0 5

54.4K 5K 918
                                    

"Semua dah ada? Jom kita mulakan" Lee menghidupkan Macbook putih miliknya. Projector yang hampir 20 minit sudah terpasang, kini menayangkan gambar Emma Watsons sebagai Hermoine yakni wallpaper yang digunakan Lee.

Aku yang berada di hujung meja yang bertentangan dengan Lee khusyuk menikmati Jelly Beans yang terdapat di dalam balang. Sambil-sambil itu, mata aku meliar ke sekeliling.

Boleh tahan juga apartment Lanets ni. Tak menyesal aku setuju bila Lanets ajak pergi sini untuk berbincang pasal jantina aku. Lagi-lagi bila Nazmi, orang terakhir yang tak tahu aku perempuan sudah pun tahu.

"Okay Lanets-Lanets sekalian. Hari ini kita akan adakan satu mesyuarat mengenai Shah" Kaca mata Ed Lee tanggalkan kemudian memakainya.

Sedang aku kunyah 24 jelly beans sekali gus, gambar IC aku terpampang di hadapan menyebabkan aku tersembur tepat ke muka Thaqid yang disebelah.

"Uhh sorry Thaqid. Dan oi! Mana dapat gambar tu?!" Selepas mengelap muka Thaqid yang entah nampak marah entah nampak sedih dengan tisu, aku bangun dari kerusi untuk menghalang cahaya projector daripada terus menyiarkan gambar IC yang aku buat ketika darjah enam. Eee muka dah lah berminyak, gemuk, jerawat penuh, dengan rambut pig tailnya allahu apa yang aku fikir dulu?

"Jangan pandang aku macam tu Shah. Pandang Ed. Dia ceroboh sistem kerajaan untuk ambil maklumat kau" Lee menunding jari.

"Hey aku dapat gelaran hot nerd bukan saja-saja okay?" Kedua tangan Ed diangkat rendah.

"Ed ni bekas Anonymous, hacktivist antarabangsa. Pernah dengar?" Nazmi berbisik pada aku.

"Tak pernah. Apa tu?"

"Googlelah"

"Cis"

"Tapi Ed dah tarik diri lepas kantoi dengan nenek dia."

"Dia ni cucu emas nenek. " Ariyan menambah

"Hoi aku dengarlah" Ed merengus.

"Sahabat-sahabat, jom berbalik kepada topik. Jadi, macam mana kita nak uruskan Shah ni?" Lee duduk diatas meja dengan kakinya yang bersilang, bersedia mendengar pendapat.

"No. Most importantly, kenapa kau setiap hari pakai baju lelaki? It's like you are screaming 'Hey look at me! I'm a boy!' " Ariyan menongkat dagunya memandang aku. Kesemua mereka kini melihat ke arah aku, menunggu jawapan.

Aku mengeluh.

"Aku ni.. Macam mana eh nak cakap? Macam Cinderella campur Ginny Weasley"

"Siapa Ginny Weasley?" Soalan Lee mengundang pandangan maut daripada aku, Ed dan Ariyan.

"Apa?"

"It's a character in Harry Potter. Ginny ni ada 6 orang abang am I right?" Tanya Ed, yang mana aku pasti, seorang potterhead seperti aku.

"Yup, enam orang abang. Exactly like mine. Aku ada enam orang abang. So, baju aku kebanyakkannya second hand abang-abang aku. That's why"

"Dah tu apa kena mengena Cinderella?" Lee menggaru ketiak.

"Macam ni. Parent aku kerja kat luar negara. Duit-duit untuk perbelanjaan aku dan tiga orang abang aku yang masih tinggal dirumah mak ayah aku banked in je. Yang control pasal perbelanjaan ni, Abang Lang aku. Setiap kali aku mintak baju baru-"

"Dia tak kasi? Huhuhuhu weh sedihnyaa. Mesti dia guna pergi clubbing huaaa" Eh eh Lee ni. Dia pulak lebih-lebih.

"Bukanlah. Jangan potong ayat aku! Setiap kali aku mintak baju baru, abang-abang aku akan suruh aku beli baju unisex. So abang-abang aku boleh pinjam. Kalau tak aku tak dapat duit belanja. Nampak tak part aku teraniaya kat situ? But overall, abang-abang aku okay je. Cuma pasal pakaian diorang kedekut sikitlah" Terangku panjang lebar.

"Ooooh" Serentak mereka berkata kecuali Thaqid, obviously.

Lee mengusap dagunya lama. Seperti memikirkan sesuatu.

"Macam nilah Shah. Memandangkan ada orang dah tempah servis kau untuk esok, kau buat je dulu. Hari-hari berikutnya, aku akan uruskan. Macam mana?" Cadang Lee.

"Heh cakap macam aku ada pilihan je" Macamlah aku tak tahu Lanets ni akan buat apa sahaja untuk benda yang diorang nak. Contohnya kes pasu haritu.

"Okay Shah. Kalau macam tu, aku nak kau tahu selok belok cara kitorang buat kerja. Ha kau nampak apa benda tu?" Lee menunjukkan skrin projector di hadapan.

"Hmmm. Website korang. Lanets.com" kataku penuh malas.

"Jadi, kalau kau tengok kat depan ni, kitorang ada menawarkan 5 servis. Date, prom, dance, text, dan fake boyfriend. Paling banyak permintaan biasanya date, diikuti text, fake boyfriend, prom dan dance" Aku sebenarnya tak berapa nak ambik perhatian apa yang Lee tengah merepek. Aku lagi fokus makan gula-gula Nerds dalam balang lagi satu.

"Memandangkan kau ada 3 Date lepas sekolah esok, aku nak kau belajar cara dia" Sambung Lee.

"Hmm yelah" Kini tangan aku membuka pula sebungkus coklat bar Hersyey's perisa cookies and cream.

"Ariyan" Lee memanggil. Matanya diisyaratkan kepada aku. Ariyan mengangguk.

Ariyan kemudiannya bangun daripada kerusi kemudian berjalan ke arah aku. Tangannya dipautkan ke leher aku membuatkan aku tersentak.

"Jom date" Bisik Ariyan perlahan. Aku kehilangan kata-kata apabila jarak diantara kami terlalu dekat.

Lanets yang lain pula tiba-tiba bangun dari kerusi kemudian membawa kami berdua ke arah sebuah meja untuk dua orang ditepi tingkap apartment mereka.

Tak sejak bila meja ni wujud? Siap kelopak bunga berterabur, makanan fancy bagai. Ha kau lilin pun ada.

Ariyan sudah pun mengambil tempatnya. Dia mengangkat keningnya kepada aku.

"Asal tak nak duduk? Ke nak duduk atas riba aku?" Senyuman sinisnya muncul lagi.

Okay aku dah faham. Inilah traits Ariyan; Bad boy.

Urgh no Shah jangan blushing dengan benda tak guna ni.

Lampu apartment tertutup. Ahli Lanets yang lain kini memakai tuksedo dengan alat muzik di tangan. Lee duduk di belakang keyboard. Nazmi dan Ed memegang violin. Thaqid pula bermain harp.

Muzik perlahan dimainkan.

Yo diorang ni serious ke?

"So tell me. Apa yang kau suka?" Ariyan dihadapan mula memotong chicken chopnya.

"Lol tanya aku ke?"

"Kecewa ke aku tak tanya bila nak kahwin?"

"Pfftt nice try" Sejujurnya, aku sedang sedaya upaya tahan diri aku daripada memerah. Mulut je lain, hati berdebar wei.

"Tak nak makan ke?" Soal Ariyan apabila sedar aku masih tidak menyentuh makanan.

Ariyan menggigit hujung ayam yang telah dipotong, kemudian mendekatkan dirinya pada aku.

"Apa?"

"Gigitlah" Pelawa Ariyan yang masih menggigit cebisan ayam. Senyumannya tampak menawan.

Ah! Pipi aku membahang! Tak guna betul!

Ariyan makin mendekatkan dirinya.

Sudahnya aku tampar dia.

"Sakitlah Shah! I'm just teasing you!" Ariyan menyapu pipinya yang memerah.

"Yo Shah. Kau tak boleh tampar customer macam tu nanti" Lee berhenti bermain keyboard, begitu juga dengan yang lain.

"Hehehe sorry Ariyan. Geram aku tengok kau menggatal"

"Apa-apa jelah" Ariyan menggulingkan matanya.

"Adoi!" Aku memegang kepala aku yang baru sahaja diketuk kuat. Rupa-rupanya Lee ketuk aku guna buku.

"Nah. Baca buku ni" Buku tebal ditangan Lee diberikan pada aku.

Lanets gentleman guide


"Seriously?"

LanetsWhere stories live. Discover now