0 3

56.2K 5.4K 1.1K
                                    

Aku merendahkan topi hitam aku sehingga mata tertutup. Topeng kartun aku perkemaskan dimulut. Fuh bau kedai.

Dengan penuh waspada, aku melangkah ke arah loker milik aku yang tiba-tiba hari ni nampak jauh semacam. Aku harap Lanets tak perasan kewujudan aku.

Semalam diorang ajak aku pergi apartment diorang. Aku sempat larikan diri. Cuma hari ini aku tak pasti sama ada aku boleh ke tidak.

Mujur aku tak sekelas dengan mana-mana ahli Lanets tingkatan lima. Semalam aku ada tanya diorang, macam mana diorang boleh kenal aku.

"Kenal kau? Hahahahah sorry kitorang tak kenal dengan budak lain. Surat bawah meja kau pun kitorang upah budak untuk beri pada boys yang bermula daripada huruf S"

"Tapi aku girl"

"Nais Shah. Selain jambu, kau juga seorang yang kelakar hahahahahah"

Terbukti tiada ahli Lanets yang tahu kelas aku.

Tapi aku silap.

"Oi Shah gay!"

"Jangan kurang ajar tak guna dia lari lagi payah kita" Ed menyiku Nazmi.

Dua orang itu sedang menuju ke aku dengan muka yang sangat mesra, seolah-olah kejadian mengugut semalam tidak pernah berlaku.

Diorang ingat aku termakan dengan senyuman gula diorang tu ke? Nah. Seluar jeans yang dipakai aku tarik ke atas sedikit. Selepas pasti jalan clear, aku mengorak langkah untuk melarikan diri buat kali yang kedua.

"Shah!! Not again!!" Nazmi menjerit sebelum mengejar aku.

"I don't do sport!" Ed mengeluh kuat.

Nasib dioranglah aku runner masa dekat sekolah lama. Aku sempat mengintai belakang dan mendapati jarak antara kami agak jauh.

Gembira?

Tak.

Larian aku berhenti mengejut apabila aku terlanggar satu pepejal yang keras. Aku jatuh terduduk di atas lantai sekolah yang sejuk.

"Rajinnya morning jog" Ariyan tersenyum sinis. Dia menghulurkan tangan untuk membantu aku bangun.

"I got him guys!" Nyata Ariyan kepada budak berdua yang masih belum dapat tangkap aku.

Ariyan tiba-tiba membongkok. Wajahnya didekatkan kepada telinga aku.

"Kau tak akan dapat lari daripada kitorang, okay?" Suara garaunya berbisik.

Ini nak bagi amaran ke nak bagi aku tergoda ni?

* * * * *

"Seriously? Apa benda ni?" Aku memandang Lee yang berdiri di hadapan aku.

"Tukar"

"Nampak macam panas je?" Aku membelek sepasang kemeja dan seluar slack ditangan

"Pakaian kau selekeh sangat. Hoodie je memanjang. Orang pun tak selera" Pendapat Lee dipersetujui Lanets yang lain apabila masing-masing mengangguk.

"T-shirt tak ada?"

"Aku kasi kau dua minit" Lee mengabaikan soalan aku lalu menolak aku masuk ke dalam bilik persalinan.

Haih. Lepas je aku kena tangkap pagi tadi, diorang semua heret aku pergi bilik persalinan lelaki. Nasib baik tak ada orang lain selain kitorang dalam tu. Aku tak boleh bayang kalau tiba-tiba ada lelaki masuk lepastu bogel depan aku.

Mohon dijauhkan.

"Satu minit!" Laung Lee dari luar.

"Jangan lupa lipat lengan! Girl's weakness!" Ed sempat menambah.

Aku menggulingkan mata 360° sampai tahap boleh nampak otak. Nampak tak dia punya menyampah tu macam mana?

Nak tak nak, 3 juta aku kena ugut. Nak report polis pun tak ada bukti, tak ada saksi.

Aku membutang baju kemeja berwarna hitam yang diberi. Tak sabar nak dapat uniform sekolah aku. Masa tu baru orang akan percaya aku ni perempuan.

Harapnyalah.

Aku melangkah keluar daripada bilik persalinan. Rambut pendekku aku perkemaskan.

"Oh my Shah cantiknya kau! Flower boy nak mampusss" Lee mencubit pipi aku yang agak berisi. Ariyan pula tertawa kecil melihat muka aku yang pasrah habis.

"Eish. Dah habis belum? Aku nak masuk kelas ni. Dah 30 minit lambat" Aku berura-ura untuk pergi.

"Op op op jap" Ed menghalang pintu keluar.

"What now?"

Aku memerhati Edhan mengeluarkan Iphone 7 miliknya lalu diangkat separas dengan muka aku.

Kcak!

"Woi kau tangkap gambar aku eh?!" Aku cuba merampas phone Edhan tetapi Ariyan lebih pantas menghalang. Haih lah Ariyan. Kau ni dah lah tinggi semacam.

Lenovo di dalam poket aku tiba-tiba bergetar. Kemudian, bunyi notification masuk kedengaran daripada phone Lanets yang lain.

Jangan cakap..

Aku segera mengeluarkan Lenovo dari poket. Kata laluan dimasukkan. Mesej yang baru masuk aku baca.

[1-300-22]

What a beautiful day eh?

And look! Lanets just bring in a new member!

Name : Shah
Age : 17
Height : 158
Traits : Flower boy
Service done : 0

Come on! Place your orders now on Lanets.com. Our new Lanets's information will be updated soon! *follow our instagram, @thelanets for a better look of our members*


Aku memandang Ed dengan penuh ketidak percayaan.

"First of all, tinggi aku 158.5. And what in the world is flower boy?!"

"Chill Shah. Muka Korea kau mesti laku. Tak yah risau. Ha kau tengok. Bergetar telefon aku" Lee mengangkat Samsung Edgenya yang tak henti berbunyi.

"Okay Shah. Kerja kau bermula esok. Nah ni password akaun instagram, twitter dengan website" Ed menghulurkan aku sehelai kertas. Tengok je boleh tahu yang dia koyakkan buku teks.

"Dah ah Shah. Aku masuk kelas dulu" Lee menepuk-nepuk bahu aku kemudian keluar daripada bilik persalinan itu.

"See ya Shah" Nazmi membontoti Lee, diikuti Ed.

Ariyan menyerabutkan rambut aku dengan senyuman sinisnya sebelum keluar.

Kini aku memandang Thaqid yang masih belum keluar. Kening kiriku diangkat rendah, ingin bertanya 'tak-nak-berambus- sekali-ke?'

Thaqid masih memandang aku.

Pandang memandang ini berlarutan sehingga lima minit sehinggalah dia akhirnya membuka mulut.

"Kau.. Perempuan kan?"

LanetsWhere stories live. Discover now