuapkan ketulan daging itu ke dalam mulutnya. Muka Lily memerah. Kalau aku bagitau yang aku ni kaum sejenis, Lily ni mati terkejut tak?

Nak try?

No no better not.

"Shah. Time's up. You can go now. Kasi dia hadiah and business card sebelum kau pergi" Aku mengangguk kecil mendengar arahan Ed. Lah dia ni guna servis 30 minit je ke?

"I kena pergi sekarang" Kataku dengan penuh karisma (ecewah). Lily cuma memuncungkan mulutnya memandang aku.

"Take care babygirl. You are pretty, beautiful, elegant, smart, dog, generous, big hearted and everything nice" Nak 5 stars punya pasal, aku keluarkan segala jenis pujian yang terlintas untuk kali yang terakhir.

"I tak faham sangat English tapi ahh so sweet!" Kata Lily dengan muka yang bahagia.

"Nah. For you and only you" Aku meletakkan kotak rantai di atas tangan Lily beserta business card. Kenyitan mata yang tak macam kenyitan turut aku berikan disertai senyuman lebar.

"Rate me 5 stars okay?" Tambahku.

* * * * *

"Congratulations Shah, @Lilyloveyou baru rate 5 stars untuk servis kau" Lee menunjukkan paparan website Lanets melalui tabletnya.

"Okay nice sekarang hantar aku balik" Aku mengelap peluh yang sudah mula berkampung di dahi.

"Eh eh. Kau ingat aku driver kau? I-Yam pun kena berehat!" Nazmi menggeleng laju.

"Ayam?"

"I-Yam. I-Y-A-M"

"The hell is that?"

"Yo yo language Shah"

"Nama van budak ni" Ariyan menyampuk.

"Banyak-banyak nama, nama tu jugak kau guna??"

"Dia fikir nama tu kelakar" Jawab Ariyan lagi.

"Hey kelakar apa. Like 'Guys. Jom pergi mall naik I-yam' Ha kelakar en?"

Angin bertiup. Cengkerik berbunyi.

"Anyways Shah, kau ada 2 lagi janji temu hari ni. Nasib kau baik, salah seorang pelanggan cancel last minute sebab ada hal. That makes it one date only. So.. Kita ada masa lagi sejam" Terang Lee panjang.

"Sejam? Nak buat apa sejam? Tak kan terkandas dalam Ayam ni je?"

"Nice. Aku nak tidur" Ariyan mengeluarkan eye mask merah jambu lalu dipakainya.

"Bangun manusia paling tak produktif! Jom kita keluar menikmati cahaya matahari!" Lee memukul punggung Ariyan.

"Urghh nak keluar pergi mana?" Ariyan menutup punggungnya dengan bantal, takut-takut dicemari lagi.

Masing-masing terdiam.

"Ice-cream?" Yes. Kalau yang jenis cakap sepatah ni, tak lain tak bukan Thaqid.

Dan, begitulah bagaimana aku diheret lima orang jejaka ke kedai aiskrim mewah.

"Gila. 24 ringgit untuk aiskrim? Come onn" Terbeliak mata aku melihat menu.

"Apa? Standardlah?" Nazmi, anak orang senang yang tak pernah hidup susah memandang aku penuh tak bersalah.

"Aiskrim paling mahal aku pernah beli pun 6 ringgit je. Itupun dekat USS"

"Shah, usah risau. Nazmi belanja" Lee tersenyum.

"Everytime. Dah cepat korang nak apa? Aku order" Sebuah eye roll Nazmi hadiahkan pada Lee.

"Aku nak Almond Divinity ni" Lee menunjukkan jarinya pada gambar aiskrim yang mempunyai details;

Almond ice cream with marshmallow and almonds

"Kasi aku blueberry cobbler" Pesan Ed. Aku melihat details ais krim yang Ed pesan.

Vanilla ice cream with blueberry swirls and cinnamon vanilla cake crunch.

"Boston cream pie satu" Kata Ariyan. Aku segera mencari nama aiskrim tersebut lalu membaca details-nya.

Vanille eclair ice cream, fudge swirls and pie pieces.

"Butter Brickle" Aku meneliti details aiskrim yang Thaqid pesan.

Salted caramel ice cream with chocolate covered toffee bits

"Shah? Kau nak apa?"

"Erm jap" Aku masih lagi meneliti menu. Terlalu banyak pilihan. Akhirnya, aku memesan Dip dish apple pie kerana details-nya tampak menarik ; Apple ice-cream with apple swirls and cinnamon vanilla cake crunch.

Nazmi mengangguk kemudian beredar ke kaunter untuk membuat pesanan. Kedai saja mewah tapi pesanan kena pick up sendiri.

Sementara menunggu pesanan siap, Lee dan Ed bermain bomba. Tau bomba? Bomba bom bomba black bomba white. Tahu?

Ariyan yang duduk di hadapan aku pula menongkat dagunya lalu tidur. Thaqid? Dia tengah main dengan kucing bawah meja.

Tak tahu apa yang patut aku lakukan, aku cuma meliarkan pandangan di sekeliling kedai. Kedai ni agak gelap sebab lighting warna kuning malap. Hipster lah kot. Kemudian aku alihkan pandangan pada salah seorang cashier. Fuh cashier dia kemain kacak.

"Urm sorry guys. Boleh tumpang tanya?" Satu suara menyapa kami. Kami berlima memusingkan badan untuk melihat tuan suara tersebut.

Aku salah tengok ke?

Aku mengelipkan mata beberapa kali.

Oh no.

Bukan dia.

Please. Bukan dia.

A-apa dia buat dekat sini?

LanetsWhere stories live. Discover now