1 5

43.3K 4.2K 504
                                    

"Baru balik?" Abang Airil yang sedang berbaring di atas sofa menegur sebaik sahaja aku masuk ke dalam.

"Ha'ah. Dalam dua saat yang lepas?" Kataku dalam nada memerli. Mood aku tengah kacau ada ke dia tanya soalan yang sudah terang jawapannya? Ini semua salah Anis. Lepas jumpa Haikal, terus hantar Haikal dengan Hana balik padahal datang dengan aku cis.

Tapi tak boleh nak marah jugak sebab itu tujuan sebenar rancangan kitorang. Mungkin aku emo sebab Anis ni satu-satunya kawan baik perempuan aku.

"Hari ni abang nak makan kat luar. Nanti abang tinggal duit pandai-pandailah kau dengan Aidil cari makanan"

"Alang tak ada ke?" Biasanya Alang yang memasak dalam rumah ni. Nak harapkan satu-satunya anak dara dalam keluarga? Hahaha aku mungkin penyebab kematian abang-abang aku.

"Alang stay rumah kawan. Dia kata nak siapkan group assignment"

"Dah tu abang Airil ni penyakit apa nak makan kat luar tiba-tiba? Bukan abang tak ada kawan ke?"

"Aku fikir kau ni adik perempuan je Shah" Airil menekup dahinya, cuba menahan marah.

"Hmm Shah tahu. Abang nak jumpa Rai eh? Bukan korang dah break ke?"

"Hal aku tak yah sibuk" Dengan itu, Airil mendaki tangga, meninggalkan aku.

Aku sebenarnya tak berapa suka dengan Rai tu. Tak kesahlah abang aku nak ada girlfriend ke apa tapi kenapa girlfriend dia mesti sebaya dengan aku? Lagi-lagi, Rai tu suka kikis duit Airil. Entah-entah belakang Abang Airil dia ada lelaki lain. Dahlah haritu Ariyan cerita yang dia pernah jadi customer Lanets.

Aku masih ingat lagi raya tahun lepas. Masa aku tengah shopping raya dengan Alang, Abang Airil dan Aidil. Minah tu tergedik-gedik nak ikut.

"Shah. Kau elok ambik baju duyung ni" Alang mengambil satu set baju raya lalu ditujukan pada aku.

"Shah tak jamin baju ni tak terkoyak masa raya pertama" Laju aku menggeleng. Aidil pula mengangguk tanda setuju dengan pernyataan aku.

"Actually, nama baju ni, baju peplum. Kain satin gred AAA" Rai dengan shawl singkatnya tiba-tiba mencelah. Senyuman manis dihadiahkan.

"Good girl" Abang Airil mengangkat ibu jarinya penuh bangga.

"Aku pun tahulah" ujarku kasar.

"Apa kau tahu Shah? Kau kain batik dengan kain songket pun tak reti beza HAHAHAH" Aidil ketawa kuat, mengganggu pengunjung butik.

"Agak-agaklah" Satu sepakan neraka aku hadiahkan pada Aidil. Habis jatuh terduduk dia.

"Behave Shah behave" Serta-merta Alang tarik telinga aku.

"Kau pun sama Dil" Tambah Alang pada Aidil yang baru sahaja mahu membuka mulut.

"Airil nak baju warna apa?" Rai mula bersuara lagi.

"Kan dia dah cakap tema baju kitorang tahun ni purple. Takkan nak ikut tema family kau pulak?" Pantas aku menjawab.

"Yes I know warna purple. Tapi, as a girl, you have to know purple ada banyak shades. Mauve, violet, plum, lilac, sangria, lavender, wine, urm.. Sebut banyak-banyak pun you tak boleh ingat hmm?" Sengaja dia menekan perkataan 'girl'.

Itu antara sebab aku tak suka dia. Dia selalu pandang rendah kat aku. Dia fikir dia tu feminin sangatlah? Dengan adik boyfriend pun tak puas hati apahal?

Eh aku pulak yang overthinking ni kenapa?

Aku berjalan ke arah dapur, mencari kelibat manusia yang tinggi dan keding.  Masuk sahaja kawasan dapur, mata terus menangkap Aidil yang sedang makan honey star dengan susu.

LanetsWhere stories live. Discover now