3 7

37K 3.9K 314
                                    

Aku memandang kosong siling bilik sambil berbaring di atas katil. Lenovo aku dari tadi tak berhenti berbunyi tanda notifikasi masuk. Mesti Ed tengah spam gambar kat atas bukit tadi. Cepat betul mamat ni buat kerja.

Aku bergolek ke kanan, memandang pintu bilik air. Nampaknya Rina masih di dalam. Apa kenalah budak ni, mandi kemain lama.

Akibat hampir mati kebosanan, aku akhirnya melompat turun dari katil. Sebuah komputer riba jenama Samsung aku tarik keluar dari beg. Komputer riba itu aku letakkan di atas meja cermin. Sambung itu sambung ini, aku menekan power button komputer riba milikku.

Apabila komputer sudah berjaya dibuka, terpampanglah gambar seorang model yahudi bernama Alexander Ferrario. Aku kemudiannya menyambungkan wifi percuma resort kepada laptop aku.

Tangan aku menyeret tetikus ke arah ikon berbentuk seakan-akan lemon berwarna biru, dengan huruf S diatasnya. Yup. Skype. Dah dekat empat tahun jugak aku tak guna Skype ni. Like come onlah. Sekarang orang video call kat phone je.

Tapi kenapa aku bukak jugak benda ketinggalan zaman ni? Sebab biasanya masa-masa macam ni dia on.

Ha! Dia on.

"WOI APA KHABAR." Aku menegur dia cara normal kami berdua.

"KHABAR TAK BAIK. SINI HUJAN DO." Lelaki itu nampaknya berada di sebuah restoran. Bunyi agak bising kerana hujan lebat di luar.

Aku dengan dia ni dah berbelas tahun kenal. Walaupun menyampah tengok muka masing-masing, sampai pernah satu hari tu kitorang berbalas-balas muntah sebab meluat sangat, (okay yang tu gurau) tapi aku tak boleh tipu yang aku rindu dia.

Apa? Karakter baru? Taklah. Aidil je hahahahahahah.

"Kau dah makan?" Tanya Aidil sambil tangan menyuap fries bersalut sos dan mayonis ke dalam mulut.

"Belum. Minum petang pukul 5.40 baru ada."

"Kesian. Mesti kau terliurkan?" Aidil kini mencapai segelas teh o ais limau lalu menghirupnya penuh nikmat.

Dia fikir aku jeles ke? Minum petang kat sini bukan biasa-biasa. Air buah-buahan tropikal segar, tanpa sebarang pewarna dan bahan awet. Minuman panas, kopi berkualiti yang dibru halus dengan foam art dekat atas. Untuk teh, diorang pakai teh yang satu uncang harga 20 ringgit tu. Teh apetah nama dia. Makanan untuk minum petang pulak churros, griled cheese, sausage dan macam-macam lagi.

"Itu Shah ke?" Suara Alang kedengaran. iPad Aidil diposisikan semula sehingga aku boleh nampak Alang yang duduk menghadap Aidil. Abang Airil pula ada disebelah Alang. Senpat dia mengangkat keningnya, menyapa aku.

Rupanya mereka sedang duduk di satu meja panjang. Ada lapan orang kesemuanya. Aidil duduk di bahagian tepi sekali. Rai yang duduk berhadapan dengan Airil melambai ke arah aku penuh manis. Hm good impression lah kononnya tu.

"Alang! Ada beli apa-apa tak untuk adik Alang yang paling comel ni?"

"Muhammad Aidil!" Alang menampar bahu Aidil setelah dia menyembur Alang dengan air teh o ais limau.

"Ada, ada. Baju I love Cameron." Nyata Alang sambil mengelap bomber jaket miliknya.

"Alaaa takkanlah baju lima belas ringgit tu je?"

"Actually baju tu dua belas je." Abang Airil mencelah dengan mulut yang penuh.

"Habis tu nak apa?"

"Nak strawberi dua kotak. Nak yang manis tau! Tak nak yang masam. Lepastu strawberi salut coklat pun nak jugak. Ha alang-alang Alang (alang intended) beli strawberi tu, belilah sekali buah anggur kalau ada. Yang tak ada bini tau. Pastu belikan-"

"Shah. Kita kat rumah pun maggi belah empat, banyak pulak kau demand en." Aidil membuat muka. Tak guys dia tipu je tu. Kalau kitorang makan maggi sorang tiga cup.

"Nanti kalau ada alang belilah kan. Tapi bukan semua okay?"

"Dah lah nak pergi Turkey tak jadi." Perli Aidil.

"Senyaplah hitam."

"Racist!"

iPad Aidil, tanpa amaran, dirampas oleh Abang Airil. Buat beberapa ketika, pandangan aku dijamu dengan makanan separuh habis di atas meja. Aku akhirnya bertemu dengan muka Abang Airil.

"Shah. Kitorang terjumpa artis Korea do tadi.

"Tipu."

"Betullah. Rugi kau tak ikut."

"Eleh ye lah tu. Apa nama dia?"

"Alah yang berlakon cerita toyol tulah."

"Toyol? Ceplos ke apa?"

"Eh tak bukan toyol. Apa tah nama dia? Elf eh? Ke Dwarf?"

"Eii jangan memperlekehkan favourite drama I macam tu. Bak sini." iPad Aidil sekali lagi dirampas, tapi kali ini oleh sepasang tangan putih melepak.

Aku kini menghadap Rai yang berselendang biru.

"Kitorang jumpa Gong Yoo Shah! Coway tengah buat perlancaran model baru tadi. Tapi sempat mintak autograf jerp huhuhu."

"Oh yang berlakon cerita goblin ke? I tak tengok lagi Goblin." Kataku janggal. Janggal bukan sebab ber 'I-you' dengan Rai. Bukan juga sebab aku tak tengok lagi cerita Goblin yang digembar gemburkan ramai tu. Tapi sebab ada Irfan.

Irfan, tengah makan kat sebelah Rai.

Aku dapat tangkap yang dia terpandang aku. Tapi lepastu terus dia sambung makan, buat-buat tak nampak.

Hei Irfan. Kita dah lama tak jumpalah bodoh. Buatlah muka gembira.

Hm memanglah dia tak gembira wahai Shah. Takkanlah dia nak tersenyum melambai riang suka ria bila terjumpa orang yang putuskan hubungan dengan dia? Stupid Shah.

Nak mintak maaf sekarang ke? Ah tapi ramai kut orang kat situ. Abang Airil, Rai, kakak dengan abang dia semua ada kat situ. Maaflah ego aku lebih tinggi dari perasaan rindu.

Ew ayat. Abaikan.

"-so kitorang pun ambiklah hahahahaha."

"Oh hahahah." Aku ikut Rai ketawa walaupun tak dengar apa yang dia cakap tadi.

"Woi Irfan. Kau nak cakap tak dengan bestfriend kau ni? Sombong punya kawan. Mentang-mentanglah dah ada kawan perempuan baru."

"Eh alamak tak ada line!" Kataku dengan kerisauan tahap maksima yang palsu lalu memutuskan talian.

Mentang-memtanglah dah ada kawan perempuan baru.

Hati aku agak terkesima dengan kenyataan dari Rai. Dia dah ada kawan baru ya? Tak sangka aku boleh digantikan macam tu.

Salah kau jugak Shah. Tak yah nak terkesima sangatlah.









A/N

Dahlah jarang update. Tak best. Pendek pulak tu ahahahahahaha.

Anyway, sempena cuti Deepavali ini, saya mungkin atau mungkin tak update.

Mungkin sebab cuti seminggu. Bolehlah selitkan sikit masa menulis dengan study. (Math, Addmath, Physic, Chemist and Bio. Doakan guys!)

Mungkin tak sebab internet tengah lembab nak mati. Entahlah apa masalah wifi rumah beta. Dah dekat sebulan dia lembab nak mampus. Sampai kalau hantar whatsapp pun, tiga jam baru sampai. Notification dengan message Wattpad pun tam boleh bukak. So kalau ada yang komen ke, post anything dekat message board ke apa, memang tak boleh tengok sebab internet lembab nak mati.

Jadi, kalau author tak update, tolong faham ye huhuhu.


LanetsWhere stories live. Discover now