4 4

36.6K 3.8K 623
                                    

"Bye Lee, selamat tinggal Ariyan, babai Ed, pulang dengan selamat Thaqid." Aku melambai kepada empat orang anak muda yang pergi ke arah bertentangan dengan aku sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah. Mereka melambai aku kembali.

"HOII SHAHH. TAK-- KAT-- KE??" Nazmi yang masih di perkarangan sekolah menjerit.

"APA? CAKAP JELAS-JELAS BOLEH TAK?"

"TAK NAK BABAI KAT AKU KE?"

"OH. HA BABAI WAN MUHAMMAD NAZMI."

Nazmi yang berada di dalam helikopter melambai penuh riang. Pintu helikopter ditutup sebelum ia berlepas. Bilah helikopter yang berpusing benar-benar membingitkan telinga. Sampai Nazmi menjerit pun masih tak jelas. Hai apalah masalah budak seorang ni? Perlu ke naik helikopter setiap hari Rabu?

"Perlu. Kalau tak, hadiah helikopter yang syarikat seberang hadiahkan pada ayah aku akan disia-siakan begitu saja. Lebih baik aku guna daripada mereput dalam bangsal kapal terbang." Alasan yang pernah dinyatakan Nazmi suatu ketika dahulu bermain difikiranku.

Aku melirik jam ditangan. 8:39 pm? Cis, harap cantik je jam si Aidil ni. Fungsi kelaut. Menyesal aku ambik senyap-senyap pagi tadi.

Aku menyeluk tangan ke dalam poket seluar, mencari telefon Lenovo aku. Jam dekat phone tepat sikit.

Ha tapi itulah. Seluk punya seluk, tak ada. Hahahahahahahahahahahahahah. Aku tak sepatutnya gelakkan? Tapi inilah cara aku untuk tidak gelabah.

OH MY GOD PHONE AKU HILANG.

Aku memejam mata sendiri, cuba mengingati kali terakhir aku menggunakan telefon.

Waktu rehat tadi ke? Masa aku cuba tangkap gambar Hadzim senyap-senyap tadi?

Okay jangan fikir bukan-bukan. Aku tak suka dia okay? Cuma dia handsome. Itu je.

Tapi, bila diingat semula, lepas rehat aku masih ada phone aku memandangkan aku guna untuk mirror selfie. Mungkin, dalam tandas sekolah.

Satu keluhan berat aku lepaskan. Dah jadi satu hal nak kena masuk balik dalam sekolah.

Tidak membuang masa, aku mula berlari anak ke dalam kawasan sekolah. Sampai di blok B, aku membelok ke kanan. Kemudian, 20 anak tangga aku daki. Aku membelok kiri, melepasi tandas lelaki seterusnya mendaki lagi 10 anak tangga.

Tak semena-mena, aku terasa hentakan keras dikepala.

"S-sorry!" Gadis berkaca mata di hadapan aku menunduk rendah apabila kepala kami berlanggar.

"Eh it's okay. Sorry jugak sebab tak tengok kiri kanan tadi." Kali ini, aku pula yang menunduk rendah kepadanya.

Ha kan senang macam ni? Dah terlanggar, mintak maaf. Tak perlu gaduh-gaduh mahupun melancarkan perang dunia. Benda boleh settle.

Aku tersenyum kecil pada gadis tersebut. Junior rasanya. Gadis itu akhirnya meneruskan perjalanan dengan setin air milo sejuk.

Tin. Air tin.

Oh ya! Aku ada guna phone masa beli air dekat vending machine lepas rehat tadi. Ingat nak search internet cara-cara hack vending machine. Internet lambat pulak. Sakit hati punya pasal, aku termenung dekat bangku tepi mesin tu. Mesti tertinggal kat situ.

Aku memusingkan badan lalu menuruni 10 anak tangga. Sampai di tingkat dua, aku belok ke kanan.

Rasanya korang dah boleh agak aku jumpa siapa.

"Hei Shah. Phone kau ke?" Lelaki itu mengangkat Lenovo aku. Dia nampaknya sedang bersantai minum air teh bunga dalam tin sambil bersilang kaki.

"Erm... yup haha. Thank you." Aku mengambil telefon aku dari tangan Hadzim, penuh janggal. Baru saja aku mahu berura-ura pergi dari situ, Hadzim memanggil.

LanetsWhere stories live. Discover now