4 7

33.2K 3.9K 900
                                    

Aku menyeret kaki, berjalan balik ke kelas penuh lemah longlai. Lahanet betul si Ariyan ni. Tercalar maruah aku.

Tiba di hadapan kelas 5 Scarlet, aku terpaksa menghentikan langkah apabila pelajar kels tersebut berpusu-pusu keluar dari kelas. Hm lama betul aku merenung nasib diri tadi sampai nak balik kelas je dah rehat.

"Atoto Shah tunggu aku ke apa?" Lee yang baru keluar dari kelas meletakkan tangannya di dada sebaik sahaja terlihat aku. Aku menggulingkan mataku ke atas tanda tidak mahu melayan. Beberapa saat kemudian, Ed turut keluar dari kelas 5 Scarlet.

"Eh Shah? Tunggu kitorang ke?" Soalan sama diajukan pada aku. Sebelum sempat aku menggulingkan mata buat kali kedua, Ed menyerang lagi aku dengan soalan.

"Weh. Apahal dengan pipi kau tu?"

"Hah?" Pantas aku menyentuh pipi sendiri. Lebam rupanya. "Oh ini? Tadi-" Aku tidak sempat menghabiskan ayat apabila Ed tiba-tiba menarik lengan aku yang beralas baju lalu mula berjalan laju. Ed dah tahu ke Ariyan tumbuk aku? Serious benar wajah dia.

"Erm Ed. 5 Magenta belah sana."

"Hah? Kau nak buat apa pergi 5 Magenta?" Langkah Ed terhenti.

"Entah. Kau nak bawak aku pergi mana ni?"

"Pergi bilik kesihatanlah Cah oi. Letak ice bag kat lebam tu."

"Oh. Ingatkan nak pergi tumbuk orang yang kasi lebam ni kat aku."

"Itu aku cari kemudian. Tu lebam kau tu, kalau biarkan karang makin melarat. Jom." Ed menyambung kembali perjalanan. Kami terserempak Hadzim di tengah jalan. Tetapi apabila dia tegur aku dengan ayat 'Weh buruknya muka kau,' aku dan Ed pura-pura tidak mengenalinya.

* * * * *

Selepas pulang dari bilik kesihatan dengan sebuah ice bag di tangan, aku dan Ed terus bergerak ke kafeteria untuk menikmati masa rehat yang hanya tinggal 20 minit saja lagi. Sampai saja di meja tetap kami, Lee dan Hadzim sudah pun menula mejamah makanan tengahari mereka.

Aku kadang tak faham macam mana si Hadzim ini ada confident level yang sangat tinggi. Dia ni dahlah baru jadi ahli semalam. Ahli untuk lima hari je pulak tu. Tapi gaya macam dah berkawan baik til jannah. Rehat pun yakin je duduk semeja dengan kitorang.

"Makanlah Shah." Lee menolak sepinggan hidangan beef steak ke arah aku. Aku menggeleng. Tangan kananku setia menekup ice bag pada pipi.

"Shah, punya susah payah aku ambikkan makanan kau tadi. Sos lada hitam ni pun aku tuang penuh kasih sayang tadi kau tahu? Baik kau makan sekarang." Kali ni Ed yang mendesak.

"Makanlah Shah. Bukan selalu kafeteria sekolah sediakan beef steak ni."

"Kalau tak nak kasi aku." Hadzim cuba mencapai makanan tengahari aku namun gagal apabila Ed menampar tangannya kasar.

"Aku tak rasa aku boleh kunyah daging. Pipi aku sakit gila." Aku akhirnya menyatakan sebab aku tidak menjamah apa-apa.

"Lah. Tak apalah Shah, daging ni diorang buat lembut. Cair dalam mulut gitu. Ha sinilah aku potong kecik-kecik. Pastikan kau makan eh! Kalau masuk angin kang aku gak yang susah." Ed menarik pinggan aku ke arahnya lalu mula memotong steak daging kepada saiz yang kecil.

"So, Shah." Lee membuka mulut. "Terangkan."

"Huh?"

"Syaitan mana yang lebamkan muka kau tu?"

Aku membuka mulut untuk menyebut nama Ariyan Akmal penuh yakin. Namun, aku menutup mulut kembali.

Aku terfikir. Patut ke aku bagitau perkara sebenar? Bukan apa, aku takut hubungan diorang dengan Ariyan regang. Aku ni dahlah baru masuk Lanets tahun ni. Takkanlah aku nak hancurkan persahabatan diorang yang diorang bina lebih lama dari tempoh aku kenal diorang. Lagipun ini masalah aku dengan Ariyan. Bukan masalah Ariyan dengan diorang.

LanetsWhere stories live. Discover now