8 3 (A K H I R)

9.4K 1.3K 625
                                    

Empat pasang mata setia mengekori Myvi merah yang baru sahaja memecut pergi.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Srrrt

Sebuah lagi kereta berhenti mengejut. Tetapi kali ini bukan dari seberang jalan, namun betul-betul di hadapan kami. Ah sudah. Turn kitorang pulak ke nak kena culik? Nazmi aku fahamlah kalau kena culik pun. Anak orang kaya. Aku ni, pergi sekolah pun naik kereta second hand abang.

Kereta hitam itu cerminnya diturunkan.

"In." Kata pemandu hensem itu. Dia kelihatan memakai sut hitam beserta-

"THAQID?!" Soal aku tidak percaya, seolah-olah beliau baru dibakar dan abu mayatnya dicampak ke Sungai Besi tempoh hari.

"What the f-" Lee laju menutup mulut Ariyan. "Kita tak sebut perkataan tu dalam cerita ni Ari. Kasar sangat." Tambah Lee.

"Nanti terang. Masuk dulu." kata Thaqid sambil mata fokus di jalan, memerhati arah kereta Myvi merah tadi. Kami yang sedar akan keseriusan keadaan, walaupun readers gelak je Nami kena culik, lantas masuk ke dalam.

Sebaik saja aku duduk di tempat duduk penumpang, Thaqid tiba-tiba merapat dengan aku. Ingat nak peluk. Dia tarik tali pinggang keledar rupanya. Ek eleh.

"Belakang pun. Pakai." Arah Thaqid tegas.

"Weh salam apa tak ada. Kau dari mana Qid? Kena sorok bunian ke?" bebel Ed di belakang sambil pakai seatbelt.

"Baca doa." Thaqid menambah.

"Doa?"

Soalan Ed laju terjawab apabila kereta Thaqid memecut laju kehadapan. Dari 0km/h, melompat naik ke 90km/h. Ini jalan biasa ya bukan jalan raya. Kejap lagi aku nak tanya Thaqid doa yang dia suruh baca tadi doa naik kenderaan ke doa mengelak kematian.

"THAQID! THAQID! SLOW WOI AKU MABUK KERETA!" Ed ketuk-ketuk tingkap kereta di belakang.

"Nami kena culik tu." Jawab Thaqid tenang, seolah-olah dia tidak memandu secara berbahaya buat masa itu.

"Everything alright, Thaqid?" Aku, sebagai member Lanets paling waras, bertanyakan khabar.

Thaqid cuma beri senyuman senget sebelum berkata. "Better."

"HOW THE HELL MAMAT NI BOLEH TENANG SAMBIL BAWAK KERETA MACAM BA-"

Lee sekali lagi menekup mulut Ariyan, risau perkataan kasar terkeluar.

"Kiri Qid." Pesan aku yang turut sama setia memerhati arah tuju kereta penculik tersebut. Thaqid pusingkan stereng menggunakan tangan kanan sementara tangan kirinya dipanjangkan ke hadapan aku, risau aku terhantuk cermin.

"Ini bukan prank kan?" Lee memuatkan dirinya di antara seat aku dan Thaqid. "Kenapa kau tiba-tiba kat sini Qid? Kau hilang macam tu je, lepas tu tiba-tiba datang, right after Nami kena culik? Fikir ini cerita Wattpad ke?" Bertubi-tubi soalan ditujukan Lee kepada Thaqid.

"Dah plan nak datang hari ni." Jawab Thaqid bersahaja sambil kereta masih selaju pelesit. "Memang nak jumpa korang hari ni." Tekannya lagi.

"Kenapa hari ni? Kenapa tak sepuluh tahun depan je dah alang-alang hilang dramatik macam tu? Nami murung gila, tahu?" Nada Lee ada rajuk.

Thaqid senyap lagi. Dia pandang cermin belakang. Kemudian, cermin sisi kereta. Seretusnya, dia pandang Lee.

"Sorry." Pandangan dikembalikan kepada jalan. Beberapa kereta sempat membunyikan hon akibat kelajuan melampau Thaqid. "Tak suka. Tunjuk weakness dekat korang."

LanetsWhere stories live. Discover now