6 7

12.7K 1.8K 1.7K
                                    

Kulit ayam KFC yang aku kunyah jatuh menghempas bumi tatkala melihat gambar yang diangkat lelaki tersebut.

"Thaqid??"

"Oh kenal?" Dia angkat kening.

"Boyfriend aku ni gila tak kenal." Ha sajalah aku nak test dia.

"Eleh takkanlah Aqid dah ada girlfriend." Dia ketawa lepas tu sendawa. Bau air pepsi jugalah angin yang keluar dari mulut dia. "Ah sorry. By the way kau tau dia tinggal kat mana?"

"Kau siapa sampai aku perlu bagitau Thaqid tinggal kat mana?"

"Dia keluarga aku."

"Cousin?"

Dia geleng. "Kembar. Aku Thaqif. Dia Thaqid."

Aku tenung dia lama. Memang tak dapat dinafikan ada iras-iras Thaqid. Tapi boleh ke percaya?

Telefon dari kocek seluar aku keluarkan. "Thaqif ya? Jap eh."

Tiba-tiba, pergelangan tangan aku dipegang Thaqif dan dia geleng laju dengan muka gelabah. "Jangan call dia!"

"Ha aku dah agak dah! Kau reka cerita je kan?!"

"Ehh mana ada! Kau tak faham! Kalau Thaqid tau aku cari dia, nanti dia lari!"

"Apakah neraka? Apa masalah kau sebenarnya?"

"Please please please bawa aku jumpa Thaqid. Nanti kau akan faham."

Aku lihat muka dia sekali lagi. Nak ikutkan air muka, nampak terdesak. Tapi nak ikutkan muka fizikal dia..

"Macam mana aku nak pastikan kau bukan samseng jalanan yang tumbuk orang mintak sedekah?"

"Weh jahatnya.." Dia tayang muka terasa hati. Sambil-sambil itu, tangan mengemas bekas bekas makanan ke dalam dulang.

"Taklah, muka kau bercalar berbalut bagai."

Thaqif bangun dari kerusi, berura-ura mahu buang sisa makanan dan pulangkan dulang. Sempat juga dia bercerita. "Oh yang calar kat pipi ni sebab kucing. Kening terbelah ni sebab parut kena gunting waktu aku buat pendidikan seni darjah 3 dulu. Yang plaster kat hidung ni sebab terhantuk almari."

Aku mengangguk perlahan, mengisyaratkan bahawa aku faham tapi masih curiga.

"Jap aku buang ni jap." Thaqif akhirnya mula berjalan. Namun, saat seterusnya membuatkan aku yakin bahawa dia memang bukan seorang samseng dan cerita yang diberitahu tadi adalah benar.

Saat apabila dia tiba-tiba tergelincir dan jatuh. Tangannya sempat menahan badan sendiri daripada terbaring ke atas lantai. Namun, seluarnya terkoyak di bahagian lutut. Sampah-sampah makanan pula habis berterabur.

Careless yang amat. Patutlah dompet boleh kena curi.

Thaqif pandang aku minta simpati. Muka dia memerah, tak tahu sama ada malu atau mahu menangis.

"Sorry, tak kenal." Aku pandang arah lain.


* * * * *

"Assalamualaikum ya ahlil nar." Aku ketuk pintu sebuah unit apartment. Tak sampai seminit, pintu dibuka.

"Oh Shah? Tak cakap nak datang lepas habis kelab?" Ed yang memakai t-shirt putih kelihatan melilit tuala di kepala ala-ala selendang. Dasar.. dahlah tak jawab salam. Busuk pulak tu.

"Kalau aku cakap nak datang korang nak hidang air teh ke apa? Ni nak tanya ni. Thaqid dah balik ke?"

"Thaqid?" Ed pandang atas sekejap. Lepas tu dia pandang belakang. "Ari. Thaqid dah balik ke?"

LanetsWhere stories live. Discover now